Soalan: ruju
Nama*: | ains |
Alamat Email: | ains197521@ymail.com |
Tajuk*: | ruju |
Message*: | assalammualaikum
baru- baru ni saya suami saya ceraikan talak 1 pada 03/10/2011..tapi 1 minggu kemudian 10/10/2011 dia ingin merujuk...saya pun setuju..setelah saya menerima nyaa kembali...kami telah bersetubuhan,,,,adakah berdosa besar?..dan ada kah di kira haram? atau kami sudah sah mnjadi suami isteri? |
Kes rujuk yang dikemukan puan Ain adalah sah dan hubungan suami isterinya adalah sah dan halal. ini kerana rujuk berlaku dalam tempoh edah, sama ada edah haid dalam 3 bulan atau edah melahirkan anak. Namun haris diingat bahawa talak telah terjatuh dengan SATU talak, berhati-hati pada masa akan datang. Wallahuaklam
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.