Friday, September 9, 2011

Soalan: rujuk kes cerai

Nama*:hamba allah
Alamat Email:muiz_x@yahoo.com
Tajuk*:rujuk kes cerai
Message*:assalamualaikum ,
saya ingin bertanya mengenai kes sepupu saya , iaitu , mereka relah bergadoh & suaminya melafazkan cerai dengan talak 3 , tetapi setelah beberapa hari mereka ingin berbaik semula , keluarga saya telah berjumpa dengan suami kepada sepupu saya itu , suami nya berkata , dia tidak sengaja melafazkannya , keluarga menasihatkan supaya rujuk di jabatan agama islam ,dan setelah beberapa hari mereka berkata mereka telah berjumpa dengan pihak jabatan agama islam dan pihak yang berkenaan berkata tidak jatuh talak , tetapi , mengikut daripada kenalan2 dan ustaz2 yg saya kenali telah berkata bahawa memang jatuh talak , sekarang mereka telah duduk sebumbung , soalan saya , adakah jatuh talak yg telah dilafazkan itu? jika ya ,, apakah kesan dosa yang bakal ditanggung oleh keluarga? dan bagaimanakah jalan penyelesaiaannya?



Powered by EmailMeForm

1 comment:

  1. Salam. Berdasarkan cerita ini, sya memahami bahawa ia akan jatuh talaknya tidak kira sama ada sengaja atau tidak, tidak kira semasa dia marah atau tidak marah... lafz cerai ekan membawa hukum yang sah tanpa perlu saksi mahupun isteri mesti dengar. Yang penting lafaz suaminya jelas membawa maksud cerai, maka tercerailah ikatan perkahwinan itu.

    Ia juga akan jatuh talak tiga walaupun dengan sekali sebut seprti pendapat yang diikuti dalam mazhab Syafie.

    Bagi menghalalkan semual, mestilah berlakunya perkahwinan semula isteri berkenaan dengan orang lain dan selepas bercerai serta tamat edahnya.. Cina buta.

    Mengenai dosa pahala, kita sendiri yang tahu benar-benar kita berdosa atau tidak.. Allah tetapkan dosa kpd berlakunya pelanggaran hukum Allah.. Itu yang pasti. Walluaklam

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA