Wednesday, November 12, 2014

Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:suria binti sabri
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz..di sini saya ingin mohon bantuan tentang persoalan yang berlegar di fikiran saya.. baru-baru ini saya ada bergaduh dengan suami, hanya perkara kecil..main game sampai 4 pagi, sanggup x tidur, saya pun ambil tab yang dia tengah main tu. Sebab marahkan saya tak ikut kehendak dia, dia main-main cakap 'AKU CERAIKAN KAU DENGAN....'lepas tu dia diam...dia bersiul-siul, buat bising bg saya geram...saya dengar apa yang dia cakap, tapi saya buat tak tahu..saya pura-pura tidur, tapi di dalam hati asyik bertanya, dh jatuh ke talak ke atas aku?? Ya allah ustaz, tolong saya...
File Upload:
Salam.

Puan pasti dengar suami berkata sebegitu?

Ayat ni tak berapa jelas sebab boleh jadi aku ceraikan kau dengan handphone ini....

Puan kena pastikan daripada suami juga.. minta penjelasan beliau sama ada ia cerai atau 'cerai' bermaksud pisah sahaja.. dapatkan kepastian dia.. dan terimalah pengakuannya itu...

tk

Visitor IP: 113.210.131.208

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.