Soalan: Suami suka main nombor ekor
Nama*: | nani |
Tajuk*: | Suami suka main nombor ekor |
Message*: | assalam ustas.saya ingin bertanya adakah seorang isteri boleh mohon berpisah dari suami jika suami suka main nombor ekor dan mengabaikan nafkah kepada isteri.puas dinasihat namun suami masih tidak berubah. |
File Upload: | |
Salam
Puan, kalau bercerai belum tentu boleh selesai masalah. Beginilah, tabiat buruk itu sukar hendak dikikis, puan perlu banyak bersabar dan sentiasa mencari peluang untuk memberi didikan keagamaan sebaiknya kepada suami. Jika ada peluang, ceramah dan program keagamaan, bawalah suami ke situ dan berilah dia peluang untuk berubah. mungkin ini dugaan puan untuk membwanya ke syurga.
tk
Visitor IP: 58.26.31.3
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.