Wednesday, June 20, 2012

Soalan: Lafaz rujuk dlm edah

Nama*:Hani
Alamat Email:hani1979@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz rujuk dlm edah
Message*:As salam ustaz.Bekas suami telah lafaz rujuk bbrp jam sblum saya mandi wajib iaitu suci utk kali ke 3,iaitu sblum tamat tempoh edah. Prsoalannya, 1)pd awalnya,mandi wajib saya lewatkn sdikit utk beri bekas suami pluang lafaz rujuk. adakah sah lafaz rujuk walaupun saya lewatkn mandi dlm 1/2 hari. 2) keesokan hari brtengkar smula mbuatkan saya trfikir utk tdk trima rujuk..adakah rujuk pd smlmnya tlh sah brlaku. 3) Bks suami scara drastik mau mngambil saya di kampung tnpa mau meminta maaf @izin dgn mak saya yg tlh mnjaga saya dan ank2 slama diabaikn hmpir stahun,kmdian dlm 2bln lps brlaku lafaz cerai. Suami menegaskn saya patut wajib ikut dia balik ke rmh asal kami..tnpa perlu dilibatkn keizinan siapa2 slain suami. Saya benar2 dlm dilemma, jika saya tak stuju ikut beliau adakah saya boleh di cas nusyuz jika saya disahkan masih istrinya 4) Bolehkah pihak istri yg dirujuk mnangguhkn utk mgikut suami pulang dgn alasan utk mnyelesaikn failkan hal cerai dan rujuk di mahkamah trlebih dahulu,dan dalam tempoh itu brfikir smula sama ada utk mrujuk @tidak..Atau pihak istri sememangnya kena akur ikut suami pulang ke rumah asal trlebih dahulu..saya bingung..takut suami kmbali mudaratkn saya dan ank2.Trima kasih ustaz. Maaf ustaz,hrp dpt jwb sblum 25hb Jun 2012,tarikh bliau mau mnjemput saya.W'slm.
File Upload:

Salam,  Puan.

1. Tempoh edah ialah tiga kali suci; iaitu telah tamat tiga kali berhaid. Dalam kes ini, puan telah suci haid pada hari berkenaan cuma melengahkan mandi hadas. Pada kefahaman saya, tempoh edah puan telah berakhir dengan berakhirnya haid walaupun puan belum mandi junub. Oleh itu, suami tidak boleh merujuk (untuk menyatukan perkahwinan) melainkan dilakukan akad nikah baru (yang dilakukan oleh wali).

 2. Rujuk oleh seorang suami adalah sah walaupun tanpa persetujuan isteri. Itu dasarnya. Dalam kes puan, saya khuatir rujuknya tidak sah setelah mana tamat tempoh edah puan...

3. Suami kepada isteri (yang dalam edah) mempunyai kuasa mutlak untuk mengambil balik isterinya. Namun sebagai orang yang beradab dan bertanggungjawab perlulah dia menemui ibu bapa atau penjaga, yang menjaga selama ini; memaklumkan hal sebenar.

Dalam kes rujuk, isteri boleh dianggap nusyuz jika dia enggan mengikut suami yang telah menyatakan 'rujuk'nya.

4. Dalam kes rujuk, isteri perlulah mengikut kehendak suami. Namun boleh juga berunding dan mendapat persetujuan suami untuk menangguhkan 'kembali bersama' atas alasan tertentu.

Dalam kes puan, saya ragu-ragu dengan situasi yang dinyatakan. Sila amati jawapan saya pada no 1, untuk memastikan letak duduknya hukum pada jawapan no 2, 3 dan 4.

Terima kasih.

Visitor IP: 219.92.126.60

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA