Saturday, June 7, 2014

Soalan: sah ke tidak lafaz cerai


Nama*:sab
Alamat Email:sabrina_kinah@yahoo.com
Tajuk*:sah ke tidak lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz. Sya ada 1 pertanyaan. Sya tidak pasti sama ada lafaz cerai ni sah ke tidak. Sya dan suami pernah bergaduh dan dalam keadaan marah suami sya ada mengatakan jika engkau melangkah selangkah lagi maka bercerailah kita 2. Masa tu sya sedang menuruni tangga. Tetapi dia tidak menyatakan samada melangkah turun atau naik tangga. Sah ke tidak lafaz cerai itu jika sya melangkah naik anak tangga untuk masuk ke dalam rumah.
File Upload:

Salam.

Fuh dahsyatnya bergaduh.. sampai gerak selangkah pun jatuh talak..

Ini namanya lafaz taklik, suami bertaklik (mengaitkan sesuatu perkara) dengan cerai. Oleh kerana ucapan suami itu ialah gerak selangkah... Selangkah itu tidaklah pula dijelaskan sama ada selangkah turun tangga atau naik tangga...

Secara logiknya kita faham, tentulah ia selangkah turun tangga kerana ia mengarahkan kepada pergi sebaliknya jika selangkah naik, bererti kembali. Oleh itu, pada pendapat saya, tindakan puan melangkah naik ke atas bererti ia KEMBALI dan tidak jatuh talak.

wallahuaklam..

Lepas ni usah gaduh-gaduh lagi.. dan jangan mudah sangat nak kaitkan semua benda dengan cerai.. tak kaitkan dengan cerai pun tak apa.. gaduh je la habis habisan...


Visitor IP: 113.210.2.120

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 6, 2014

Soalan: sah tak mandi wajib


Nama*:mas
Alamat Email:
Tajuk*:sah tak mandi wajib
Message*:ustaz..kalau di tangan ada soletip dan masa mandi wajib, kita tanggalkannya dan selepas tanggalkan, di kulit terasa seperti kesan gam yg melekat..
Sah tak mandi?
File Upload:

Salam

Kesan gam daripada salotip perlu dibersihkan sebersihnya. Kerana gam itu berjisim dan boleh menghalang air terkena anggota badan. So, kena buangkan gam itu sebaiknya untuk mandi hadas besar atau wuduk.

tk

Visitor IP: 1.9.103.190

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: klimaks semasa sedang mandi wajib



Nama*:ina
Alamat Email:
Tajuk*:klimaks semasa sedang mandi wajib
Message*:salam ustaz...soalan urgent..
kalau SEMASA sedang mandi, saya menggosok kemaluan utk ratakan air sehingga TER'capai' klimaks macam mana tu ustaz? macam mana dgn mandi wajib saya? sah atau tidak
File Upload:

Salam

Bila dah klimaks ketika mandi atau ketika bila pun, kenalah mandi wajib. Kalau ketika mandi tu klimaks, maka niatkan sahaja ia sebagai mandi wajib, maka sahlah mandi berkenaan.

tk

Visitor IP: 1.9.103.190

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 5, 2014

Soalan: mandi wajib sah @ tidak


Nama*:nana
Alamat Email:
Tajuk*:mandi wajib sah @ tidak
Message*:assalammualaikum ustaz...saya nak tanya tentang mandi wajib
1 . Saya mandi biasa dahulu kemudian baru mandi wajib....boleh kah macam tu yer ustaz?
2. jika ada kotoran dan amat susah utk dibersihkan sehingga mendatangkan kesakitan/luka, perlukah saya meneruskan saja mandi wajib dgn meratakan air ke tempat itu. Sah tak mandi wajib
3. setelah air sampai ke badan, saya pun terus niat dlm hati. Sah tak mandi wajib dan jika rasa was was tentang niat itu, perlukan saya abaikan saja was was tu dan yakin mandi sah?
4. kalau lepas mandi wajib, rambut bau shampoo, sah tak mandi wajib saya?

