Nama*: | Adilla Hanifah |
Alamat Email: | laila_illia@yahoo.com |
Tajuk*: | Apa hak saya? |
Message*: | Sy sudah berkahwin 2 tahun dgn lelaki pilihan hati & restu kedua-dua keluarga. Kami bahagia tetapi byk pergaduhan yang tiada pnyelesaian & akhirnya semakin dingin. Suami bkerja kerajaan & dari sejak awal berkahwin malas bekerja, selalu ponteng, MC, emergency leave, datang lewat, balik awal.. Lama kelamaan tidak hadir kerja tanpa sebab selama 6 bulan. Saya tak tahu kenapa hinggalah pecah tembelang dia ditangkap kerana memiliki dadah & urin positif dadah. Saya terkejut tapi cuba untuk membantu dia. Tak sampai sebulan, pecah tembelang dia ada hubungan sulit dgn perempuan yang merupakan bekas teman wanitanya. Sekarang mereka duduk serumah tanpa ikatan yang kononnya turut didiami bapa perempuan itu. Suami saya sudah tidak pulang & tiada khabar berita untuk sebulan. Saya ingin menuntut fasakh atas alasan tidak diberi nafkah zahir & batin untuk 6 bulan, suami penagih & pengedar dadah & suami sudah tidak sembahyang, sering bermalam bersama perempuan itu. Suami juga penagih dadah yg tegar & merbahaya.. Saya ingin tahu, apakah hukumnya, ahli keluarga suami saya tahu yang dia adalah penagih dadah sejak sebelum berkahwin, tetapi merahsiakannya dari saya. Sehinggakan telah berkahwin & membuat pelbagai masalah pun masih merahsiakan. Mereka sememangnya telah tahu suami saya penagih kerana saudara mara suami saya pun tahu. Apa pula hukum ahli keluarga suami membawa lari suami saya ke tempat perempuan itu untuk memisahkan suami dari saya & merahsiakannya. Mereka berpakat dgn keluarga perempuan itu untuk membiarkan mereka bersama tetapi tidak berkahwin. Hak saya sebagai seorang isteri telah diabaikan. Menurut cerita pihak ketiga, suami saya tidak mahu pergi ka sana tetapi terpaksa untuk menjaga hati keluarganya & keluarga perempuan itu kerana telah terlanjur & mengandung... Kini saya tidak tahu dimana suami saya. Walaubagaimnapun, saya tetap akan meneruskan niat menuntut fasakh. Saya pun keliru dgn situasi saya & keliru dgn keluarga suami saya.. Terima kasih... |
File Upload: |
Salam, Puan.
Puan boleh menuntut fasakh kepada pejabat kadi atas alasan pengabaian nafkah selama enam bulan. Kebiasaannya di Malaysia suami adalah melafaz taklik yang disebut 'manakala saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berturut-turut dan isteri mengadu ke mahkamah (kadi) dengan bayaran RM1, maka jatuhlah talak satu'. Jika lafaz talak ini ada tercatat dalam surat nikah, bererti puan berhak menuntut fasakh atas perkahwinan ini.
Mengenai kes suami puan penagih dadah, mengadakan hubungan haram; itu telah jelas hukumnya. Haram dan berdosa.
Mengenai keluarga yang merahsiakan kelemahan anaknya, itu di luar kemampuan puan sendiri. Tiada siapa yang perlu disalahkan atas perkara yang telah lalu yang kurang usul periksanya.
Puan, berusahalah untuk mendapatkan suami yang soleh; dekatkan diri kepada Allah, tingkatkan amalan kerana Allah sayang kepada hambanya yang solehah dan DIA akan anugerahkan lelaki yang soleh kepada perempuan yang solehah.
Visitor IP: 113.210.124.67
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.