Thursday, October 6, 2016

Soalan: keliru



Nama*:fauzan danial
Tajuk*:keliru
Message*:assalam..ustaz,saya ingin bertanya..selepas bangun daripada tidur saya pergi ke bilik air untuk membuang air kecil. Sebelum nak kencing tu saya nampak ada cairan melekit,bertali yg nipis..adakah itu AIR MAZI/WADI/MANI?? saya abaikan dan terus saja basuh..kemudian selepas dah selesai kencing itu tadi.,,saya pun duduk2 santai tiba2 nampak lagi air jernih bertali sedikit keluar..saya abaikan juga dan lap sahaja..ustaz, cuba ustaz berikan jawapannya itu ialah AIR MAZI/WADI ATAU MANI? nampak kelihatan seperti mazi..bantu saya berikan jawapannya.. TK
File Upload:
Salam

Air mani keluar kerana adanya ghairah dan kemuncak. Air mazi boleh keluar tanpa gahirah atau ghairah tapi tak kemuncak...

Kalua air mazi, basuh sahaja memadai. Air mani kenalah mandi hadas besar.

tk

Visitor IP: 183.171.160.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 5, 2016

Soalan: nazar


Nama*:ali
Tajuk*:nazar
Message*:salam. apakah terjadi nazar sekiranya seorang mak mengatakan sebegini "sekiranya dia dapat duit pencen esok-esok, dia akan bawak semua anak-anak dia ke mekah? tk
File Upload:
Salam

Ia tidak terjadi nazar.. Nazar hendaklah disebutkan NAZAR..

tk

Visitor IP: 183.78.62.17

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Zihar atau tidak


Nama*:Adib
Tajuk*:Zihar atau tidak
Message*:Salam. Baru-baru ini isteri mengeluh punggungnya makin besar selepas melahirkan anak pertama kami. Kemudian isteri bertanya macamna ni bang? Kebetulan mak sy ada di sekitar kami lalu saya berkata " cuba tengok mama tu dia bontot besar jgk, relaks ja dia". Tujuan saya di sini adalah sekadar memberitahu isteri supaya jgn byk mengeluh. Orang lain pon bersalin jgk, punggung besar jgk. Soalan saya. Apakah ia zihar?
File Upload:
Salam

Ia tidak dikira terjadinya zihar.. Zihar terjadi dengan adanya niat untuk zihar dan dengan tujuan menghina...

tk

Visitor IP: 183.78.62.17

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perceraian


Nama*:Borhan
Tajuk*:Perceraian
Message*:Salam Ustaz ,

Saya telah tinggal kan isteri saya selama 20 tahun dan saya pernah bawa kes perceraian ini ke makhmah tapi isteri saya tidak mahu di ceraikan. Dan isteri saya mengugut akan buat tuntutan sampai saya hilang segala-gala. Ugutan itu buat saya geram dan biarkan perkara ni berlamaan.
Kami tidak serumah selama 20 tahun. Niat hati saya memang saya nak ceraikan isteri saya tapi hingga kini saya buat tak tahu je. Dan isteri tidak balik selama 20 tahun.
Isteri saya yang keluar rumah .

Sekarang saya sudah tua dan tak larat lagi dalam usia 60 tahun dan hidup keseorang.

Dah dia masih isteri saya atau tidak
sebab saya dah tak ada niat lagi untuk bersama dengan dia.

Sekian Terima kasih.
File Upload:
Salam

Masya Allah.. Kasihan isteri, kenapa dibiarkan tergantung sebegitu.

Jika suami tidak pernah melafazkan cerai, tidaklah terjadi cerai. Tapi dalam lafaz taklik, isteri yang tidak diberi nafkah selama 4 bulan dan mengadu ke mahkamah, ia berhak mendapat tebus talak.

Dalam kes ini, saya tidak pasti setakat mana suami melafazkan cerai itu.. sam aada dia betul melafazkan atau tidak..

Saya cadangkan kes ini dibawa ke mahkamah untuk penjelasan lanjut.

terima kasih tuan.



Visitor IP: 60.53.61.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah merupakan talak kinayah

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (5 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Rina
Tajuk*:Adakah merupakan talak kinayah
Message*:Saya bergaduh dgn suami pasal anak nakal...
Kemudian, suami kata " kau keluar","pergi keluar"...sambil suami pandang kearah pintu sliding door dimana ia pintu utk keluar dari rumah.

Jatuh talak atau tak?
File Upload:
Salam

Kena pastikan drp suami. apa maksud KELUAR itu.. jika keluar ialah keluar sahaja, tidaklah jatuh talak. Tapi jika suami lafazkan keluar itu bermaksud cerai, terjadilah talak satu. pastikan drp suami..

tk

Visitor IP: 1.9.103.187

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 4, 2016

Soalan: Jatuh ke talak?

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (6 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Mohd
Tajuk*:Jatuh ke talak?
Message*:Salam ustaz.

Bagaimana pula jika lafaz,

"Kalau tak dapat jual handphone ni hari ni, baik kita bercerai jelah senang/baik kita dikira bercerai jer.."

Atas apa yang saya fahami perkataan BAIK itu bermaksud LEBIH BAIK yg mana ia tak semestinya dilakukan cerai ( betul kan saya kalau saya silap)

Adakah ianya telah disabitkan lafaz talak jika suami berkata sebegini? Kalau tak jatuh boleh ustaz bagitau kenapa? Nak dijadikan ilmu.. Saya was was. Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak dan tidak dikira lafaz taklik..

*kenapa jual hp kena cerai ye?

tk

Visitor IP: 115.164.56.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak.

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (7 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Hamba Allah.
Tajuk*:Talak.
Message*:Salaam ustaz. Suami isteri bergaduh. Dan isteri buat keputusan nak keluar dari rumah. Suami pun berkata kepada isteri, "Siapa suruh awak keluar dari rumah??"

Lalu isteri pun bertanya kepada suami seakan akan mencabar tahap kesabaran suami, dgn bertanya, "Kenapa pun kalau saya keluar?? Awak nak jatuhkan talak tiga???"

Tetapi, suami diam tidak membalas kata2 isteri kerana malas nak layan kata2 isteri yg sudahpun melampaui batas. Takut dilayan makin menjadi jadi.

Soalan saya, adakah jatuh talak kerana suami mendiamkan pertanyaan isteri tersebut? Betulkan saya kalau saya silap. Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih
File Upload:
Salam

Mendiamkan diri kerana tak nak gaduh lagi..itu bagus... pada kes ini, ia tidak menjatuhkan talak kerana diam di sini bukan bermaksud diam setuju...

tk

Visitor IP: 115.164.56.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, October 3, 2016

Soalan: Taklik

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (9 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Bunga
Tajuk*:Taklik
Message*:Saya adalah seorang balu sebelum ini dan telah berjumpa seorang lelaki bujang. Kami telah bernikah di seberang iaitu di selatan thailand berwalikan wali hakim kerana tidak ada persetujuan daripada orang tua saya. Setelah sebulan kami berumahtangga, saya mulai sedar dia mempunyai sikap panas baran dan kehendak seks yg luar tabii membuatkan saya berjauhan daripadanya, kerana takut. Untuk pengetahuan ustaz, kami masih belum sempat mendaftar perkahwinan ini lagi di malaysia. 5 bulan telahpun berlalu, yakni selama tempoh itu sehingga sekarang, kami tidak pernah lagi bertemu dan apatah lagi suami pun tidak pernah lagi memberi nafkah zahir mahupun batin. Adakah saya telah tertaklik? Dan memadai sahajakah saya mengadu kepada saksi2 atau keluarga suami? Adakah kes saya sudah habis di sini? Dan bolehkah saya menerima pinangan lelaki lain? Sekian, terima kasih ustaz yg di hormati.
File Upload:
Salam

Puan, pernikahan di selatan Thai itu telah sah dan puan masih menjadi isterinya. Puan kenalha berhubung denan suami dan mintakan kepastian daripadanya sama ada mahu teruskan hubungan atau berpisah. Jika suami mahu berpisah dan dia menjatuhkan talak, barulah puan boleh bernikah dengan lelaki lain setelah tamatnya edah.



Visitor IP: 183.171.16.126

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA