Tuesday, October 5, 2021

Hadiah

Telekom Malaysia Berhad
Level 51, North Wing, Menara TM,
Jalan Pantai Baru, 50672,
Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur,
Malaysia.

TM HADIAH.

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 1st Oktober
2021 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 -
4 - 16 - 37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori
hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia.Untuk menuntut hadiah kemenangan ini
anda dikehendaki menghubungi melalui email Bahagian Tuntutan untuk tujuan
pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala
Lumpur sejumlah Rm 270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah
dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga
anda sempena sambutsn 2021 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai
pakej istimewa Telekom 2021 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100%
sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN. MOHD NOR BIN SAAD
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail: tmcareline2@outlook.my

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat
berikut :

1). Nama Penuh
2). Umur
3). Pekerjaan
4). Telefon
5). Negeri / Bandar

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2021 ini adalah
diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini
sebelum 31 Disember 2021.

Terima kasih.

Pn.Siti Nurliza Binti Che Abdullah
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA