Wednesday, December 9, 2015

Soalan: talak

Nama*:farid
Tajuk*:talak
Message*:Assamualaikum ustaz..sy ingin bertanya..isteri sy nie x bole terima keluarga sy walau sudah hampir 20 thn berkahwin...dan sy mendapat thu isteri sy ade mengunakan ilmu guna2 pd sy...keluarga sy meminta sy meninggalkan isteri sy...bt pengetahuan ustaz..sy telah bernikah 1 lg...isteri ke2 sy tau perangai isteri pertama sy...pernah isteri kedua sy bertanya pd sy jika isteri bt mcm terhadap kami..sy jawab..klu die bt..abg ceraikan die...jatuh k talak sy begitu..klu isteri pertama memang bt untuk meruntuhkan rumahtgga ke2 sy...patut k sy mengikut perintah ibubapa sy untuk..meninggalkan die...
File Upload:
Salam

Suami adalah ketua dalam rumah tangga. Suami seharusnya berupaya mendidik dan memberi ajaran agama kepada isteri. Isteri yang faham agama, yang reti dosa dan pahala mereka akan taat kepada suami, mereka akan hormati suami dan ahli keluarga. Oleh kerana suami gagal mengasuh nilai keagamaan sebaiknya, maka isteri terpengaruh dengan ilmu hitam dan amalan kurafat yang lain.

Bimbinglah isteri saudara ke arah jalan yang Allah redai. Bawalah dia belajar dan beramal dengan amal islami. Orang yang beramal soleh dia akan segera meninggalkan perkara keji dan maksiat (syirik). Bawalah dia bertaubat...kasihan kepada dosa yang dilakukan selama ini. Suami punyai tanggungjawab untuk merubahnya..

Jika dia gagal diubah, dididik, itu mungkin ada benarnya suami mahu menceraikan isteri. Cerai hanya akan terjadi dengan sebutan yang jelas dan terang;aku ceraikan kau... sekdar sebut; nak cerai, nak cerai, ia tidak jadi cerai lagi.

tk

Visitor IP: 123.136.106.232

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz ralak

Nama*:Darwish othman
Tajuk*:Lafaz ralak
Message*:Assalamualaikum ustaz
Persoalan saya adalah tentang lafaz saya.
.isteri saya dalam keadaan marah meminta supaya diceraikan kerana tidak dapat menerima berita yang saya telah berpoligami.
Jadi untuk meredakan keadaan saya telah melafazkan perkataan.." pada saat dan ketika ini aku melepaskan engkau dengan TARAK 1.." saya bukan menyebut perkataan TALAK tp saya saja menyebut perkataan TARAK dalam bahasa pasarnya bermaksud "takde" bagi meredakan keadaan tapi saya melakukan tanpa niat sebab tu saya tukar perkataan itu...
Jadi bila dia.mendengar perkataan itu seperti TALAK dia pun dapat bertenang...bagi dia itu yang dia dengar dan menanggap bahawa talak itu sudah jatuh.
Adakah jatuh talak ke atasnya ustaz.
Terima.kasih ustaz
Assalamualaikum
File Upload:
Salam

Jika benar saudara tiada niat untuk bercerai dan saudara menyebut TARAK ketika lafaz itu disebut, maka ia tidaklah terjadi talak lagi. Hanya isteri sahaja yagn dengar seakan-akan TALAK tetapi sebenarnya TARAK... bagus juga idea saudara ni...

Untuk menenangkan isteri..hehe...



Visitor IP: 1.9.103.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 8, 2015

Soalan: talak

Nama*:mimie
Tajuk*:talak
Message*:Assalamualaikum ustaz...sy bertya...suami sy ade melafazkan cerai..aku ceraikan ko..selepas itu die marah kan sy..selang 15 minit..die sekali lg..aku cerai ko talak 3..bt pengetahuan ustaz..sy isteri kedua...sy dah suami mengalami sihir dr seseorang yg ingin meruntuhkan rumahtgga sy..kami dalam pengubatan..sy thu..suami tidak sedar ape yg dilafazkan..bukan dri kehendak die..adakah talak itu sah..yg mana talak yg diucapkan yg sah...sy x bole merujuk ke pejabat agama..kerna kami belum berdaftar...
File Upload:
Salam

Jika benar keadaan suami yang disihir pada ketika itu, maka lafaz talak itu adalah tidak sah kerana lafaz talak hendaklah dibuat oleh orang yang sedar, yang waras dan tahu apa akibatnya.

Mungkin puan perlu dapatkan rawatan dan penahan diri terlebih dahulu untuk suami..

tk

Visitor IP: 123.136.106.207

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 7, 2015

Soalan: talaq

Nama*:ana
Tajuk*:talaq
Message*:salam ustaz..bila suami berkata..klu ko buat..aku ceraikan ko..tp isteri tak buatpun perkara yg dimaksudkan oleh suami tu..adakah kata2 si suami boleh menjatuhkan talaq.....
File Upload:
Salam

kata-kata seperti ini adalah lafaz taklik yang boleh menjatuhkan talak setelah puan membuat perkara yang disebut itu.. Jika puan tak buat, ia tidak apa..

So pastikan puan tidak melanggar taklik yang boleh menjatuhkan talak ke atas puan.

tk

Visitor IP: 175.144.127.250

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ingin tahu

Nama*:Osman
Tajuk*:Ingin tahu
Message*:1..Salam ustaz apakah hukum jika ade org tny tu isteri awak ke??tp suami dia menjawab bukan. (Gurau) .adakah jatuh talak??

2..Sy jd ragu2 kerana semasa sy menontom movie,ade la sarikata berbungi she is not my wife..sy bc dlm hati je..mcm lidah mcm nak bergerak sendiri utk sebut dengan lidah..sy jd rs takut..selalu sangat datang dorongan suroh sebut balik dan bayangkan name isteri tp sy tahan dgn ttp rapat mulut..x dengar ape2 pon tp rs ragu2..sy yakin x sebut cuma sy nk tau jwpan utk soalan no1..minta maaf ustaz
File Upload:
Salam

1. Ia tak jatuh talak..

2. Sebut tanpa niat utk cerai dan tidak pula ditujukan kepada isteri tidaklah menjatuhkan talak... Jika ada lintasan, cepat cepat nafikan..

tk

Visitor IP: 60.49.65.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 6, 2015

Soalan: cerai

Nama*:sw
Tajuk*:cerai
Message*:assalammualaikum ustaz

suami sy ada menghantar pesanan berbunyi "awk, mcm mana cerita? nk sy lepaskan awk or macam mana? kita bincg dulu, then,pendek citer kita kat mahkamah nnt." kemudian sy membalas.."ya, sy nak awk lepaskan sy.

adakah talak telah terjatuh ustaz kerana suami bertanya nak saya lepaskan awk, kemudian sy membalas, ya sy nak awk lepaskan sy..?

terima kasih ustaz..
File Upload:
Salam

Ia tidak jatuh talak sehinggalah suami melafazkan 'aku ceraikan engkau' atau sms seperti itu..

dalam kes ini ia lebih kepada satu pertanyaan..

tk

Visitor IP: 118.101.219.202

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz cerai

Nama*:Bibi
Tajuk*:Lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya ada persoalan berkenaan dengan lafaz cerai. Mohon ustaz dapat membantu. Pada minggu lepas saya dan suami telah bertengkar. Dalam pertengkaran tersebut saya ada bertanya kepada suami "Awak nak kita bercerai ke?". Dan suami menjawab "nak". Setelah itu saya bertanyakan niat suami adakah betul hendak bercerai semasa suami menjawab "nak". Dan suami menjawab tidak ada niat untuk bercerai. Persoalan saya adakah talak sudah jatuh. Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Pada pandangan saya, ia tidak jatuh talak lagi sehinggalah suami benar-benar melafazkan 'aku ceraikan engkau'..

tk

Visitor IP: 103.14.184.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik penceraian

Nama*:mohd
Tajuk*:taklik penceraian
Message*:asslamualaikum .... sy mohd.. disini sy nak bertanya pasal cerai.... sy mempunyai seorang isteri... suatu hari sy telah bergaduh dgn isteri sy dan isteri sy nak keluar rumah tanpa izin sy.. sy tidak benarkan dia keluar dr rumah namun dia bertegas nak pergi juga.. sy pun bertalik ketika dia keluar rumah... sy berkata " selagi kau tidak datang cari aku dan minta ampun dgn aku... aku akn ceraikan kau dgn talak 3..." persoalan nya skrg.. ada kah jatuh talak sekiranya dia tidak minta ampun dgn sy... dan adakah kah taklik tu terbatal sekiranya isteri sy dtg cari sy dan meminta ampun dgn sy.....? terimah kasih banyak
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak pada ketika itu. Oleh kerana tiada masa yang ditentukan pada lafaz taklik itu, maka isteri ada pilihan untuk meminta ampun kepada suaminya. Selagi tidak dimaafkan suami, selagi itu ia berdosa walaupun tidak terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 175.140.65.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA