Nama*: | fadzil |
Alamat Email: | fadzilullah@ptp.com.my |
Tajuk*: | permasaalahan keluarga |
Message*: | assalamualaikum,persoalan yg sye inging utarakn; 1.adakah berdosa jika seseorang isteri meminta cerai pada suami diatas alasan suami kluar dgn kkwn2 bermotor sedangkan sisuami telah menjalankn tanggungjawab yg lain dgn sempurna. 2.adakah sah jika siisteri membuat andaian spt (jika awk kluar juga dgn kwn2 motor awk,awk jgn blek n anggap lh kte dh brcerai)dan jika sisuami keluar juga,adakah dianggap sah cerai tersebut? 3.bolehkh siisteri menuntut perbelanjaan yg pelbagai jika sisuami tidak membenarkan siisteri bekerja diatas alasan siisteri langsung tidak melaksanakan tanggungjawab sbg seorg isteri.adakah siisteri patut menetapkan jumlah2 tertentu tenteng perbelanjaan sndr? |
Jawapan: |
Salam.
Ternyata banyak perkara asas dalam agama yang tidak difahami sebelum kita mendirikan rumah tangga. Tanggungjawab suami bukan sekadar menyediakan rumah tempat tinggal dan sedikit bekalan nasi untuk dimakan. Jauh lebih daripada itu ialah tanggunjawab pendidikan dan bimbingan agama, kasih sayang, penghargaan, keselamatan dan perkongsian hidup.
Seharusnya aktiviti luar (melepak atau bermotor dengan rakan) dapat dikurangkan atau tiada lagi dalam kamus hidup seorang suami yang bertanggungjawab. Jika adapun, elok dibawa bersama isteri sekadar untuk melepaskan 'gian' merempet suatu ketika dahulu. Suami wajib menjaga keselamatan keluarganya dan terlebih utama menjaga keselamatan dirinya sebagai tunjang dalam rumah tangga.
Hak perceraian adalah hak mutlak suami. Isteri boleh menuntut cerai daripada mahkamah (qadi) - tebus talak - atas alasan yang munasabah. Contohnya jika suami terlalu ganas, tidak menunaikan tanggungjawab, maka bolehlah diadukan ke mahkamah bagi mendapatkan perceraian.
Kembalilah kita melihat semula tugas besar kita sebagai umat Islam untuk menjaga sebaiknya rumah tangga ke arah melahirkan zuriat yang baik dan bertakwa.
Prof Madya Haji Ahmad Nawawi Yaakob
Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri) UiTM Johor 85009 Segamat
07-9352454 013-7759965
http://ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/
Visitor IP: 113.211.3.136
Powered by EmailMeForm
En Fadzil,
ReplyDeletePendapat mengatakan telah menunaikan tanggungjawab atau tidak adalah subjektif. Mungkin kita kata telah menunaikannya manakala yang lain mengatakan tidak. Perkahwinan adalah satu institusi kekeluargaan yang tidak sekadar makan minum dan seks semata-mata. Jika kita bijaksana menguruskan hak hak dalam perkahwinan yang meliputi hak diri sendiri, hak isteri dan hak keluarga, yang berlandaskan pengetahuan agama, insyallah, kehidupan kita akan mendapat keredhaan dariNya.
Selalunya apabila kita pempertahankan hak kita tanpa kita sedar kita telah mengabaikan hak orang lain. Begitu juga apabila kita mempertahankan hak hobi kita.
Saya juga ada hobi dalam musik. Apabila saya memperkatakan musik itu adalah hak saya. Keluarga saya tiada hak menyatakan apa-apa bagaimana saya menghabiskan duit saya, masa saya dan tenaga saya dalam musik. Begitulah angkuhnya saya.
Apabila kita telah taksub dengan hobi, kita rela membelanjakan wang ringgit, masa dan tenaga sehingga isteri dan keluarga rasa mereka tersisih dan diabaikan.
Saya berpengalaman semasa kecil di kampung dahulu. Ada jiran saya yang hobinya memancing. Pantang hari cuti, dia akan keluar memancing samada sendirian atau berkumpulan. Sebahagian besar wang pendapatan dihabiskan kepada membeli peralatan memancing atau menyewa bot untuk memancing. Sehingga hari raya pun keluarga di tinggalkan kerana hobi itu sedangkan hari tersebut adalah hari perhimpunan keluarga. Begitu pedih hati isteri apabila di tanya di mana suami beliau sekarang berada? Sila renungkan maksud firman ini;
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. -An Nisa 4:1
Ada pula hobinya dengan burung. Sebuk memikat burung hingga kegiatan mencari nafkah tidak dilaksanakan. Begitu juga dengan hobi perempuan, judi dan lain-lain.
Sebagai seorang isteri dia terlalu berharap keluarga dan anak anak mempunyai jaminan di masa hadapan. Biasanya, isteri akan menyokong hobi suami. Apabila suami telah terlalu taksub kepada hobinya barulah kekecewaan di lahirkan dengan ucapan. Ada isteri yang sanggup bekerja jika tidak keperluan keluarga akan menjadi kelam kabut.
1. Dosa dan pahla adalah hak Allah. Jika niat isteri untuk kesejahteraan suami mungking ikhtiar beliau terhadap suami itu mendapat pahala. Sebaliknya bagaimana jika isteri pula merasakan bahawa kehidupannya didalam paksaan? Ayat dibawah juga perlu di renungi;
"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." An Nisa 4:19
2. Hak cerai adalah hak suami. Isteri tidak sah menceraikan suami.
3. Isteri berhak mendapat nafkah zahir dan batin, keselamatan dan bimbingan agama dari suami.
Saya berpendapat, apa yang di lakukan oleh isteri tuan adalah satu usaha menyatukan semula keluarga tuan. Wallahualam.