Wednesday, February 17, 2016

Soalan: tak faham dgn jelas

Nama*:Nur Shahira
Tajuk*:tak faham dgn jelas
Message*:Salam ustaz.. Sy nak tanya.. Ade satu hari.. Suami melihat & mendengar abg iparnya bergaduh dgn isteri dirumah emaknya.. Setiba sampai di rumah, dia menceritakan kembali kejadian yg dilihatnya.. Dialog suami masa tu macamni, "Awak nak tau tak, tadi sy tengok azim marah bini dia sampai siap cakap 'kau perempuan sial, aku ceraikan kau perempuan sial, aku ceraikan kau.' Teruk sanpai mcmtu sekali dia cakap, gila betul semua tengok masa tu."

Persoalan sy ustaz. Adakah jatuh talak bila suami mengulangi/menceritakan lafaz cerai itu tanpa ada sebarang niat tetapi hanya sekadar untuk memberitahu sy sahaja. Sy ada tanya suami, suami kata tak jatuh pun talak. Tapi saya musykil. Mohon pencerahan & penjelasan ustaz.. Terima kasih..
File Upload:
Salam

Ulang tayang cerita seperti itu tidaklah menjatuhkan talak kerana lafaz berkenaan disebut bukan untuk menceraikan isteri tetapi sebagai satu perkhabaran atau satu pengajaran sahaja.

tk
Visitor IP: 115.164.221.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 16, 2016

Soalan: masalah rumah tangga

Nama*:eqa
Tajuk*:masalah rumah tangga
Message*:assalamualaikum ustas. sy dan suami
telah bertengkar. lalu sy meminta dia untuk menceraikan sy. sy mengulagi perkataan tersebut sehingga dia rasa tercabar lalu berkata aku ceraikan kau tanpa niat. adakah lafaz itu sah?
File Upload:
Salam

JIka jelas suami sebut AKU CERAIKAN KAU, maka sahlah talak berkenaan. APabila lafaz telah disebut, niat di dalam hati tidak lagi perlu dinilai sama ada  ada berniat atau tidak ada berniat lagi.. Ucapan itu sudah cukup jelas untuk menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 8.37.231.24

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, February 14, 2016

Soalan: ragu ragu.

Nama*:farah
Tajuk*:ragu ragu.
Message*:Salam ustaz.. Sy gaduh dgn suami. Sy menuduh dia pernah menceraikan sy satu masa dulu. Walhal sy takde bukti yg sahih. Kerap kali sy menuduh dia begitu, tapi suami menafikan.. Dia cakap sy salah faham, n salah tafsir maksud yg dia cuba sampaikan pada sy..

Lepastu, suami menjelaskan lg pada sy dengan nada yg tegas, suami kata "Kalau saya mengiyakan kata kata awak ((kata2 sy yg menuduh dia dah menceraikan sy)), kalau sy mengaku benda yg sy tak buat ((benda yg dia tk pernah ceraikan sy)), hukum dekat atas dunia je kita di kira bercerai.. Hukum dekat akhirat tak.."

Adakah jatuh talak bila suami cakap camtu ustaz? Bila sy tanya suami apa maksud dia cakap mcmtu, dia kata dia cuma nk ajar sy.. Dia cuma nk fahamkan and terangkan akibat kalau dia mengiyakan n mengaku benda yg dia tak buat ((iaitu tuduhan sy berkata dia dah menceraikan sy))

Apa hukumnya ustaz??
File Upload:
Salam

Kalau dah jadi isteri tu, kenapa lah nak desak suami. kenapalah nak berbalah dengan suami... Sendiri cari penyakit, sendiri bikin beban ..

Selagi suami tidak melafazkan CERAI atau TALAK, tidaklah terjadinya talak..Itu yang pasti.

Kenapa puan nak desak suami dan menimbulkan keraguan yang berbagai pula...

tk

Visitor IP: 115.164.53.238

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah jatuh talak

Nama*:Norfazlina bt jusoh
Tajuk*:Adakah jatuh talak
Message*:Baru-baru ne saya dan suami bertengkar kerana dia memuji perempuan lain masa menonton tv..selepas itu dia mengunkit kisah silam saya..dan dia berkata kita dah tidak ada kefahaman lagi hari-hari asyik bergadoh dalam tahun ini juga kita kena pergi pejabat agama..adakah jatuh talak.
File Upload:
Salam

Talak tidak jatuh lagi selagi suami tidak melafazkan talak secara jelas dan terang.

Suami nak puji pelakon tu cantik, biarlah.. tak terjejas pun isteri kat rumah tu.. belajarkan pandai menawan hati suami... jangan terlalu cemburu..

tk

Visitor IP: 64.233.173.109

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, February 12, 2016

Soalan: Hati ragu ragu..

Nama*:Ila
Tajuk*:Hati ragu ragu..
Message*:Assalamualaikum ustaz.. Sy dan suami pernah bercerai talak satu ((dh rujuk semula)). Beberapa bulan lepastu, kami ade gaduh besar dlm dua situasi berbeza. First dirumah lama kami. Kedua dirumah mak mertua sy. Masa tu sy ade macam terdengar suami melafazkan seakan akan kata cerai pada sy. Sy rasa mcm yakin suami dh ceraikan sy, tp sy sendiri tak konfiden sebab ingatan sy tak jelas/sy takde bukti ingatan yg kukuh utk ingt kembali apa yg suami pernah cakap pada sy dulu.

Berbulan2 sy ade tanya mendesak suami untk berlaku jujur dlm keadaan sebenar, sbb sy takut telah berlaku penceraian tanpa sy sedari. Dan berbulan2 jugak suami menafikan, dia mengaku yg dia mmg ade cakap pasal cerai mse kami bergaduh, tp tidaklah smpai betul2 terlafaz cerai. Suami ade bgitau sepatah2 ape yg dia kata dkt sy pada dua kejadian tu. Suami siap bersumpah dgn nama Allah, yg dia tidak menipu & putar belit ayat even memanipulasikan ayat sekalipun. Kalau perlu sggup menjunjung quran utk meyakinkan sy yg die tk pernah terlepas cakap/tersalah cakap/putar belit ayat pasal cerai. Suami mendakwa sy dah salah faham, sbb sy hanya ambik ayat yg cerai je tanpa mendengar sepenuhnya ayat dia.

Kadangkala, suami sy menangis sbb sedih sy tak percaya dkt dia. Sy bkn nak bercerai, cuma sy takut terlepas pandang. Sy taknak pisang berbuah 2kali. Sepanjang kawin, suami tkpernah menipu sy. Even bende remeh temeh pun tkde rahsia antara kami. Tanggungjawab dia jalankan dgn baik
Cuma lps kami pernah bercerai dulu, sy menyesal.. Sy menjadi lebih berhati2, ragu ragu, adakalanya syakwasangka menguasai diri.

Macam mana ye ustaz? Adakah sy patut mengikut rasa perasaan sy ini yg sy sendiri tak pasti & ragu ragu, ataupun sy mengiyakan saja kenyataan suami sy? Sy nak yakin yg suami sy dah ceraikan sy.. Tp sy takde bukti ingatan yg jelas & sahih.. Dlm pd masa yg sme sy taknak percaye, takut tak berlaku pun cerai.. Sy was was.. Kdg2 ade suara hati berbisik supaya sy tak payah percaya dgn setiap patah ayat & kelakuan suami sy.. Sy berbelah bagi...
Sy takut suami sy tipu sy ((walaupun dia tak pernah tipu sepanjang kawin)) kerana dia terlalu sygkan rumah tangga kami..
File Upload:
Salam

Puan, jika suami sudah mengaku tidak pernah melafazkan cerai, terimalah pengakuan itu. KEnapa pula nak desak suami supaya mengaku benda yang dia tak buat. PErcayalah pengakuan suami itu.

Ia akan lebih harmoni dan damai daripada puan mendesak dan terus mendesak..
Suami jadi rimas. Akhirnya daripada tak cerai terjadi pula cerai...

Pandai-pandailah nak jaga suami tu.. kasihan kat dia.. hehe

Visitor IP: 115.164.216.197

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mohon pandangan ustaz

Nama*:Sufi
Tajuk*:Mohon pandangan ustaz
Message*:Copy paste :

Bulu babi yang dijadikan berus cat adalah harus dan suci menurut fiqh Maliki dan disokong oleh Syaikhul Islam Ibn taymiyah (Majmu' Fatawa , 21/96). Ibn Taymiyah berkata, rambut dan bulu itu tidak ada darah yang mengalir di dalamnya, maka bagaimana dikatakan ia najis?

Mohon pandangan ustaz..
File Upload:
Salam

Saudara telah membaca buku berkenaan, maka terimalah ia sebagai salah satu daripada hukum Islam mengikut pandangan ulama berkenaan.

tk

Visitor IP: 203.106.158.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Bertukar mazhab / campur mazhab

Nama*:Sufi
Tajuk*:Bertukar mazhab / campur mazhab
Message*:Assalamualaikum,

Tuan,
Saya mempunyai masalah was-was berkenaan najis berat yang agak kronik. Misalnya, saya dapati kebayakan berus cat yang murah diperbuat daripada bulu babi. Rata-rata saya lihat, masyarakat kita menggunakan berus seperti ini, baik untuk mengecat rumah, mengecat pagar, industri plaster ceiling, kedai baiki tayar dan sebagainya. Kalau macam ni…sukar bagi saya untuk pergi ke tempat tertentu/ menggunakan khidmat tertentu yang bebas dari semua ini. (betul juga kata orang, kalau tak tahu lagi bagus. Ni dah tau, kena hati-hati lebih).

Persoalannya, bolehkan saya menggunakan madzhab Maliki untuk hal najis berat seperti ini? Ini bukan sahaja memudahkan urusan harian saya, tetapi juga boleh menggunakan masa saya untuk beribadat, rather than sibuk sertu. Dalam hal ini, adakah saya dikira "mempermudahkan" Islam (kerana bertukar Madzhab untuk memudahkan); atau memang wajib bagi saya untuk menggunakan Madzhab Maliki (kerana kadang2 saya tidak solat kerana saya rasa terkena najis dan kena pergi sertu dahulu)?

Saya kerap terasa bersalah bila hendak menggunakan madzhab maliki ini. Ialah, dari kecik kita ikut madzhab Syafi'e. Boleh bertahan kejap aje.. pas tu… gi sertu balik. Solat pun rasa macam ada najis. Jadi, macam mana ye untuk kuatkan diri, untuk mengatakan pada diri sendiri yang apa yg kita buat tu (guna madzhab lain) tu tak salah?

TOlong jelaskan. Wallahuaklam.
File Upload:
Salam..

Tambahkan ilmu, banyakkan membaca dan meneliti pendapat berbagai ulama.. tidak salah sebegitu. Mazhab Maliki dan Hambali masih dalam Ahli sunnah.. boleh diamalkan mengkut apa yang difahami.. tk

Visitor IP: 203.106.158.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kemusykilan lafaz cerai.

Nama*:farah
Tajuk*:kemusykilan lafaz cerai.
Message*:Assalamualaikum ustaz.. Saya ade beberapa kemusykilan mengenai lafaz cerai.. Adakah jatuh talak bila suami cakap macamni dekat isteri;

1. Kalau ikutkan hati, dah lama dah aku ceraikan kau.

2. Kalau awak taknak jugak ubah hati awak, baik kita dikira bercerai je.

3. Kalau awak taknak berubah jugak, benda yg boleh selesaikan masalah hati awak, kita kena bercerai jugak.

4. Takkan pasal pergi toilet pun nak jatuh talak? Selagi saya tak lafaz apa2 taklik dekat awak, tak jatuh pun talak awak pergi toilet. Jatuh talak pergi toilet?? ((nada bertanya))

5. Kau tunggu aku hantar kau balik, baru aku ceraikan kau.

Saya mohon pencerahan dari ustaz.. Saya musykil.. Adakah jatuh talak atau sebaliknya? Terima kasih ustaz..
File Upload:
Salam.

1; tak jatuh talak
2; tak jatuh talak
3; tak jatuh talak
4; tak jatuh talak
5; tak jatuh talak

Talak hanya akan terjadi setelah suami lafaz dengan jelas untuk ceraikan puan. Seperti majlis akad nikah, lafaz terimaan nikah itu jelas dan terang, baharulah sah nikah.. Begitu juga cerai ia hendaklah terang dan jelas dilafazkan.

tk

Visitor IP: 115.164.218.214

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA