Wednesday, May 31, 2017

Soalan: terlafaz takliq dgn menekan isteri adakah ia mahu diceraikan.

Nama*:mie
Tajuk*:terlafaz takliq dgn menekan isteri adakah ia mahu diceraikan.
Message*:salam,
saya nak tanya,pada beberapa bulan lepas di awal perkahwinan sy ada bertengkar dengan isteri..sy terlafaz takliq ketika marah dengan berkata jika syg keluar tak pakai tudung abg ceraikan syg talak 1,padahal sy tak ingat apa yang saya cakap..selepas peristiwa itu kami seperti biasa berbaik semula dan berlaku pergaduhan lagi..saya telah menekankan isteri utk menjawab syg nk ke abg ceraikan syg?kalau syg masih nak abg cakap nak!kalau tak nak abg,abg akan lepaskan syg,,tetapi isteri saya cakap dia masih nak saya dan isteri saya menangis mengatakan ini kali kedua saya ungkapkan kata cerai..saya terkejut..isteri saya menceritakan bahawa dulu saya telah pun lafaz takliq padanya..tapi kali ini saya sebut lagi perkataan cerai..padahal saya hanya bertanyakan pada isteri saya..saya yakin dengan diri saya dan saya bertanya dengan isteri adakah abg sudah lepaskan syg?abg hanya bertanya pada syg dan ugut syg itu saja..isteri sy begitu yakin juga seperti sy talak tidak jatuh lagi kerana sy hanya bertanya..tetapi menjadi keraguan sy kerana takut perzinaan berlaku dan setiap hari hati sy berbisik yg sy sudah ceraikannya sekali lagi talak 2..sy musykil sy masih yakin dan masih tanya isteri sy..dan isteri sy kata talak sah masa takliq saja..
File Upload:
Salam

Taklik yang pertama itu adalah sah jika benar suami melafazkannya. Isteri kena menutup aurat setiap kali keluar rumah jika tidak ia akan menjatuhkan talak.

Lafaz yang kedua tidaklah menjatuhkan talak kerana ia adalah satu ugutan.

Suami kena bijak dan tahu hukum hakam nikah. Bila tak faham, banyak perkara yang berlaku tanpa sedar ia ada kesannya dalam perkahwinan.

Usah dilayan keraguan dan was-was. Hindarilah segera.

tk


Visitor IP: 183.171.74.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA