Thursday, July 2, 2015

Soalan: perkahwinan

Nama*:kaca
Tajuk*:perkahwinan
Message*:aslmkm.saya seorang perempuan,ingin berkahwin tetapi wali tidak izinkan. saya merasakan hukum kahwin saya sudah tahap wajib. walaupun sudah mncuba pelbgai cara..seperti puasa dan meningkatkan ibadat,saya masih berkeinginan tinggi dan merasakan ingin mnjadi pelacur jika masih tidak diizinkan berkahwin. alasan ayah saya adalah kerana saya masih muda , walhal saya sudah berusia 20 an.
File Upload:
Salam

Jika saudari yakin bahawa sudah sampai masanya untuk berkahwin dan mempunyai pasangan yang bisa menjamin agama dan masa depan hidup saudari, eloklah diteruskan niat suci ini.

Ibu bapa tidak benarkan atas ukuran kematangan dan kesungguhan yang ditunjukkan. Jika lelaki berkenaan ikhlas dan benar bersedia menjadikan saudari sebagai iserinya, maka dia yang perlu bersungguh-sungguh membuktikan kesanggupan itu. Dia perlu datang bersemuka dan berani berterus terang, membawa keluarga untuk menjalinkan ikatan yang sah..

Bawalah berbincang dengan pasangan saudari.

Elakkan sama sekali ingatan untuk berzina.. zina tetap amalan keji yang tidak pernah dibenarkan agama. Elakkan menggadai diri demi cinta, walaupun kepada pasangan yang diyakini kebaikannya.. setelah nikah, serahlah apa yang you ada... op.. maaf, tk

Visitor IP: 1.9.102.158

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:ida
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum wbt.
Semasa suami tahu sy wat hal,dy marah.tp dy sudah memaafkan sy.dy kate lps ni klu jmpe mane2 laki lg,maka jtuhla talak.tak lme lps tu
Mse sy bekerja,sy tpkse klua ngn kwn laki sbb membeli brg keperluan tmpt kje.adekah itu dikira jatuh talak sbb kua dgn lelaki..pdhal bkn kua secara dirancang tp krana kerja..
Mohon pencerahn..
File Upload:

Salam

JIka difahmankan pada kes ini, suami puan marah dan bertaklik kerana puan berhubung dengan orang lain dengan tujuan yang tidak sepatutnya.. Ia menjadi punca.

Bila keluar dengan lelaki atas urusan kerja dan suami sedar akan situasi pekerjaan puan, saya kira ia tidaklah menjatuhkan talak taklik...

Walau bagaimanapun, puan perlu maklumkan kepada suami sebelum keluar atas urusan tugas itu.. kena bagi tahu suami agar dia membenarkan dan tidak terikat dengan takliknya.

tk
Visitor IP: 203.82.90.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 29, 2015

Soalan: SAYA ADA TANYA JURU NIKAH TENTANG MAAALAH SAYA YANG TERLEPAS KATA . SENANG SENANG KITA PISAH AJA LAH.JAWABPAN JURU NIKAH DAN TIGA IMAM YANG LA

Nama*:Jusoh bin Ali
Tajuk*:SAYA ADA TANYA JURU NIKAH TENTANG MAAALAH SAYA YANG TERLEPAS KATA . SENANG SENANG KITA PISAH AJA LAH.JAWABPAN JURU NIKAH DAN TIGA IMAM YANG LAIN MENGATAKAN TAK JATOH TALAK .
Message*:PER SOLALAN NYA APAILA SAYA PERGI MAHKAMAH .HAKIM KATA JATOH TALAK .SEDANG KAN SAYA TANYA USTAD DI LAMAN INI PON KATA TAK JATOH TALAK .MASAALAH SAYA KALAU JATOH TALAK SAYA TAK BOLEH RUJOK LAGI SEBAB DAH TIGA KALI .BUAT PENGAHTUAN USTAD ISTERI SAYA ADA LAH SEORANG OKU PEMBELAJARAN DIA TAK DAPAT TERIMA APA YANG SAYA KATA AAU LARANG .1 SOALAN .SAYA ADA BERGURAU DENGAN DIA .JANGAN MARAH KE ABANG DALAM KEADAAN SUKA TAPI DIA MARAH .ADA KAH JATOH TALAK .2 SOALAAN .SAYA ADA TAKLIK SEKIRA MU KATA SEKALI LAGI AMBIL QURAN SEKIRA NYA SAYA TAK PERCAYA KATA DIA MAKA JATOH TALAK .LEPAS SATU BULAN DIA KATA JUGA .ADA KAH JATOH TALAK. 3 SOALAN SAYA ADA KATA .DALAM KEADAAN MARAH .SENANG KITA PISAH AJA LAH .TAMPA NIAT UNTOK MENCERAI KAN DIA .PERSOALAN NYA HAKIM JATOH KAN TIGA KALI TALAK .MANA HARUS SAYA IKUT. HARAP USTAD BERI PENJELASAN .
File Upload:
Salam..

Elok kiranya saudara bawa kes ini ke hakim atau pejabat agama bagi diselesaikan.

Pendapat kami berdasarkan apa yang ditanya sahaja, tanpa dapat mendalami kes sebenar secara lebih mendalam.

Sila rujuk ke pejabat agama..

tk

Visitor IP: 115.164.56.239

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 28, 2015

Soalan: Adakah Itu Talak?

Nama*:Ewan
Tajuk*:Adakah Itu Talak?
Message*:Assalamualaikum Ustaz.. Nama saya wan.. Maaf saya ingin bertanya, semalam kami suami/isteri bertengkar.. dalam pertengkaran iti saya terlepas cakap pada isteri saya iaitu (aku lepaskan kau.. ceraikan kau) tapi saya tidak berniat untuk ceraikan dia.. Lepas kami berbaik semula dan bersama .. Hari ini baru saya teringat tentang hal semalam.. Saya tanya kan tentang hal ini pada isteri saya (adakah dengar apa yang saya cakap semalam) tetapi isteri hanya dengar perkataan lepaskan sahaja.. Jadi di sini adakah sah atau tidak ustaz?
File Upload:

Salam..

JIka benar saudara telah menuturkan aku lepaskan kau.. ceraikan kau.. maka jatuhlah talak satu kerana ia telah dilafazkan sedemikian rupa walaupun saudara nyatakan tanpa niat. Hukum syarak terjadi atas apa yang dibuat dan disebut.. Talak jatuh walaupun isteri tidak mendengar apa yang diucapkan..

Kena rujuk semula...

tk

Visitor IP: 219.92.62.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, June 27, 2015

Soalan: taklik bermasa

Nama*:hasyati
Tajuk*:taklik bermasa
Message*:Assalamualaikum ustaz.. Saya dpt surat taklik bermasa dari suami. Disebabkan sy berkahwin di thailand..sukar sy merujuk ke pejabat agama. Sy juga tiada dokumen kerana pihak lelaki pegang. Suami sudah lesap. Lafaz taklik dlm surat begini " hari last Saya jimak dengan Awak (9/1/2015), so hitunglah 4 bulan dari tarikh itu. Genap 4 bulan dri tarikh akhir Saya meniduri awak, maka selepas tarikh tu lucutlah title Awak sbg isteri sy buat selamanya.
Apakah tempoh wajib saya beriddah bermula 9/5? Mohon penjelasan ustaz.
File Upload:
Salam

Bagus tu.. suami lesap gitu je...

Surat taklik yang suami buat itu adalah sah dan terjadilah talak selepas tamat empat bulan. Edah puan bermula dari 9/5 (4 bulan selepas jimak terakhir)..

Tempoh edah 3 kali suci..

tk
Visitor IP: 113.210.130.172

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 26, 2015

Soalan: JATUHKAH TALAK

Nama*:YANG KELIRU BERANANG
Tajuk*:JATUHKAH TALAK
Message*:SALAM USTAZ.DUA BLN LPS SY PERNAH BERTENGKAR DGN ISTERI DAN ISTERI PNH MTA CERAI.BILA DAH BERBAIK SY SMBIL SEMBANG SY INGATKAN DIA SEKALI LG AWK MTA CERAI TALAK 3 AKU BAGI.SBNRNYA NIAT SY HYA MENGUGUT AGAR LAINKALI DIA TIDAK MENGULANGI KSLPN.DAN SY ADA BERKATA TANPA PENGETAHUAN ISTERI"YAALAH SESUNGGUHNYA AKU TARIK BALIK KATA-KATA KU ITU.KEMUDIAN BARU -BARU INI DLM PERTENGKARAN ISTERI SY MINTA CERAI.ADAKAH JATUH TALAK YG SY PNH CKP DLU.NAMUN ISTERI SY KATA DIA XDE NIAT MTA CERAI SKDR GERAM
File Upload:

Salam

Berserabut..

Beginilah, selagi saudara tidak lafazkan cerai atau talak secara terang kepada isteri, tidaklah terjadi talaknya.

tk

Visitor IP: 121.121.91.81

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Puasa & Munakahat

Nama*:Mie
Tajuk*:Puasa & Munakahat
Message*:Salam Ustaz,

1) Jika kita gosok gigi, rase ubat gigi tetap ade walaupun kite dah berkumuh...Adakah batal puasa jika kite telan air liur yang masih ade rase ubat gigi?

2) Jika kita selsema, kadang-kadang kita tertelan kahak atau terasa kahak masuk ke tekak dengan sendirinya...Adakah batal puasa?

3) Dalam bab munakahat, jika perkataan yang keluar dari mulut suami hanya sepatah sahaja (contohnya "aku", "emm", "amin"), kemudian suami terus diam...apakah hukumnya sekiranya ada niat?

Mohon pencerah ustaz.

Terima kasih
File Upload:

Salam

1. KEsan ubat gigi tidaklah membatalkan puasa.

2. Tertelan kahak tidaklah membatalkan puasa

3. Perkataan suami itu apa tujuannya.. apa maksudnya? jika untuk cerai ia tidaklah terjadi talak sehingga dilafazkan dengan jelas..

tk
Visitor IP: 183.171.170.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 25, 2015

Soalan: berjimak di malam hari ramadhan

Nama*:safina
Tajuk*:berjimak di malam hari ramadhan
Message*:Salam ustaz...selamat berpuasa...
Saya nak tanya soalan tentang berjimak dlm bulan ramadhan...
Malam semalam, suami telah menyetubuhi saya dan saya mandi wajib dlm waktu subuh selepas azan subuh.. Soalan saya :

1. Adakah berjimak dimlm ramadhan dikenakan kifarah keatas suami?
2. Sah tak puasa saya jika saya mandi wajib selepas azan subuh & terus menunaikan solat subuh
Harap ustaz dpt terangkan...
Tk...:)
File Upload:
Salam

Bersetubuh di malam Ramadan dapat pahala berganda.. tak perlu ada kifarah lagi...

Mandi selepas masuk Subuh masih lagi sah puasa..



Visitor IP: 115.164.217.106

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA