Sunday, September 24, 2017

Soalan: Antara kasihan, anak dan cinta

Nama*:Am
Tajuk*:Antara kasihan, anak dan cinta
Message*:Assalam ustaz. Sy perkenalkan diri sy. Lelaki 36tahun sudah 4 thn berkahwin ada 2 ank. Sy ada isteri dan seorg kekasih. Baru2 ini sy kantoi dengan kekasih sy yg sy belum bcerai dengan isteri sy. Tapi sy sayang dia ustaz, selama ni sy terpaksa simpan dia sampai sy rasa boleh selesaikan masalah sy. Tp sy buntu. Antara kasihan, ank, dan cinta. Dulu sy berkahwin dengan isteri saya sebab terpaksa kerana terlanjur. Sy tak kenal dia. Sy bertanggungjawab dan kahwin dengan dia. Tapi sampai sekarang sy tak cintakan dia. Sy hanya blk ke malaysia 2bln sekali semata untuk bawa ank jumpa ibu nya. Sorg tinggal dengan sy. Sy bekerja di overseas. Sekarang sy bertahan kerana fikirkan anak2.. tp sy terlalu sygkan kekasih sy. Dia terlalu baik. Dia langsung tak marah bila tahu saya tipu dia selama ni. Sy tak sanggup nk lepaskan dia. Dh 4 thn dia tunggu sy tanpa tahu sy belum becerai dgn isteri sy. Sebelum ni dia tahu sy pernah kwin sebab terlanjur dan ada seorg ank. Tapi dia tetap terima sy seadanya. Dia tolong sy blajar agama. Sy terlalu sayangkan dia.
Ustz sy mohon pendapat ustz utk sy keluar dari mslh ini. Terima ksh ustz. Allah shj yg mampu bls jasa ustz. Wslm.
File Upload:
Salam

Pekahwinan memerlukan kebahagiaan dan keserasian. Jika mampu, kahwinlah dengan kekasih anda itu, dan kekalkan isteri pertama dengan sebaiknya.

Isteri pertama pula tidaklah ada cacat celanya, hanya kerana suami  yang merungut kononnya tak cinta.. kalau tak cinta kenapa dah ada dua orang anak?

Ginilah.. lebih baik berpoligami daripada terjebak ke dalam maksiat dan membawa kesengsaraan kepada isteri pertama..

tk

Visitor IP: 115.164.220.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA