Wednesday, July 11, 2018

Soalan: lafaz talak yang tidak lengkap

Nama*:zahir
Tajuk*:lafaz talak yang tidak lengkap
Pertanyaan*:saya ada sedikit kemusykilan nak ditanyakan. contohnya seorang suami dan isteri bergaduh besar. dalam pergaduhan tersebut suami sebut "aku ceraikan kau dengan talak" di dalam hati cuma yang terkeluar dari mulut suami secara jelas adalah bunyi "satu". adakah dalam situasi ini talak telah terjadi.

2) suami menyebut perkataan satu dengan maksud untuk menceraikan isteri dengan talak satu, adakah lafaz "satu" ini mengakibatkan jatuhnya talak
Jawapan:
Salam

Lafaz aku ceraikan engkau, ia sudah memadai untuk menjatuhkan talak. Talak tidak perlu disebut satu atau dua, kerana jika ia difahami akan terjadi talak satu.

Maafkan saya, keliru dengan soalan di atas..

Jika suami sebut SATU sahaja, sedangkan lafaz AKU CERAI itu didiamkan, ia tidaklah menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 161.139.222.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.