| Nama*: | Fiza |
| Tajuk*: | Ragu |
| Pertanyaan*: | Salam ustaz...tentang suami saya cakap kalau msg dengan lelaki lain kecuali seller tu jatuh talak...suara dalam otak saya cakap saya dah langgar....sebabnya saya ada msg dengan adik beradik saya yg lelaki...tapi suami saya cakap...maksud dia bukan termasuk adik beradik....maksud dia lelaki lain yg bukan muhrim saya...saya faham maksud dia...tapi saya tetap ragu2..saya tetap rasa serabut... |
| Jawapan: | |
Salam
Penjelasan suami puan adalah terbaik dan wajib diterima itulah hakikat yang dimaksudkan.
Keraguan itu tidak membuahkan apa-apa faedah. Tinggalkan keraguan dan berpegang pada hakikat sebenar apa yang dimaksudkan suami.
| Nama*: | Zahir |
| Tajuk*: | Keraguan tentang talak |
| Pertanyaan*: | Kami menetap di jakarta. Saya orang malaysia dan isteri saya orang jakarta. Ketika bercuti dikg saya dimalaysia berlaku pergaduhan dengan isteri. Semasa bergaduh tu saya kata pada isteri, sampai/ balik jakarta kita bercerai. Niat saya adalah untuk menceraikan dia d sana nanti. Sampai saja dijakarta kami duduk berasingan dan sepanjang masa itu kami mula berbaik semula dan saya tidak ada melafazkan kata cerai padanya. Apakah status hubungan saya dengan isteri. Adakah sudah terjadi talak? |
| Jawapan: | |
Salam
Janji untuk cerai hanyalah satu janji. Tapi bila dah berada di Jakarta, janji itu tidak dibuat maka ia tidak akan terjadi talak.
Maksudnya cerai itu tidak terjadi kerana anda tidak sebutkan cerainya.
| Nama*: | Hamba Allah |
| Tajuk*: | Berbisik |
| Pertanyaan*: | Assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanya adakah jatuh talak jika suami melafazkan talak seorang diri secara berbisik dan dalam keadaan fikiran bercelaru kerana terlampau memikirkan lintasan hati berkaitan talak..lintasan hati itu sangat menganggu..mohon pencerahan dari ustaz..terima kasib |
| Jawapan: | |
Salam
Talak akan jatuh apabila lafaz itu disebut dengan sempurna; Aku ceraikan engkau!
Jika suami sendiri masih ragu ragu dan tidak sebut dengan jelas, ia tidak menjatuhkan talak
| Nama*: | Hamba Allah |
| Tajuk*: | Was- Was |
| Pertanyaan*: | Salam Ustaz, Saya seorang yang mempunyai was-was yang teruk. Saya ada rahsia yang saya simpan, tapi hati selalu menyatakan bahawa jika isteri tahu rahsia saya, maka akan jatuh t****. Perkara ini selalu terlintas di hati saya selama bertahun-tahun. Bila kerap sangat di hati, hati saya macam cakap saya ada lafaz benda yang di atas tu. Ada satu hari tu, bila kerap sangat perkara itu terlintas di hati saya, saya mengiakan dalam hati yang saya pernah lafaz benda tu, baru lintasan ity berhenti. Apakah hukum mengiakan di dalam hati? Adakah dikira mengiakan lafaz tersebut? Soalan kedua, masa sedang menonton tv bersama isteri, kami suami isteri ada dengar lagu, saya ada ikut nyanyi. Selepas tu ada lirik lagu bunyi " biar kita berpisah dari merana', lepas tu saya cam pandang isteri saya & tiba-tiba ada lintasan c****, apakah dikira saya berniat? Selepas itu, hati saya ulang-ulang bagitahu, yang saya memang tahu lirik lagu tu, tapi saya ikut menyanyi jugak, jadi sudah dikira lafaz kinayah. Mohan jawapan ustaz, sebab hari-hari saya fikirkan benda ni sahaja. semoga Allah membalas kebaikan ustaz, Aamin. |
| Jawapan: | |
Salam
Anda perlu menangani kes was-was anda. Rawatlah ia sebaiknya. Banyakkan istigfar dan bacaan 3 Qul.
Lintasan hati tidak menjatuhkan talak.
Lafaz kinayah perlu disertai niat untuk cerai. sebutan sebegitu sahaja tanpa niat tidaklah menjatuhkan talak
| Nama*: | sya |
| Tajuk*: | suami keluar dari rumah |
| Pertanyaan*: | ustaz, suami saya telah keluar dari rumah kerana bergaduh dengan saya. dia balik ke rumah keluarga nya, sekiranya dia tidak pulang ke rumah dan saya pergi ke rumah keluarganya untuk bertemu/memujuk nya. adakah taklik yang pernah dibaca "suami meninggalkan isteri selama 3 bulan akan jatuh talak" itu tetap jatuh talak? |
| Jawapan: | |
Salam
Lafaz taklik tidak terjadi pada kes suami lari seperti ini.. taklik biasanya disebut 4 bulan berturut-turut
pujuklah suami untuk kembali bersama
| Nama*: | M |
| Tajuk*: | suami berkata "kita cerai je" |
| Pertanyaan*: | saya dan suami sering bergaduh, pergaduhan yg baru ni sangat teruk sehingga kan suami membawa semua barang-barang nya keluar dari rumah. sebelum keluar dari rumah suami ada berkata "kita cerai je" "awak tak perlu risau, lepas ni kita dah takde dosa antara satu sama lain" adakah perkataan yg diberikan & perbuatan suami yg keluar dari rumah ini dikira jatuh talak? |
| Jawapan: | |
Salam
Bab ini kena tanyakan suami sendiri. Dapatkan kepastian daripadanya sama ada yang disebut itu adalah cerai ataupun sebagai pilihan untuk cerai.
Suami adalah penentu kepada jatuhnya cerai. sebab itu kena dapatkan kepastian daripada suami.
| Nama*: | Insan lemah |
| Tajuk*: | was was cerai |
| Pertanyaan*: | Saya jenis yang suka bercakap sorang sorang kalau ade lintasan hati..satu hari ade lintasan lafaz cerai di hati..kemudian saya was was adakah saya lafaz atau tidak..atau hanya di hati,saya risau saya ada terlafaz kerana saya suka tercakap sorang sorang,tapi perkara tu saya tak dapat nak pastikan saya ada lafaz di mulut atau tidak |
| Jawapan: | |
Salam
Lintasan hati tidak perlu dilayan. Talak hanya terjadi jika ada ucapan yang sahih dan kuat. Usah terganggu dengan was-was..
tk
Visitor IP: 183.171.143.75
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook Powered by EmailMeForm
| Nama*: | Abdul Ghani Rahmat |
| Tajuk*: | Jamak dan Qasar |
| Pertanyaan*: | Boleh nyatakan, jarak perjalanan untok membolehkan Jamak dan Qasar? |
| Jawapan: | |
Salam
Mengikut ketetapan Majlis Agama Islam Negeri Johor, kadar marhalah untuk dikira membolehkan jamak dan qasar ialah sejauh 81KM.
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!