Friday, July 15, 2016

Soalan: Doa

Nama*:Amir
Tajuk*:Doa
Message*:Salam ustaz..Ustaz..adakah doa begini salah atau dikira lafaz? Ya Allah..jika sekiranya aku ada terlafaz (kita tidak nyatakan lafaz apa2) Engkau berikanlah aku petunjukMu. Terima kasih ustaz
File Upload:
Lafaz apa ni?

Kalau tak ada lafaz cerai, tak berlakulah cerai..tk

Visitor IP: 113.210.206.177

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: status mesej

Nama*:hidayat
Tajuk*:status mesej
Message*:Assalamualaikum..sy nk brtanya.walopun sy da rujuk di pejabat kadi berdekatan dan mereka kata tiada ape2 tp sy tetp rse mcm kurg puas hati dgn pnjelasan yg dberikan.boleh x encik bg sy pnjelasan skali lg.
File Upload:IMG-20160715-WA0003.jpg
Salam

Terimalah pendapat orang yang tahu dalam hal ini.. tk

Visitor IP: 60.54.58.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, July 14, 2016

Soalan: sisa dalam kuku

Nama*:fauzan iskandar
Tajuk*:sisa dalam kuku
Message*:ustaz,siap mandi wajib saya perhatikan dalam kuku saya seperti ada sisa2 putih selepas jari itu kering.itu isi dalam kuku ke ustaz? mandi saya tidak ada guna sabun.mandi wajib saya sah ke mcmtu? masa mandi saya sudah tadahkan kuku bawah air shower.jadi apa status mandi wajib saya ya ustaz? saya terus saja solat mcm biasa.
File Upload:
Salam

Sah mandi itu.. cuma basuhlah di bawah kuku...

Visitor IP: 183.171.167.221

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kotoran celah kuku

Nama*:mazwan mansor
Tajuk*:kotoran celah kuku
Message*:salam,,
ustaz saya nak tanya,sebelum nak pergi solat jumaat saya mandi wajib dulu niat nak hilangkan hadas besar.Kemudian,dah saya pergi ke masjid dan dduk iktikaf.selepas itu saya perasan ada macam kotoran atau pun bintik hitam hujung kuku kaki saya.dan mungkin datang sebelum mandi.jadi saya pergi ke tempat wudhuk masjid dan basuh serta tanggalkan saja bintik/kotoran hujung kaki itu.mandi wajib saya itu sah ke tak ustaz saya buat mcm itu??? hanya membersihkan saja bhgian itu..
File Upload:
Salam

Sah mandi wajibnya dan ia tindakan yang tepat.

tk

Visitor IP: 183.171.167.221

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: niat dan lafaz

Nama*:nurul ain asyiqin binti hamidun
Tajuk*:niat dan lafaz
Message*:salam ustaz,
soalan saya sah dan sempurna tak mandi wajib saya jika saya niat mandi itu berulang-ulang supaya fokus dan tak layan apa jua perasan yang kacau masa mandi..contohnya saya sudah niat dalam hati ketika air jatuh dan mengalir dibadan,kemudian saya mula dah nak menggosok dan meratakan air sambil itu saya LAFAZ DIMULUT SECARA PERLAHAN niat 'aku mandi wajib' itu tadi berulang-ulang sampailah tamat mandi.niat yang pertama sudah saya ikut rukunnya iaitu mestilah dalam hati dan apabila air sampai/mengalir ditubuh badan.semasa nak meratakan air itu saya lafaz dimulut berulang-ulang sampailah tamat mandi..mandi wajib saya itu sah dan sempurna dah ke ustaz?? itu cara saya nak lawan was-was supaya tak layan.dan bila dengar dimulut kita jadi fokus dan yakin.betul tak ustaz memang sudah sah??
File Upload:
Salam

Dah sah la tu...

tk
Visitor IP: 183.171.21.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah atau batal

Nama*:nurul izzah izzati binti karim
Tajuk*:sah atau batal
Message*:assalam ustaz,kalau mandi wajib saya mandi sampai 2 kali adakah kedua-dua mandi itu tetap dikira sah dan sempurna? atau mandi pertama dikira batal? mandi kali kedua untuk bagi yakin dan lebih sempurna semuanya..adakah kedua-dua mandi saya buat itu sudah cukup sah sangat??
File Upload:
Mandi yg pertama itu sah. cukuplah tu.. usah nak bazir air, dosa.

Tak la pula mandi kedua akan membatalkan mandi pertama.. itu tak betul..

tk

Visitor IP: 183.171.16.222

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh ke talak?

Nama*:Qila
Tajuk*:Jatuh ke talak?
Message*:Salam. Saya nak tanya ustaz. Suami ada berkata kepada sy. "Kau tunggu aku hantar kau balik, baru aku ceraikan kau."

Soalan saya ustaz. Adakah ianya lafaz talak yg sah? Kalau tak jatuh talak boleh ustaz terangkan/jelaskan kenapa?
File Upload:
Salam

Lafaz ini tidak menjatuhkan talak. setelah suami hantar balik, jika suami tidak lafazkan cerai, maka tidaklah juga terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 115.164.52.182

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: solat berjemaah

Nama*:amirul hakim bin abdul haris
Tajuk*:solat berjemaah
Message*:salam. ustaz,semasa solat berjemaah,saya membaca surah al-fatihah,kemudian saya nak memperbetulkan bacaan dan sebutan surah tersebut,kemudian imam sudah rukuk,saya tinggalkn sje bacaan al-fatihah yg dibaca separuh itu tadi dan ikut sje imam rukuk dan sujud seperti biasa.adakah sah solat saya itu?? kiranya dipertengahan bacaan surah al-fatihah ada sangkut sedikit dan saya nak perbetulkan tapi tak sempat kerana imam sudah rukuk..saya tinggalkan dan ikut saja imam..sah tak solat saya itu tadi ustaz????mohon ustaz beri penerangan..
File Upload:
Salam

Jika dipastikan bacaan Fatihahnya salah, betulkan sesegera mungkin dan sempurnakan bacaan fatihah hingga tamat walaupun imam telah rukuk. Makmum dibenarkan sehingga imam sujud pertama untuk terus bersama imam..

Visitor IP: 183.171.23.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA