Saturday, January 31, 2015

Soalan: kepastian engenai talak

Nama*:surdin
Tajuk*:kepastian mengenai talak
Message*:salam,

saya telah beselisih faham dengan isteri dan menghantar msg sms kepada isteri saya yg berbunyi, "saya dah buat keputusan untuk menceraikan awak nanti,cuma saya perlukan kekuatan untuk melaksanakannya."

soalan: adakah lafaz saya ini telah menjatuhkan talak? jika tidak adakah saya perlu menceraikan isteri saya nanti kerana saya telah mengatakan sudah buat keputusan untuk menceraikan dia nanti… niat saya ketika menghantar msg itu bukanlah mahu bercerai ketika itu juga... bagaimana jika saya tidak jadi menceraikan beliau?

dalam kerunsingan akan hal ini isteri bertanya pada saya adakah telah jatuh talak? kerana was-was megenai sms saya itu, saya mengatakan padanya saya sudah lafaz la... tetapi dalam pemikiran saya saya tidak tahu adakah (tulisan msg) saya itu telah jatuh talak atau tidak... adakah dengan mengatakan saya sudah lafaz la itu menjatuhkan talak? walhal niat sebenar tidak lah mahu menjatuhkan talak ketika itu hanya runsing dan berniat untuk meneruskan proses perceraian shj... tetapi sebelum berlaku perkara tersebut kami muhasabah diri dan berbaik semula.
File Upload:
Salam

Pada saya, lafaz cerai itu tidak jatuh...

bersabarlah menghadapi karenah rumah tangga.



Visitor IP: 113.210.136.72

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA