Soalan 1: Mahu Kepastian
Nama*: | Fitri |
Tajuk*: | Mahu Kepastian |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum, Ustaz, saya ada soalan yang ingin ditanya : Pada waktu malam,saya duduk dimeja makan manakala isteri saya sedang duduk diruang tamu.Ketika itu saya sedang memegang handphone melihat soalan soal jawab agama yang saya hantar berkaitan was was lafaz cerai, lalu ustaz itu menghantar jawapan pada saya bahawa soalan yang saya hantar tu tiada kaitan dengan cerai dan menasihati saya jauhi perasaan was was. Semasa saya sedang memikirkan sesuatu, tangan kanan saya yang memegang handphone telah bergerak ke kiri dan ke kanan tanpa saya sedari. Kemudian saya jadi was was kerana adakah saya tunjuk soalan tadi dekat isteri saya (saya berkata dalam hati "aku buat macam ni ke" sambil mengerakkan tangan yang memegang handphone).Kemudian saya tengok isteri saya yang sedang leka bermain handphone dia diruang tamu.Saya yakin isteri saya tidak nampak soalan tersebut dan saya yakin yang saya tidak tunjuk dekat dia. Saya jadi was was Ustaz dan saya tidak ada niat. Adakah terjadi cerai pada situasi diatas? |
Jawapan: | |
Visitor IP: 175.139.253.161
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.