Thursday, September 4, 2014

Hello dear friend how are you?




Good day my dearest one in mind,
How are you doing today hope fine? My name is Miss. Carissa Donald,
It is my pleasure to contact you today after going through your profile which got my interest to know more about you. The internet is an admirably effective channel of communication and includes all kinds of options; please I will like to share communication with you for us to know each other better. Please it is very important I will tell you my reason of contacting you. and then send you my photos for you to know who I am, I believe we can become good Friend please writes back to me so I will tell you more about myself because friendship is a foundation to build other Relatives, I believe it is a day human beings use To know each other please let makes the world a global village,
 I will be waiting for your reply soon
Yours sincere
Carissa,

Tuesday, September 2, 2014

Soalan: assalamualaikum

Nama*:khayla
Alamat Email:degubah@gmail.com
Tajuk*:assalamualaikum
Message*:Maaf ustz sy nk tnye,,sy da berkahwin dgn suami 2 thun lebih, mslh skrg hati dn perasaan sy da mati tok dia. Sudah terlalu kosng,,msih ddk sebumbng tpi lain2 bilik,,segale nyer hambar,,sy da puas mncuba tok wujdkn perasaan tu semula,,tapi xdpt,,sy mntak suami lepaskn sy,,,tpi dye swoh sy berubat kg dulu,,dn sy tetapkn syart pd suami,,jika selepas berubat sy msih tetap sme,,dia msti lepaskn sy,,suami pn da setuju,,untuk melepskan sy,, stlah berubat,,haty dan perasaan sy tetp same,,adakah jatuh talak pd sy?? Sy tak sangup berperang dgn perasaan sendri,,
File Upload:

Salam.

Selagi mana suami tidak melafazkan cerai, maka tidaklah jatuh talak ke atas puan. Dengan lafaz taklik seperti di atas, yang tidak jelas dinyatakan 'tempoh masa berubat' dan 'kesan selepas berubat' ia tidaklah menjatuhkan talak.

Risau, bagaimana suami isteri tidak ada rasa kasih sesama lagi? Bukankah berkahwin dahulu kerana cinta juga.. atas pilihan hati juga...

BErdoalah selalu kepada Allah untuk kembali normal dan saling memerlukan suami isteri..Taubat dan tahajud, kembali kepada Allah agar kembali normal...

tk


Visitor IP: 203.82.94.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, September 1, 2014

Soalan: daki keputihan yang melekat pada kulit di kemaluan

Nama*:ain
Alamat Email:
Tajuk*:daki keputihan yang melekat pada kulit di kemaluan
Message*:Salam ustaz, saya nak tanya...
Adakah daki keputihan yang melekat di kulit kemaluan boleh menghalang air semasa mandi wajib? ia seperti daki daripada mulut faraj yang mana bila kita garu guna kuku akan keluar warna putih..ia melekat pada kulit di kawasan faraj...
Mohon pencerahan dari ustaz..tk
File Upload:

Salam

Keputihan seperti itu tidaklah menghalang air terkena badan, cuma puan perlu gosokkan di kawasan berkenaan ketika mandi.

tk

Visitor IP: 203.106.159.100

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak?

Nama*:NN
Alamat Email:nady_nn@hotmail.com
Tajuk*:Jatuh talak?
Message*:Salam...saya dah suami telah bergaduh kerana issue nafkah. Suami saya tidak mahu memberi nafkah dan mengungkit segala pemberian yg telah diberi sedangkan dia berkemampuan...alasannye saya berkerja dan ada duit sendiri. Kami bergaduh besar dan dia ada menyatakan dia tak kisah kalau saya tinggalkan dia dan tidak balik ke rumah. dia juga telah melafazkan sebanyak dua kali..."i dah tak nak kat u lagi"...
Adakah jatuh talak?
File Upload:

Salam

Lafaz '..."i dah tak nak kat u lagi" adalah lafaz kinayah, lafaz yg tak jelas. Bergantung pada niat suami, jika suami bermaksud cerai, maka jatuhlah talak. tetapi jia ia tidak bermaksud talak, ia tidaklah menjatuhkan talak. Puan kena bertanya kepada suami mengenai hal ini.

tk

Visitor IP: 115.133.24.172

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, August 31, 2014

Soalan: jatuh talak tak sekiranya suami sebut saya takkan sentuh awak lagi

Nama*:anor
Alamat Email:a_comel@yahoo.com.sg
Tajuk*:jatuh talak tak sekiranya suami sebut saya takkan sentuh awak lagi
Message*:assalamualaikum ustaz..

baru-baru ini saya bertengkar dengan suami. Lantaran kecil hati saya mengungkit kembali apa yang pernah dinyatakan kepada saya iaitu disebabkan saya tidak pandai berasmara menyebabkan dia kurang puas dalam hubungan kelamin. Mungkin kerana dia tidak ingat apa yang dinyatakannya, dia tidak dapat menerima kata-kata saya lalu menyebut dia tidak akan menyentuh saya lagi. Adakah ini boleh menyebabkan jatuh talak?? Untuk pengetahuan ustaz, ini bukan kali pertama dia menyatakan tidak akan sentuh saya lagi..rasanya kali ketiga atau keempat..
File Upload:

Salam

Kata-kata suami untuk tidak mahu menyentuh lagi itu adalah satu ikrar. Jika ia disebutkan dengan nama Allah, maka ia menjadi sumpah. Tetapi jika tidak disebutkan nama Allah, ia tidaklah dianggap sumpah dalam konteks ini. Apabila ia bukan sumpah, tidaklah ada hokum berkaitan dengannya.

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak atas lafaz suami seperti ini.

tk



Visitor IP: 113.210.11.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sentuh kemaluan hingga terasa nak terkencing

Nama*:yan
Alamat Email:
Tajuk*:sentuh kemaluan hingga terasa nak terkencing
Message*:Hukum wanita yang menyentuh kemaluan semasa mandi wajib sehingga rasa nak terkencing. Adakah dengan rasa nak terkencing tu merupakan tanda klimaks seorang wanita. Adakah ia perlu mengulangi semula mandi wajib?
File Upload:

Salam

Sentuh kemaluan semasa mandi wajib tidaklah menjadi kesalahan apa-apa cuma terbatallah wuduknya, kena ambil wuduklah untuk solat dll..

Sentuh sampai rasa nak terkencing.. saya kira ia bukan klimaks. Klimaks ialah rasa puas.. Memadai dengan mandi wajib yang satu itu juga..

tk

Visitor IP: 1.9.103.145

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, August 30, 2014

Soalan: luka / nanah jerawat pecah semasa sedang mandi wajib

Nama*:suria
Alamat Email:
Tajuk*:luka / nanah jerawat pecah semasa sedang mandi wajib
Message*:Salam ustaz..nk tanya..sebelum mandi wajib, ada jerawat di muka saya, ia bernanah tapi belum pecah. Saya pun terus mandi wajib, selepas mandi saya tgk jerawat tu dah pecah dan sudah tiada nanah.
Sah tak mandi wajib jika ada nanah/darah/luka di bekas jerawat tu?
Mohon ustaz jawabkan..
Terima kasih
File Upload:

Salam

Jerawat pecah semasa mandi wajib, ia sudah cukup dengan mandi wajib itu.. tidak perlu diulang kembali mandi wajib. membazir je... hehe

tk

Visitor IP: 1.9.102.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 29, 2014

Soalan: ugut cerai

Nama*:maya saleha
Alamat Email:myazara141@gmail.com
Tajuk*:ugut cerai
Message*:Assalammualaikum....sy ingin bertanya...adakah sah talak sekiranya si isteri mengugut suami jika tidak mencerai kn si isteri akan mencederakan anak2...maka si suami trpaksa menceraikan isteri kerana bimbang dengan keselamatan anak2.
File Upload:

Salam

Ugutan isteri seperti ini sehingga suami terpaksa melepaskan isterinya (talak) adalah tidak sah. ini kerana adanya unsur paksaan ke atas suami.

Talaknya tidak sah..

tk
Visitor IP: 121.120.122.67

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA