Soalan: Majmuk Syarif
Nama*: | Mohammad Firdaus |
Alamat Email: | firdaus8456@yahoo.com |
Tajuk*: | Majmuk Syarif |
Message*: | Salam Ustaz,
Saya ingin kepastian mengenai dalil sesetengah ustaz yang mengatakan Kitab Majmuk Syarif yang mengandungi doa-doa tertentu seperti Doa Akasyah,Doa Haikal dll adalah bukan berasal daripada Rasulullah S.A.W. kononnya kitab ini direka oleh pihak tertentu. Untuk makluman, saya telah mengamalkan bacaan dalam kitab ini sejak sekian lama. saya telah membuat penyelidikan di beberapa buah kedai buku agama dan mendapati kitab ini dijual secara meluas. Pada bulan Nov 2011 juga saya telah membuat rujukan pada seorang ustaz di Melaka. beliau mengatakan amalan membaca kitab ini adalah amalan para wali dan dianjurkan kita mengamalkannya.justeru, terdapat 2 pendapat yang sedikit memeningkan saya. Mohon penjelasan ustaz dan jika boleh sertakan rujukan2 Quran atau hadis Rasulullah untuk panduan saya.Moga Allah memberkati ustaz.Salam. |
File Upload: | |
Salam.
Saya sendiri membaca dan mengamalkan kandungan kitab ini. Ia adalah himpunan doa dan ayat-ayat al-Quran terpilih yang pada saya tidak ada salahnya untuk kita amalkan. Kandungan doanya juga baik dan tidak berlawanan pada konsep asas akidah umat Islam.
Pada saya, ia boleh diamalkan dengan tujuan untuk taqarrub kepada Allah semata-mata.
Wallahuaklam
Visitor IP: 203.82.82.45
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.