Thursday, July 12, 2018

Soalan: Taklik

Nama*:Lisa
Tajuk*:Taklik
Pertanyaan*:Assalammualaikum...Ustaz sy nak tanya, sy telah meminta suami utk lafaz taklik disebabkan suami selalu menipu & tidak berubah..suami setuju lafazkn taklik seperti (jika dia membuat carian dan main game judi,mengambil dadah dan membuat carian & tngok video lucah dengan niat ikhlas hati jatuh talak satu..selepas itu dia langgar taklik dibuat...tetapi katanya tidak jatuh talak disebabkan masa lafaz taklik dia tidak berniat utk ceraikn sy dan hanya utk mengelakkan prgaduhan berpnjangan...

Disini sy ingin pengesahan Ustaz adakah jatuh talak?

Terima kasih.
Jawapan:
Salam

Tindakan puan membuat taklik kepada suami pada tabiat buruknya adalah satu kesilapan besar. Kenapa perlu dipergadaikan rumah tangga dengan tabiat buruk?
Seharusnya puan berusaha membantu suami memulihkan dia ke arah yang lebih baik. Beramal dengan cara hidup islam sebenar.

Bila taklik dibuat, pelanggaran taklik akan menjatuhkan talak.

Pada saya, talak telah terjadi walaupun suami cuba menafikannya.

tk

Visitor IP: 123.136.116.199

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, July 11, 2018

Soalan: lafaz talak yang tidak lengkap

Nama*:zahir
Tajuk*:lafaz talak yang tidak lengkap
Pertanyaan*:saya ada sedikit kemusykilan nak ditanyakan. contohnya seorang suami dan isteri bergaduh besar. dalam pergaduhan tersebut suami sebut "aku ceraikan kau dengan talak" di dalam hati cuma yang terkeluar dari mulut suami secara jelas adalah bunyi "satu". adakah dalam situasi ini talak telah terjadi.

2) suami menyebut perkataan satu dengan maksud untuk menceraikan isteri dengan talak satu, adakah lafaz "satu" ini mengakibatkan jatuhnya talak
Jawapan:
Salam

Lafaz aku ceraikan engkau, ia sudah memadai untuk menjatuhkan talak. Talak tidak perlu disebut satu atau dua, kerana jika ia difahami akan terjadi talak satu.

Maafkan saya, keliru dengan soalan di atas..

Jika suami sebut SATU sahaja, sedangkan lafaz AKU CERAI itu didiamkan, ia tidaklah menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 161.139.222.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 2: Jatuh Talak Atau Tidak

Nama*:Angah
Tajuk*:Jatuh Talak Atau Tidak
Pertanyaan*:Assalamualaikum..
Ustaz sy nk bertanya.. Semasa bertengkar dgn suami.. Suami ada sebut "KALAU perangai kau mcm ni.. Elok kite bercerai je la"
Tapi bile ditanya kembali suami xada niat utk menjatuhkan talaq..mohon jawapan segera dr pihak ustaz.. Terima kasih.
Jawapan:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 183.171.80.176

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, July 7, 2018

Soalan 1: Jatuh ke tak talak

Nama*:Izwan
Tajuk*:Jatuh ke tak talak
Pertanyaan*:Ungkapan.. Bila aku keluar dan bila injen kereta start maka jatuhlah talak...
Keluar dah.. Tp enjin tak start.. Bila keadaan kembali reda.. Dah berdamai.. Baru keluar dan start injin
Jawapan:

Salam

Ontah le jang... eden pun tak faham...

usah bergaduh lagi lepas ni, berdamailah.. dan usah dikaitkan semua kes dengan cerai atau talak..

tk


Visitor IP: 183.171.179.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, July 3, 2018

Soalan: Adakah zihar

Nama*:Lokman
Tajuk*:Adakah zihar
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz/ustazah, saya ingin bertanya, adakah jatuh zihar jika berkata kepada anak saya yang berusia 4 bulan, saya bercakap-cakap dengan anak saya, saya kata "masam laa Ana ni, macam abi dan ummi", masa tu saya sedang bau mulut anak saya. Adakah boleh jatuh zihar kepada isteri saya?
Jawapan:
Salam

Ia tidak memberi apa-apa kesan..

zihar terjadi bila suami menyamakan isteri dengan anggota mahramnya dengan NIAT zihar dan KEBENCIAN...

tk

Visitor IP: 115.132.60.217

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah zihar

Nama*:Lokman
Tajuk*:Adakah zihar
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, adakah jatuh zihar jika berkata kepada anak saya yang berusia 4 bulan, saya bercakap-cakap dengan anak saya, saya kata "masam laa Ana ni, macam abi dan ummi", masa tu saya sedang bau mulut anak saya. Adakah boleh jatuh zihar?
Jawapan:


Visitor IP: 115.132.60.217

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, July 2, 2018

Soalan: Jatuh tak talak

Nama*:Din
Tajuk*:Jatuh tak talak
Pertanyaan*:Assalamualaikum.. ustaz, sy selalu bergaduh dgn isteri.. Sehinggalah kami wt perjanjian, klu bergaduh lagi sy AKAN ceraikan die.. Adakah jatuh talak bila bergaduh? Sbb sy x kata sy ceraikan die tp akan ceraikan dia? Tp bila prgaduhan berlaku sy x pun lafazkan cerai.. Adakah itu dikira lafaz kinayah?
Jawapan:
Salam

Tidak jatuh talak kut...

he he.. eden pun tak reti nak jawab.. he he..

AKAN tu macam ada makna lain, makna akan datang, akan dibuat..

Lepas ni tak perlu buat taklik lagi..

tk

Visitor IP: 123.136.106.221

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, July 1, 2018

Soalan: halalkan hutang

Nama*:puan
Tajuk*:halalkan hutang
Pertanyaan*:Salam ustaz .
1. saya adalah orang tengah dalam pinjaman duit antara
si A dan si B . si A telah berhutang dengan si B .jadi si A belum ada duit lagi hendak byr hutang si B . jadi saya telah tolong bayar hutang untuk si A . tetapi si A tidak tahu saya bayarkan utk dia .

2. jadi saya ada berniat nak halalkan hutang . Jadi kalau
si A ada sdh duit . dia nak byr hutang tersebut . apa hukum saya ambil duit itu semula sebagai ganti duit saya bayarkan untuk dia sementera . berdosa ka saya ambil duit itu ?
Jawapan:
Salam

Jika duit itu hak saudara, ambillah. TIndakan saudara membantu urusan hutang piutang orang itu adalah satu pahala besar.. tahniah..

tk

Visitor IP: 2001:d08:1812:af4:509d:ca88:fd8f:bb74

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA