Wednesday, November 12, 2014

Soalan: Lintasan Hati dan Bisikan Syaitan

Nama*:Muhammad bin Johar
Tajuk*:Lintasan Hati dan Bisikan Syaitan
Message*:Assalamualaikum! Ustaz masalah saya agak kompleks. Beberapa tahun lalu saya sering dihantui masalah ini. Pernah berlaku bila saya ucapkan perkataan ini kepada isteri saya seperti.."selamat jalan"..."pergi dahulu"..."bye, bye"...akan ada seperti lintasan cerai. lintasan ini seperti tidak diundang dan datang dengan tiba-tiba. Untuk pengetahuan ustaz saya tidak mempunyai keinginan langsung untuk bercerai. Kemudian berdasarkan pembacaan saya, saya mendapat jawapan bahawa cerai tidak jatuh kerana ia hanyalah sekadar lintasan hati. Beberapa tahun kemudian (sekarang) datang seperti ragu-ragu dalam hati saya semula. Situasi ini sangat menyiksakan saya. Sehingga saya berfikir bila jatuh talak saya dikira telah rujuk semula kerana melakukan persetubuhan dengan isteri. Saya yakin saya hanya berfikir tidak melafazkannya, namun ada seperti bisikan yang saya mengucapkannya.
File Upload:

Salam

Lintasan seperti itu tidak dikira.. Jangan layan perasaan dan bisikan dalaman seperti itu..

Niat ialah satu rasa dan kecenderungan yang kuat untuk kita buat sesuatu..


Visitor IP: 14.1.193.81

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.