Thursday, August 7, 2014

Soalan: menggosok kemaluan menggunakan yangan SEMASA mandi wajib

Nama*:hasma
Alamat Email:
Tajuk*:menggosok kemaluan menggunakan yangan SEMASA mandi wajib
Message*:assalammualaikum ustaz..saya ada beberapa soalan yg ingin ditanya tentang mandi wajib bagi perempuan..:-

1. Jika perempuan haid/nifas/.., bolehkan hanya berniat " sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala".? Sah tak mandi wajibnya?.

2. Sah tak mandi jika semasa mandi , kita terbuang air kecil?.
3. Sah tak mandi jika kita mandi biasa terlebih.dahulu seperti shampoo rambut, sabun badan..kemudian setelah itu baru kita memulakanandi wajib.

4. Umumnya kita tahu apabila wanita itu klimaks, farajnya akan kembang kemut dan terasa nikmat / sedap. Semasa saya sedang mandi WAJIB, saya ada menyentuh kemaluan dengan niat utk meratakan air. Semasa menyentuh kemaluan, terasa macam nak klimak tapi tak sampai ( faraj tidak rasa berdenyut; tidak rasa sedap ) mungkin ia hanya mukadimah shj. Sah tak mandi wajib saya jika saya YAKIN yg saya tidak klimak dan tidak leluar mani @ faraj tidak rasa berdenyut kembang kemut...
File Upload:

Salam

1. Sah berniat seperti itu

2. sah mandi hadas besar, cuma kena ambil wuduk untuk solat kerana tiada hadas kecil

3. Boleh sahaja disekalikan mandi hadas dan mandi biasa. ia tiada bezanya. bolhe sahaja bersabun syampu dengan niat hadas besar.

4. Sah mandinya. Rasa ghairah ketika disentuh tidaklah mewajibkan mandi selagi tidak keluar air maninya.

tk

Visitor IP: 1.9.103.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, August 5, 2014

Soalan: Amat Rusing!!

Nama*:ShaSha
Alamat Email:
Tajuk*:Amat Rusing!!
Message*:Assalamualaikum ,

Disini saya inigin bertanya bahawa :
- adakah talak jatuh jika suami cakap " kita sudah habis" semasa kami bertengkar di telephone?

Saya amat bersedih atas sikap suami saya yg selalu ungkapkan kata2 bahawasa nyer yg dia amat menyesal berkahwin dgn saya. Setiap kali kami bertengkar dia akan cakap yg dia sudah tidak sanggup lagi hidup dengan saya. Tidak putus juga dengan kata2 kesat nyer yg sudah menjadi kebiasaan memaki hamun saya serta sumpah seranah nyer dengan kata2 seperti betina sundal, perangai binatang, besar punya lahanat, dan byk lagi.

Saya pernah buat satu kesilapan yg besar sebelom kami berkahwin hingga hampir2 kami tidak jadi bernikah dan saya sudah berjanji pada nyer dan diri saya juga sendiri setelah saya berkahwin saya akan berubah dan buang kisah lampau. Perkahwinan kami sudah masuk 1 setengah tahun tetapi saya tidak sanggup setiap kali kami bertengkar dia akan menyalahkan dan menhukum saya dgn kata2 kesat nyer dan mengungkit perbuatan saya yg lampau dan berkata yg saya tidak akan atau dapat berubah….seperti itu satu senjata dia utk menikam saya supaya saya tidak boleh berkata apa2 dgn dia dan apa yg dia perlakukan seperti menelefon bekas temanita nyer….saya tidak boleh pertikai kan apa yg dia buat…..sbb dia akan berkata yg dia bukan mcm atau seperti saya etc…saya memang kuat cemburu ustaz dan saya cuma ingin kan dia menghormati keputusan saya utk jgn berkomunikasi lagik dgn bekas temanita nyer. Tetapi dia tetap tegak kan yg bahawasa nyer bekas temanita nyer itu tetap kawan nyer dan siapa saya utk menhalang dia daripada berkawan dgn sesiapa saja….Ya Allah mengapa lah saya dihukum sebegini :((
Saya cuma inginikan suami saya jgn lakukan perkara yg saya tidak suka…. tetapi dia asyik ungkapkan yg dia tidak akan peduli dgn saya….tiap kali dia cakap " pegi mampos dgn kau…aku kena hidup dibawah telunjuk kau ??? " ……… berulang kali juga dia cakap yg saya selalu tidak berfikiran terbuka dan selalu berperasaan meluap-luap cemburu giler babi terhadap nyer….saya amat runsing skrg tidak tahu mcm mana hendak meneruskan liku2 hidup saya.

Saya berharap Ustaz dapat memberikan pandangan yg jelas apa yg harus saya lakukan kerana saya teramat terluka dgn sikap suami saya sekarang ini :((

Sekian Terima Kasih
File Upload:

Salam

Masya-Allah.. Kasihan mendengar rintihan puan menghadapi situasi begini.

Perkahwinan adalah satu pilihan dan satu tanggungjawab. Pilihan dengan maksud, kita sendiri memilih untuk berkahwin dengan siapa dan kenapa.. Lelaki punyai pilihan mutlak untuk berkahwin atau tidak. Jika lelaki itu telah berkahwin, maka ia adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul. Tanggungjawab suami adalah untuk membahagiakan keluarganya. Tugas isteri adalah membantu membahagiakan keluarga dengan kudrat dan upaya yang ada.

Merujuk kes ini, suami puan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu. Dia sedar dan tahu kenapa dia memilih puan sebagai isterinya, seharusnya itulah tanggungjawabnya untuk menjaga puan sebaiknya; biar bagaimana kisah silam yang dilalui.

Apabila suami menggunakan 'kisah silam' sebagai modal untuk  menyalahkan isteri pada setiap kali pergaduhan, ia adalah amat tidak kena (tidak wajar). Kisah silam seharusnya diterima sebagaimana dia menerima puan sebagai isterinya pada pernikahan itu dilangsungkan.

Saya nasihatkan puan, perlu banyak bersabar dan berdoa bersungguh-sungguh supaya suami puan insaf dan sedar akan tanggungjawabnya. Berdoalah setiap waktu agar suami puan berubah. Puan pula perlu tunjukkan rasa hormat dan menjaga diri dengan suami sebaiknya. Tunjukkan ciri kesalihan seorang isteri terbaik buat suami.

Kesabaran tentu ada batasnya. Jika keterlaluan suami menghina dan tidak menghormati puan, baik kiranya puan membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti Pejabat Agama atau menemui kaunselor bagi membantu memberikan pandangan.

Perkahwinan dibina atas rasa saling hormat menghormati. Jika ia telah hilang, berarti runtuhlah rumah tangga itu. Ia jalan terakhir.

Terima kasih.
Visitor IP: 198.45.23.25

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: duduk rumah sendiri dengan suami

Nama*:ayna farhana
Alamat Email:no_rain3009@yahoo.com
Tajuk*:duduk rumah sendiri dengan suami
Message*:As salam Ustaz.

Nak minta pandangan ustaz. Saya baru berkahwin 2 bulan selepas tmt pengajian di ipta dan baru menyewa rumah sendiri wlupun ibunya menentang kami dr berpindah. Untuk pengetahuan ustaz ibu mertua saya bekerja dan suami saya menghantar dan menjemput ibunya pergi dan balik ktm kerana ibunya menaiki komuter ke tmpt kerja. Ibu mertua boleh memandu sendiri. Sebelum kahwin saya sudah jelaskan pd suami ingin menyewa rumah sendri kerana sy tidak mahu berduaan dgn adik lelakinya bila suami dan ibu pergi bekerja sdgkan sy masih belum mndpt bekerja masa itu. Suami saya anak sulung, seorg adik lelaki juga sudah berkahwin, seorg adik perempuan sdg belajar di kolej dan seorang adik lelakinya baru habis spm dan belum smbg belajar. Tanggungjawab sume diletakkan pd suami sy utk menguruskan keluarga dan adik2nya kerana bapa mertua sudah tiada sejak 10tahun yg lalu. Lepas kawin sy akur duduk di rumah ibu mertua walaupun saya tidak suka tinggal disitu kerana sikap ibunya yang selalu membuat sy kecil hati dan marah saya tdk bekerja . Tiap pagi saya akan pergi ke rumah abg sy kerana berdekatan dgn rumah mertua ketika mereka bekerja kerana rse x selesa bila berdua dgn adik lakinya. Saya masak di rumah abg dan bawa balik ke rumah ibu mertua kerana sy tahu tgjwb saya sbgai isteri dan menumpang di rumah ibu mertua. Suami saya akan menjemput sy di rumah abg selepas mengambil ibunya di ktm. Sampai rumah saya mengemas2 rumah. Itu saya tidak kisah. Tapi ibu mertua macam xhargai saya dan berkata belakng pd suami dan anak2nya yg lain bile mereka pulang. Selama ini mmg ibu mertua hanya mengharapkan suami saya dlm ape urusan. Selepas sebulan kami ambil keputusan utk berpindah lebih2 lagi saya baru dapat kerja dan rumah yg kami sewa berhampiran dgn tmpt kerja saya. Ibu mertua marah bile dpt tahu kami mahu pdh dan berkata xde sape anta pergi kerja. Tapi kami tahu ibu boleh bawa kereta sendiri. Ibu memaki kami dan tidak boleh menerina keputusan kami dan mengatakan suami pntgkan saya dan saya merampas anaknya dari saya. Saya mengalah dan tgl sendiri di rumah sewa dan menumpang kawan pergi tmpt kerja. Suami saya pula masih tinggal dirumah ibunya dan mghntr ibunya seperti biasa. Kami sewa rumah itu 1 ogos. Dan belum pernah tgl bersama di rumah sewa. Saya buntu. Adkah saya bersalah sdgkan suami dan sy sudah berbincang dan setuju utk tgl rumah sewa. Apakah saya dan suami perlu lakukan? Kami sudah menandatangani kontrak dan membayar sewa rumah tersebut.
File Upload:

Salam

Alhamdulillah dan tahniah kepada puan. Selamat pengantin baru dan selamat menghadapi ujian dalam rumah tangga. Tidak semua manis, ada juga pahitnya.

Seharusnya puan berbincang dengan suami dan gunakan kekuatan suami sebagai ketua keluarga untuk meleraikan kes ini. Memang hak puan untuk berpindah ke rumah sendiri. Memang hak puan untuk hidup sebagai suami isteri dan bangun sendiri melayari rumah tangga. Tidak elok menumpang kecualilah untuk menjaga ibu bapa berkenaan...

Saya cadangkan suami puan perlu bertegas dalam hal ini. Jika puan sudah tidak selesa tinggal di rumah mertua, eloklah berpindah ke rumah sewa. Mintalah kerjasama ibu untuk menguruskan dirinya sendiri, kenapa perlu bergantung kepada anak lelakinya yang telah punyai tanggungjawab sendiri.

Ibu ini kadang kala melampau menuntut hak yang tidak sepatutnya daripada seorang anak... maaf.. Sepatutnya seorang ibu bahagia melihat anaknya berdikari dan belajar menerajui sebuah kehidupan.

Walau bagaimanapun, puan jangan bermasam muka dengan mertua. Itu tidak baik. Berbaiklah kembali dan mohon dijelaskan secara baik kehendak puan suami isteri untuk berpindah dan belajar berdikari di rumah sewa...

Mohonlah bantuan kepada Allah.. doa dan doa... moga dipermudahkan.

tk

Visitor IP: 120.141.149.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, August 4, 2014

Soalan: Re : Status sebut perkataan c*rai

Nama*:Mie A.Aziz
Alamat Email:hotkad@gmail.com
Tajuk*:Re : Status sebut perkataan c*rai
Message*:Salam Ustaz,

Terima kasih atas jawapan ustaz berkenaan dengan lintasan hati "Tak nak lah berc*rai b*rai" (maaf, saya takut nak tulis perkataan penuh..jadi saya guna *).

Soalan tambahan :

1) Adakah ayat "TAK nak lah berc*rai b*rai" itu juga dikira lafaz soreh jika dilafazkan dengan lidah...Sedangkan maksud ayat tersebut tak merujuk kepada penc*raian...Apa yang saya faham, lafaz soreh bermaksud lafaz yang bermaksud penc*raian sahaja...tidak ade maksud lain...Cth : Aku c*raikan kau.

2) Bagaimana pula kalau kita berdoa pada Allah..."Ya Allah, selamatkanlah rumah tanggaku daripada penc*raian".

Mohon pencerahan ustaz.

Thanks
File Upload:

Salam

Hilangkan was-was anda dahulu...

bila disebut tak naklah bercerai, maka tidaklah jadi cerainya. tidaklah jatuh talaknya...



Visitor IP: 118.101.241.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami ckp ayat iddah walaupun kami tak bercerai

Nama*:rita
Alamat Email:
Tajuk*:suami ckp ayat iddah walaupun kami tak bercerai
Message*:Salam ustaz...saya mengadu kpd suami yg haid saya pjg..suami kata ada terlupa mkn ubat perancang ke..saya jawab ada tapi lbat mkn satu hari tp saya mkn hari seterusnya tak missed..tiba2 je suami kata awak.mengandung yer...saya jawab tak..kemudian suami terus cakap dlm iddah kan blh mengandung.iddah waktu subur utk mengandung.....saya pelik nape suami ckp iddah...kami tak pernah bercerai...mohon ustaz terangkan adakah percakapan suami tu boleh jatuh talak?
File Upload:

Salam

percakapan spt itu tidaklah menjatuhkan talak.

iddah mungkin yang dimaksudkan ialah 'tempoh masa' ..

tk

Visitor IP: 203.106.158.222

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ucapan cerai

Nama*:Sayed
Alamat Email:sayed_17id@yahoo.com
Tajuk*:Ucapan cerai
Message*:Salam ustads,
Saya mau bertanya mengenai perceraian,
Saya pernah bertengkar dengan istri,ketika saya dalam keadaan marah,saya menyuruh istri untuk mengikuti kemauan saya,
Dan saya mengeluarkan perkataan,kalo kamu tidak bisa patuh atau mengikuti keinginan saya,maka kita cerai
Dia tidak sanggup melakukan permintaan saya,dan ketika berbincang hati saya mulai sejuk dan menarik balik perkataan itu,adakah cerai yg saya ucapkan itu sah dan jatuh talak?
Mohon jawaban nya ustads
File Upload:

Salam

Daripada apa yang saya faham, kes ini tidak menjatuhkan talak atau cerai.

Ia juga tidak termasuk dalam taklik kerana isteri tidak mahu mengikuti permintaan suami pada lafaz berkenaan.

terima kasih.


Visitor IP: 36.86.0.69

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Status sebut perkataan c*rai

Nama*:Mie A.Aziz
Alamat Email:hotkad@gmail.com
Tajuk*:Status sebut perkataan c*rai
Message*:Salam Ustaz,

Saya ada masalah selalu bercakap-cakap dalam hati yang adakalanya di luar kawalan.

Suatu hari, ketika saya sedang tonton TV, tiba-tiba hati saya berkata "Tak nak lah berc*rai b*rai" (maaf, saya takut nak tulis perkataan penuh..jadi saya guna *).

Saya yakin perkataan "tak nak lah" itu berlaku dalam hati...Manakala perkataan "berc*rai b*rai" saya kurang pasti sama ada berlaku dalam hati atau di lidah.

Apa hukumnya ustaz? Mohon pandangan ustaz.

Terima kasih.
File Upload:

Salam.

Linasan hati tidaklah menjatuhkan talak atau cerai sehinggalah ia dilafazkan dengan jelas.

Jika lafaz cerai itu disebut dan ditujukan kepada isteri, maka ia menjatuhkan talak. Jika ucapan hati sahaja, ia tidak menjatuhkan talak.

Pada saya, kes ini tidaklah menjatuhkan talak.

*Saudar perlu bertegas dan jangan layan dengan was-was...

Visitor IP: 118.101.241.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, August 3, 2014

Soalan: mohon pendapat ustaz tentang masalah dibwh

Nama*:dyana
Alamat Email:dy_ana78@yahoo.com.my
Tajuk*:mohon pendapat ustaz tentang masalah dibwh
Message*:Salam ustaz...saya nk tahu jawapan dari soalan saya yg sebelum ni telah dijawab oleh.ustaz...
Soalan : atas meja ade botol kaca...anak saya ingin mencapainya dan dgn pantas suami saya mengangkat dan mengalihkan botol kaca tu ke tempat lain sambil berkata " kalau jatuh bercerai".Saya yakin suami maksudkan kalau botol tu jatuh bercerai ( pecah )... Saya masa tu dgr suami cakap mcm tu sbb saya ada di tempat kejadian...
Mohon ustaz jelaskan...adakah kata2 suami tu blh jatuh talak? Risau
File Upload:

Salam..

Ia tidak jatuhkan talak dan ia tiada kaitan dengan talak ..


tk
Visitor IP: 203.106.159.49

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA