Wednesday, September 7, 2016

Soalan: lepaskan aku

Nama*:*****
Tajuk*:lepaskan aku
Message*:ASsalam ustaz, sy pernah cakap pada suami semasa bertengkar, "lepaskan aku" berulang kali, suami sy serabut, dia cakap "aku lepas mu, gi la mana mu nk gi" tanpa niat cerai, cuma dia serabut tk nak tengok muka sy sementara waktu. Adakah jatuh talak?

Lagi satu, suami pergi ckp "aku cerai" tergantung ayat tu kt situ. Kami ingat dh jatuh. Sy dgn suami pun bertengkar, suami ingat dh jatuh jadi dia ada cakap "aku dh cerai mu kan, mu nak apa lagi?". Jatuh ke talak?

sy runsing, sebab sy cuma ada satu lagi talian hayat. Hati sy selalu was2. Sampai hubungan dgn suami renggang. Selalu dgr bisikan yg suami ada sebut2 hal cerai. Yang pernyataan diatas sy pun tkpasti, sbb hal tu dh lama berlaku, cuma tiba2 sy teringat semula tp sy tak pasti betul atau tidak suami ada sebut mcm tu, perkataan "aku dah cerai mu kan,mu nak apa lagi" ayat ni sy tk pasti suami sebut atau tak, sy tanya suami, suami ckp seingat dia, dia tk sebut mcm tu. Tp sy tk yakin. Sy takut. Sy murung smpai tk mkn minum. Bila org ke dlm tv ke sy dgr pasal cerai, sy jd takut, rasa mcm suami ada sebut pd sy. Tp sy tk ingat sebelum2 ni suami ada sebut atau tidak. Sytakut, sy tk nk hidup dlm zina. SOalan sy diatas tu semua nya dh 2 3 tahun lepas, sy teeringat semula. Smpaikan sy fikir nak cerai, lepastu kahwin lain, kemudian dh cerai barulah kahwin semula dgn suami. Sy dh istikharah tp tkdpt jawpan. Tolonglh ustaz, beri pandangan tetang maslah sy.
File Upload:
Salam

Pada kes pertama, jika benar dijelaskan suami tiada niat cerai, maka tiadalah terjadinya talak.

Pada paragraf ke dua, ia membuktikan niat suami untuk menceraikan isteri.. so, terjadilah talak satu ke atas isteri.

Apabila terjadinya talak, kenalah dirujuk jika masih dalam edah. Jika tidak, kenalah bernikah semula.

Usah dirisaukan. Kena faham, tahu dengan belajar soal hukum hakam.. baharulah tenang.. ok..

tk

Visitor IP: 115.164.187.235

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA