Sunday, February 2, 2025

Soalan 1: Was Was Kronik


Nama*:Anonymous
Tajuk*:Was Was Kronik
Pertanyaan*:Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada keraguan/was was kronik. Situasinya adalah:

1. Disebabkan saya tidak begitu memahami hukum talaq dengan jelas, saya kemungkinan ada bercerita/berbicara bersendirian (tiada saksi dan isteri tidak ada ketika itu) lafaz talak untuk contoh untuk sendiri kerana mengetahui hukum. Kemudian saya jadi paranoid saya ada sebut bilangan ta**k berapa? Saya terlupa saya sebut bilangan ta**k 1 atau 3? Adakah saya sebut dalam hati atau lisan? Saya jadi terlampau paranoid sehingga saya sudah buat pengesahan di Mahkamah Syariah dan keputusannya tiada talak berlaku dan masih suami isteri. Tetapi sekarang saya masih ketakutan kerana ada kemungkinan saya tidak beri penjelasan sepenuhnya.

2. Ini pula berlaku ketika menunggu tarikh untuk hadir ke mahkamah, saya mengambil alat kawalan jauh penghawa dingin dan memberitahu diri saya bahawa tidak mengapa, saya boleh bayar bil nanti, isteri nak marah pun biarlah. Saya membayangkan hidup seorang diri di masa depan dan bagaimana jika perc****an berlaku, saya akan kehilangan isteri, keluarga mula membenci saya, saya hidup dalam kesunyian, dan keputusasaan. Selepas imaginasi berikut, saya duduk di sofa dan saya berasa hilang arah, saya berkata "Goodbye *dengan nama isteri.*" Adakah perkataan goodbye itu lafaz kinayah?

Kemudian saya mencari di internet untuk tahu sama ada apa yang saya katakan boleh dianggap talaq kinayah. Saya jadi ragu tentang apa yang saya katakan. Saya juga menampar diri saya dan berkata yang saya tidak berniat pun. Adakah saya berniat menceraikan isteri saya atau saya hanya kecewa dan mengucapkan itu disebabkan kekecewaan? Adakah ini hanyalah imaginasi/lintasan hati atau niat? Saya tidak kemukakan perkara ini kepada mahkamah kerana tidak terfikir/terlupa tentang perkara ini ketika di mahkamah syariah.
Jawapan:


Visitor IP: 2001:f40:94e:2771:1029:bdc4:af67:64e8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA