Thursday, July 12, 2018

Soalan: Taklik

Nama*:Lisa
Tajuk*:Taklik
Pertanyaan*:Assalammualaikum...Ustaz sy nak tanya, sy telah meminta suami utk lafaz taklik disebabkan suami selalu menipu & tidak berubah..suami setuju lafazkn taklik seperti (jika dia membuat carian dan main game judi,mengambil dadah dan membuat carian & tngok video lucah dengan niat ikhlas hati jatuh talak satu..selepas itu dia langgar taklik dibuat...tetapi katanya tidak jatuh talak disebabkan masa lafaz taklik dia tidak berniat utk ceraikn sy dan hanya utk mengelakkan prgaduhan berpnjangan...

Disini sy ingin pengesahan Ustaz adakah jatuh talak?

Terima kasih.
Jawapan:
Salam

Tindakan puan membuat taklik kepada suami pada tabiat buruknya adalah satu kesilapan besar. Kenapa perlu dipergadaikan rumah tangga dengan tabiat buruk?
Seharusnya puan berusaha membantu suami memulihkan dia ke arah yang lebih baik. Beramal dengan cara hidup islam sebenar.

Bila taklik dibuat, pelanggaran taklik akan menjatuhkan talak.

Pada saya, talak telah terjadi walaupun suami cuba menafikannya.

tk

Visitor IP: 123.136.116.199

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.