Saturday, January 4, 2014

Soalan: suami kata cerai dalam sms

Nama*:nana
Alamat Email:anbelamelynna@yahoo.com
Tajuk*:suami kata cerai dalam sms
Message*:Sebelum ini saya telah lari ke rumah mak bapa saya kerana tidak tahan dengan kelakuan suami yg suka datang tangan ketika marah serta menghina saya seperti anjing, pelacur dan sebagainya. Pada satu malam suami saya sms dengan mengatakan "kalau kau tidak pulang malam ni juga, kita cerai". Saya tidak pulang ke rumah suami sya pada malam itu. Selepas itu, selang beberapa minggu, suami saya ada menghantar sms lagi dengan mengatakan "kita cerai". Selepas itu, pada masa yang sama suami saya menghantar lagi sms sebanyak dua kali "kita cerai" dengan disambungkan perkataan yg menghina tanpa perkataan "kalau'. Adakah sah cerai itu ustaz?
File Upload:
Visitor IP: 113.210.4.138

Salam

Puan Nana, sms cerai adalah sah dan jatuhlah talak. Dalam kes ini, suami puan telahpun menghantar tiga kali sms menyatakan cerainya, bererti ia telah menjatuhkan talak. Cuma perlulah dipastikan ia talak satu atau talak tiga. Perkara ini perlu dirujuk kepada pejabat agama bagi mengesahkan status perkahwinan puan.

terima kasih.

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.