Friday, March 30, 2018

Soalan: talak

Nama*:syiqin
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:assalammualaikum. sy nak tanya semalam sy bergaduh besar dgn suami sy. sy merajuk dan kemas barang2 sy sebab nak balik rumah makcik sy. masa sy kemas barang suami sy cakap kalau sy keluar rumahh jatuh talak.
lepastu sy marah2 dan dia cakap dia tarik balik talak dia kalau sy berhenti membebel dan sy pun berhenti lah membebel.
soalan sy macam mana nak tarik balik? sy perlu keluar rumah untuk berkerja . pagi tadi suami sy cakap aku tarik balik apa yg aku lafaz semalam dan aku izinkan kau keluar rumah. Adakah itu sudah cukup ? lepas ni boleh ke sy keluar rumah seperti biasa? bantu lah sy. sy masih muda dan jahil dalam agama. sy buntu dan sedih
Jawapan:
Salam

Terimalah kenyataan suami ..

sebenarnya lafaz taklik tidak boleh dipermainkan. Ia tidak boleh ditarik balik. CUma mungkin suami bermaksud kes ituuntuk malam itu sahaja...

tk

Visitor IP: 2001:e68:6c0c:6200:5161:6d1:82d:6ede

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah disabit sebagai talak?

Nama*:Siti
Tajuk*:Adakah disabit sebagai talak?
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz,
Saya marah anak² saya..saya cakap biar mak mati je senang, kemudian saya berkata kpd suama : " kalau saya mati,abang kahwin lain je biar anak² dapat mak tiri"..
Suami saya membalas :" Ada pula cakap macam tu"..

Apakah hukum situasi di atas ustaz, adakah boleh jadi talak kinayah?
Jawapan:
Salam


Ia tidak ada kaitan dengan lafaz talak.
tk
Visitor IP: 113.210.190.171

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, March 28, 2018

Soalan: bau binatang/khinzir

Nama*:sani
Tajuk*:bau binatang/khinzir
Pertanyaan*:aslm ustaz, depan rumah saya memang tempat babi berkubang. bebaru ni saya ada ambil tanah depan rumah untuk menanam pokok. lepas siap kerja saya dapati ada bau binatang berkubang/ bau masam di kaki seluar saya. saya tak nampak apa apa seperti najis. jadi saya abaikan dan solat mcm biasa tanpa sertu. adakah saya perlu sertu? sebab saya tak nampak apa apa melainkan ada bau yg melekat mungkin dr debu tanah kena seluar saya. betul atau salah tindakan saya?
wslm
Jawapan:
Salam

Tidak perlu sertu jika tidak ada kesan bau atau najis pada pakaian anda. Jika ada kesan bau atau bernajis, kenalah dibersihkan.

tk

Visitor IP: 183.78.47.238

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, March 27, 2018

Soalan: was2 lafaz talak

Nama*:Ja
Tajuk*:was2 lafaz talak
Pertanyaan*:Adakah jatuh jika suami lafaz "ikutkan hati aku ceraikan kau" tanpa melihat isteri..sbb x der perkataan "kalau" di depan..x der niat pon , cuma marah dengan sikat isteri.. Adakah lafaz soreh atau kinayah..
Jawapan:
Salam

Tidak terjadi talak..
tk


Visitor IP: 183.171.92.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, March 26, 2018

Soalan: Membaca talak orang lain didepan Isteri

Nama*:Kak Lina
Tajuk*:Membaca talak orang lain didepan Isteri
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz,
Baru-baru ni suami saya ada membaca di Fb mengenai kawannya menulis dan bercerita kepada saya "Saya ceraikan awak dengan talak 1" didepan saya dan kakak serta saudara2 yg lain. Pertanyaan saya adakah jatuh talak antara saya dn suami. Sila bagi pencerahan kerana saya bimbang jika talak sudah jatuh. Terima Kasih..
Jawapan:
Tidak jatuh talak ke atas isteri kerana suami tiada niat langsung untuk ceraikan isterinya, pada kes ini.

tk

Visitor IP: 175.145.199.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mertua campur tangan

Nama*:Jonah
Tajuk*:Mertua campur tangan
Pertanyaan*:Salam ustaz. Saya mempunyai hubungan yg teruk dgn ayah mertua. Kami sering bertekak dan dia sgt tinggi egonya sehingga saya yg perlu mngalah utk minta maaf dan mengaku salah meskipun saya tidak salah.

Saya tidak dapat melupakan kata katanya yg mengguris perassan saya. Dia mencampur urusan rumah tangga saya dan suami. Saya nak cerita semua pun letih.

Saya minta cerai pada suami tapi suami sgt sygkan saya. Saya juga begitu cuma saya tak mahu hidup dgn kongkongan mertua dan sering dipaksa melakukan sesuatu yg saya anggap beban tapi mertua anggap itu tanggubgjawab saya. Saya akan dipersalahkan jika berlaku apa2 buruk kepada anak lelakinya.

Saya cukup tertekan dan tidak sanggup mmpunyai kluarga mertua seperti itu. Saya minta cerai tiap2 hari pada suami kerana mertua sudah anggap saya ni betul2 jahat padahal saya tidaklah seperti yg dianggap. Saya sudah fak tahan dianggap jahat. Saya ssperti dipenjara atas kesalahn yg sy tak buat.

Apa yg patut sy lakukan?
Jawapan:
Salam

Awak kahwin sahaja dengan mertua awak.. baharulah dia aman.. hehe.. sorrrrrriiiiiii..


Elok berpindah rumah, tak perlu hidup sekali. Jauhkan diri daripada gangguan keluarga seperti ini.. baharulah anda saling mengenali dan lebih membahagiakan.

tk

Visitor IP: 124.13.45.205

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai

Nama*:Nur
Tajuk*:Cerai
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz

"Baik bercerai je kalau hari2 nak bergaduh gaduh macamni."

Soalan saya, jatuh ke talak jika suami berkata sedemikian dekat isteri?

Mohon pencerahan . Terima kasih .
Jawapan:
Salam, ia tidak menjatuhkn talak. Talka terjadi sengan lafaz yang terang dan jelas.
tk

Visitor IP: 2001:e68:674d:b401:3168:7d7c:e2b4:ffa8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Solat jamak

Nama*:Tapan
Tajuk*:Solat jamak
Pertanyaan*:Saya kerja balik sampai rumah pukul 6.30ptg-7mlm kalau jam lambat . Saya solat zuhur pada waktu rehat di masjid berdekatan pejabat kerana pejabat tiada ruang solat. Masalahnya solat asar saya tak dapat nak buat sebab saya balik pukul 5.45 dan sampai rumah pukul 6.50. Saya balik rumah nak rehat dan urus anak masih kecil 7 bulan. Boleh tak nak jamak zuhur dgn asar pada waktu zuhur sebab saya selalu terlepas waktu asar disebabkan jarak tempat kerja yang jauh.?
Jawapan:
Salam

Solat itu mudah sebenarnya, Jika anda boleh solat Zohor di masjid, kenapa sebelum pulang, singggah sekejab solat asar di masjid.

Soalnya, kita nak buat ke tidak.. itu je.. tk

Visitor IP: 124.13.45.205

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA