Sunday, February 19, 2017

Soalan: Talak Tulisan

Nama*:Insan Kerdil
Tajuk*:Talak Tulisan
Message*:Assalamualaikum Ustaz..

Ustaz..saya ada sedikit pertanyaan.ia benar2 menganggu fikiran saya..tolong saya ustaz, masalah ini menganggu saya dalam usaha saya ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Saya sudah berkahwin ustaz. Tidak dinafikan, saya mempunyai satu masalah/ 'penyakit' lintasan hati yang sangat2 kuat. Lintasan hati ni menjurus kepada penceraian ustaz.

Masalah saya bermula di sini Ustaz; beberapa hari lepas, saya ingin menjual barang-barang rumah melalui facebook sebab nak pindah. Saya dah mindset nak tulis status " Nak letgo barang murah-murah......." tapi tak tulis lagi..just rancang nak tulis macam tu la..

Dan..saya pun mula menulis..kat wall facebook utk up status jual barang ni.."NAK LET......" Tiba-tiba ustaz..sampai hurut 'T' (utk perkataan letgo) saya stop menulis...entah macam mana dan dari mana tiba-tiba ada 'suara' dalam hati/kepala menganggu..suara tersebut membisikkan perkataan LETGO maksud kinayah nya ialah lepas atau ceraikan isteri kamu..saya stop..lama saya stop samada ingin teruskan atau tidak tulis perkataan LETGO tu...saya jadi takut dan gementar...

Last-last tak semena-mena saya seperti terpengaruh dengan bisikan suara tersebut..dan saya pun berniat DALAM HATI macam ni ustaz..." Kalau aku tulis jugak perkataan LETGO ni dan post kat facebook..walaupun post tersebut untuk jual barang..maka jatuh talak terhadap isteri aku kerana perkataan LETGO tersebut aku maksudkan (kinayah) kepada lepaskan dan ceraikan isteri aku.." Kemudian saya tersentak kerana telah berniat DALAM HATI..saya seolah-olah dikawal oleh bisikan suara tersebut ustaz..

Kemudian kerana niat dalam hati tersebut...saya padam balik perktaan 'NAK LET....' tersebut dan gantikan dengan perkataan ayat.. " NAK JUAL MURAH-MURAH......" dan saya post kat facebook.

Soalan saya ustaz, dari situasi ni..adakah ianya memberi apa2 kesan kepada ikatan perkahwinan saya ustaz..? Adakah jatuh talak ustaz? Adakah jatuh talak dengan taipan perkataan/ayat..."NAK LET....." tapi saya tulis perkataan tersebut niatnya nk jual barang pada mulanya...cuma ia terganggu dgn bisikan suara tersebut..Dan perkataan 'NAK LET...' tu takde kena mengena dengan niat menceraikan isteri pun...perkataan/ ayat 'NAK LET...' merujuk kepada nak jual barang...Dan selepas itu baru saya berniat dalam hati (disebabkan 'gangguan suara' tersebut)... kemudian saya padam perkataan tersebut kerana niat DALAM HATI tersebut...dan saya post ayat/perkataan lain..

Macam mana yer ustaz...? rungsing nya saya...dari segi syarak..jatuh ke talak ustaz..atau ini cuma gangguan syaitan semata-mata..lamanya saya menderita penyakit ni...saya cuba lawan..makin lawan makin teruk jadinya...bantu saya ustaz..rungkai masalah saya ini..please.....
File Upload:
Salam

Rawatilah penyakit was-was itu..

Jika tiada niat utk cerai, tidaklah terjadinya talak. Buangkan lintasan dalam hati itu..

Segera rawati masalah keraguan tuan..

tk

Visitor IP: 175.141.30.82

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA