Sunday, March 5, 2017

Soalan: Talak

Nama*:Isteri keliru
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualaikum ustaz.. Saya ada masalah.. Dulu sy pernah bergaduh dgn suami, dan sy ada menuduh suami menceraikan sy tanpa sedar. Sehingga kini, suami tidak mengaku dan dia menafikannya. Kami masih menjalankan kehidupan seperti biasa sebab sy malas nak mengeruhkan lagi keadaan.

Dan malam tadi, suami ada menghina sy dan melemparkan kata kesat pd sy.. Sy dengar dia menghina sy.. Bila sy tanya dia balik.. Dia tak mengaku.. Dia kata sy salah dengar.. Salah faham. Sy mendesak dia untuk mengaku. Sebab sy bengang. Dah mengata org macam2 kenapa mesti tak mengaku. Lepastu suami pun jawab, yer2 dah takpela sy mengaku semua yg awak kata/ tuduh sy ni macam2 tadi, n akan datang.

Sy juga tak pasti ada ke tak perkataan 'tadi' tu. Sy gusar dgn kata2 dia. Sy tanyalah dia, habis dah awak cakap macamtu, pandai kata lepasni sy ada tertuduh awak dah lepaskan sy, adakah itu dikira awak automatic mengaku jugak ke?

Suami jawab, tak lah sebab sy bukan lafaz taklik kat awak. Lagi satu sy tak sebut pun pasal mengaku benda dah lepas, dan sy tak ungkit benda yg lepas masa kita gaduh tadi.

Sy ragu2 & jd kusut ustaz. Sebab suami ada cakap lepasni sy mengaku jelah apa yg awak kata sy. Bila tanya suami, dia kata takde berlaku pape. Tak perlu nak risau atau syakwasangka. Dia kata lg, masa dia cakap tu takde maksudkan ape2 pun, cuma cakap kosong. Suami kata sy ni yg tak faham ape yg die cakap.

Soalan sy ustaz, adakah sudah berlaku nya talak dari kata2 dan pengakuan suami tadi? Jatuh atau tidak jatuh? Sy keliru. Mohon sangat pencerahan dari ustaz. Terima kasih.
File Upload:
Salam

dalam kes ini, suami tidak menyebut ttg taklik dan tidak disebut ttg talak, kenapa nak perlu dikaitkan dengan talak dan taklik pula... suami hanya mengaku dia mengatakan itu dan ini kepada isterinya, itu sudah cukup baik... terimalah sahaja pengakuannya..
tk


Visitor IP: 115.164.212.181

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA