Soalan: nak tau bagaimana nak tuntut cerai taklik
Nama*: | hamba allah |
Alamat Email: | nurazie74@yahoo.com |
Tajuk*: | nak tau bagaimana nak tuntut cerai taklik |
Message*: | assalamuaikum,saya ingin tau bagaimana nak menyelesaikan masalah saya hadapi ini,saya dengan suami saya tidak duduk sekali dan kami tidak sefahaman lagi.suami saya langsung tidak membari nafkah dekat saya serta anak-anak..bagaimana saya nak tuntut cerai taklik
Jawapan:
Biasanya perkahwinan yang dilakukan di Malaysia, suami wajib menyebut lafaz ta'lid dengan maksud; jika saya (suami) tidak memberi nafkah 4 bulan berturut-turut lalu isteri saya mengadu kepada hakim dan membayar RM1, maka jatuhlah talak dengan satu talak.
(lafaz ta'lid ini biasanya dicatatkan pada surat nikah puan).
Jika lafaz seumpama ini dilakukan, puan berhak mengadu ke pejabat kadi (pejabat agama) dan memohon kepada pihak berkenaan untuk menuntut cerai secara ta'lid.
Puan perlu ke pejabat agama bagi mendapatkan pengesahan ini. (Bawakan surat nikah serta dokumen berkaitan). Wallahuaklam. |
File Upload: | |
Visitor IP: 115.135.66.49
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.