Saturday, January 4, 2014

Soalan: terceraikah...

Nama*:muhammad
Alamat Email:mshajeer_7@yahoo.com
Tajuk*:terceraikah...
Message*:
 
assalamualaikum ustaz.

Isteri paksa suami untuk ceraikan dia kalau suami hisap rokok. Contoh ayat, (kalau abg hisap rokok abg akan ceraikan awk). Masa ni suami hisap rokok tp isteri tak tau lg..kirenye disembunyikan oleh suami. Ayat tu pulak disusun oleh isteri dan dipaksa oleh isteri untuk disebut tp suami dlm keadaan tertekan, terpaksa dan tiada niat untuk ceraikan isterinye. Adakah jatuh talak ustaz?

Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 123.136.98.69

Salam

Dalam kes ini, ia dikira sebagai lafaz taklik; iaitu lafaz terikatan dengan janji untuk talak. Jika saudara menghisap rokok, maka jatuhlah talak berkenaan.

Namun oleh kerana saudara menyatakan ia dipaksa oleh isteri, maka lafaz taklik berkenaan tidaklah sah. Cuma perlu juga dinilai tahap 'paksaan' isteri itu bagaimana; jika ia memang benar-benar memaksa dan mendesak, boleh diambil kira sebagai paksaan. Tetapi jika sekadar suruhan sahaja, tidaklah perlu dipatuhi dan lafaz teklik berkenaan menjadi sah.

Wallahuaklam.




Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.