Wednesday, October 4, 2017

Soalan: Penyakit lintasan hati dan percakapan dalam hati.

Nama*:Suami yang resah
Tajuk*:Penyakit lintasan hati dan percakapan dalam hati.
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya menghidap penyakit lintasan hati berkenaan talak. Sejak di awal perkahwinan sampai laa anak nak masuk 3 orang penyakit saya tak pernah nak hilang. Saya ada pergi berubat dengan darusyiffa. Kaunseling di pejabat agama dan saya pernah ke mahkamah syariah untuk membuat pengesahan lafaz. Saya juga mendapatkan rawatan dengan pakar psikatri dan ada mengambil ubat. Banyak cara saya cuba untuk merawat dan membetulkan diri saya. Sehingga sekarang ia masih datang, ada ketika ok ada ketika ia datang dengan teruk sekali. Saya tak tahu dah macamana nak rawat, boleh kata setiap hari setiap masa lintasan,percakapan dalam hati datang, bila ia datang saya jadi was-was, ragu-ragu, musykil. Saya selalu ragu-ragu, saya ada cakap ke apa yang terlintas atau saya ada lafaz perkataan/ayat berkaitan penceraian ke, persoalan ini selalu bermain dan membuatkan saya takut. Saya takut jika saya ada tercakap tapi saya tak boleh nak ingat sangat walaupun perkara itu baru berlaku dalam beberapa saat, saya jadi berdebar-debar saya ada lafaz atau hanya sekadar cakapan dalam hati. Saya tak tahu macamana mahu yakinkan diri saya.

Ada ketika itu, saya dah yakin bahawa itu adalah percakapan dalam hati, namun hati saya masih diselubungi perasaan was-was dan ragu-ragu. Padahal memang terbukti tiada suara yang kedengaran. Bila jadi begini ia melarat dan kemudiannya saya akan berfikir-fikir dan mengulang kembali dalam hati/fikiran saya apa yang berlaku dan kesudahannya berlaku kes terbaru pulak disebabkan leka memikirkan kes yang sebelum ini kemudiannya timbul lagi perkara baru.

Dalam melakukan ibadah solat juga lintasan-lintasan hadir sehingga mengganggu saya untuk fokus dalam solat. Sehinggakan solat berjemaah di masjid/surau pun masih berlaku lintasan. Saya cuba melawan, tapi hati ini tidak tenteram sebab saya takut jikalau dalam usaha saya untuk meyakinkan bahawa saya tidak ada cakap/lafaz, bagaimana jika andaian saya itu salah, dan saya akan dimasukan ke dalam neraka, saya jadi bimbang, saya nak saya dan keluarga sama-sama masuk syurga. Saya jadi susah nak yakinkan diri saya.

Pernah juga berlaku, tidak semena-mena datang lintasan, lintasan tu kata tadi saya ada lafaz, saya jadi pening saya ada lafaz ke tak, bila nak ingat balik tak boleh, kadang tu pergerakan mulut sahaja, bukan ada bercakap pun. Ada jugak berlaku bila saya bercakap dalam hati, saya cuba mengingati dan mengulang balik apa yang lintasan yang berlaku sebelum ini, kemudiannya tiba-tiba jadi was-was saya ada lafaz ke apa yang saya cakap dalam hati tadi atau saya ada cakap keluar suara ke tadi apa yang cuba saya ingat balik lintasan yang berlaku semalam. Pening saya ustaz.

Adakah salah jika saya hanya yakin dengan diri saya? Takkan setiap kali berlaku lintasan/percakapan/was-was atau ragu-ragu saya ada lafaz atau tidak saya perlu ke mahkamah syariah untuk pengesahan lafaz, sampai bila pun takkan selesai masalah saya. Saya ada terbaca "apabila ragu apakah pernah mengucapkan talak atau tidak, maka hukumnya dianggap tidak pernah mengucapkan talak. Hal ini berdasarkan pada kaedah fiqih: keyakinan tidak hilang kerana keraguan. Keraguan (akan talak) ditandai dengan perasaan was-was tanpa ada bukti. Sedangkan keyakinan (yakni ada perkahwinan) adalah berdasarkan fakta" Saya juga ada terbaca "tinggalkan apa yang meragukanmu menuju apa yang tidak meragukanmu." (hadis riwayat at-tirmidzi). Saya cuba memahami keadaan saya, namun saya tak tahu macamana lagi nak bantu. Semasa di mahkamah syariah dulu, pegawai disana kata nak bantu saya dan ada program susulan, tapi lepas abis prosedur pengesahan tu tidak ada apa-apa pun sehingga sekarang.

Ustaz. Bagaimana lagi yang boleh saya buat, adakah cukup sekadar saya yakin yang saya tidak ada lafaz sahaja? Saya bimbang jika saya salah bagaimana? Ke nerakalah jawabnya. Saya takut ustaz. Sekarang ni hari-hari saya usaha melawan namun dalam sehari tu mesti ada je kes yang membuatkan saya risau dan ragu-ragu. Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Allah turunkan Islam untuk manusia, manusia ini ada lemahnya ada lebihnya.

Allah yang Maha Tahu memberikan syariat dan peraturan yang termampu untuk manusia lakukan. ALlah tidak pernah membebankan manusia daripada batas kemampuan mereka. Rahmat Allah ada pada semua perkara dalam syariat.

Bila mana syariat itu menjadi susah dan disusahkan oleh manusia, maka manusia itulah sendiri yang berpenyakit dan bermasalah. Manusia itu yang bikinkan masalah, bukannya ALlah yang menurunkan syariat... Rahmat Allah telah dihilangkan oleh manusia itu sendiri.

Ibadah dan kehidupan dalam Islam begitu mudah dan berpanduan. Ia tidak pernah menyusahkan manusia. KEnapa sebilangan kecil manusia menjadi bebal dan susah, ia kerana kegagalan mereka mengenal agama sebaiknya.

Oleh itu, belajarlah fiqh islami terutamanya bab fikah solat, puasa, wuduk dll. dengan pemahaman yang jelas, anda lebih yakin dengan sebarang keputusan yang dibuat. JIka tidak ada ilmu, keyakinan anda akan hilang. Yakin mestilah berdasarkan ilmu.

baikilah diri sendiri untuk anda lebih senang dan mendapat rahmat ALlah..

tk



Visitor IP: 115.164.183.244

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA