Monday, July 4, 2016

Soalan: talaq

Nama*:nurul
Tajuk*:talaq
Message*:assalam ustaz. sy nk tnya. sy, suami dan 6 ank kami tinggal di rumah mertua sy. semasa sy dan mk mertua bsahur, suami sy br blek dr keluar mlm. die ade minum arak tak tau brape byk tp percakapan nya masih normal da gaya nya juga masih normal. bkn thuyung hayang atau bcakap merepek2. die marah2 dan maki2 sy dan sy hny diam sje tanpa mbalas sepatah pn. sudah nya die ckp 'klu ade talak 4 aku da bg kt ko skrg gk. ko pilih 3 ank ikt ko. 3 lg ikt aku. ini hr jgk ko keluar dr sni. aku tk nk simpan babi2 sume'.
ptg tu lps bgn tdo die ajak sy bsama tp sy menolak krn bpuasa, dan sy ckp da lupa ke pg td da bg talak 4? die mnafikan sgt2 sampai hr ni. die tk benar kn sy pegi mahkamah utk kepastian, die ckp die tk de niat so talak tk jatuh.
soalan sy:
1-adakah sah lafaz suami ttg talak 4 td, jatuh ke talak
2-kalau jatuh talak, 3 sekaligus ke. sbb die ckp talak 4
3-pertimbangan diri samada die sedar atau tk die dikira sah ke sbb sebelum tu die ade minum arak
so mcm mn keadaan sy skrg. nk pegi mahkamah tk boleh. kalau mcm ni je sy takut bdosa. atau patut sy bpindah blek rumah mk sy?
tq ustaz
File Upload:
Salam

Suami peminum arak.. kasihan.. bantulah suami untuk bertaubat dan menjauhi perkara haram.

Lafaz talaknya adalah sah kerana dia mabuk dengan sengaja.

Talaknya terjatuh kepada talak tiga...

Saya nasihatkan puan pergi ke mahkamah atau pejabat agama bagi mendapat kepastian dan jalan keluar yang sebaiknya. Malah pendapat saya ini mungkin tidak benar dalam pertimbangan pejabat agama kelak.. eloklah ke sana.. jika suami tak mahu, puan pergi seorang pun tak apa untuk dapatkan kepastian.

tk

Visitor IP: 60.54.34.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA