Soalan 1: was was cerai
Nama*: | Insan lemah |
Tajuk*: | was was cerai |
Pertanyaan*: | Saya jenis yang suka bercakap sorang sorang kalau ade lintasan hati..satu hari ade lintasan lafaz cerai di hati..kemudian saya was was adakah saya lafaz atau tidak..atau hanya di hati,saya risau saya ada terlafaz kerana saya suka tercakap sorang sorang,tapi perkara tu saya tak dapat nak pastikan saya ada lafaz di mulut atau tidak |
Jawapan: | |
Salam
Lintasan hati tidak perlu dilayan. Talak hanya terjadi jika ada ucapan yang sahih dan kuat. Usah terganggu dengan was-was..
tk
Visitor IP: 183.171.143.75
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.