lagi satu...selepas mandi dan badan kering, saya dapati diatas permukaan kuku tangan ada macam sisa sabun yg boleh dikikis...adakah ia boleh menghalang air semasa mandi?. masa mandi tak ada sisa sabun tu tapi selepas badan kering , baru terlihat
File Upload:

Salam

Mandi wajib dan mandi biasa tak ada bezanya, sama sahaja kecuali dengan NIAT. Mandi wajib kena ada niat dan meratakan air ke seluruh tubuh. Tak perlu mandi biasa dulu baru nak mandi wajib..

Kotoran yang sukar dibuang seperti cat dan gam getah, ia perlu dibuang. gunakanlah minyak atau apa yang boleh mengikiskan ia keluar. Kecuali tato yg ada pada badan, tidaklah perlu dikikis buangkan..

Abaikan was-was.. kalau dha niat tu, kira sahlah tu..

Bau syampo atau bau sabun tak apa.. sah mandi

Sisa sabun tidak menghalang air terkena badan, so sah mandinya.

tk


Visitor IP: 1.9.103.190

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak


Nama*:faizura
Alamat Email:fivezoora@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:assalammualaikum sy nk bertnya..kami suami isteri ada perselisihan faham..sy sedang mengandung 6bln, anak kedua..suami ada menghantar sms berbunyi "lepas branak kite pisah"..adakah jatuh talak ke atas sy?skang sy dan anak pertama masih lg berada di rumah ibu bapa sy..dan selang beberapa hari dia ada sms lagi "pandai2 la blk sendri (bermaksud blk umah kami)"..ape perlu sy lakukan sekarang..
File Upload:

Salam

Ia tidak jatuh talak. Puan pulanglah dan pujuklah suami itu.. bawalah berbincang dan yang terlebih penting, jaga solat dan hubungan kita dengan Allah. itu sumber kekuatan iman dan kekuatan kita dalam menghadapi situasi seperti ini. Saya percaya, jika kita kuat hubungan dengan Allah, DIA akan tunjukkan jalan pencerahan terbaik kpd kita.

tk


Visitor IP: 219.92.67.78

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 4, 2014

Soalan: suami mengaku sudah tidak bersama



Nama*:siti normala
Alamat Email:snmala.zhari@gmail.com
Tajuk*:suami mengaku sudah tidak bersama
Message*:slm ustaz,

Suami sy pernah berkhwin dgn senyap dgn perempuan lain. Dia pernah memberitahu perempuan tu yg die sudah tidak bersama saya lg, die juga pernah beritahu keluarga perempuan tu yang kami dlm proses penceraian.

Andai betul dia pernah mengatakan yg kami sudah bercerai @ menggunakan perkataan lain yg sama maksud, adakah jatuh talak ke atas saya. Niat dia bukan untuk bergurau.

Dia juga pernah mengatakan yang dia x pernah bersama saya sepanjang perkahwinan kami kepada perempuan tu.

Tolong jawab sbb sy musykil dgn status saya.
File Upload:

Salam

Puan masih lagi sah sebagai isterinya. Dia tidak melafazkan cerai secara sah, sekadar memaklumkan begitu begini. Dia sebut dalam proses perceraian, tetapi dia tidak pernah menceraikan puan.

Cakap-cakap suami seperti itu sekadar menunjukkan keseriusannya berkahwin dengan isteri barunya itu...

tk

Visitor IP: 175.141.29.151

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 3, 2014

Soalan: lafaz cerai


Nama*:rosdi
Alamat Email:pbk_rosdi@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:jatuh atau tidak talak jika dalam lirik lagu ada lirik yang berbunyi aku ceraikan kau atau isteriku ceraikanlah..
File Upload:
Visitor IP: 118.100.28.96

Salam..

Dinyanyikan lagu dengan kata-kata seperti itu dengan tanpa niat utk cerai, tidak menjatuhkan talak.

tapi awas dan perlu berhati-hati... bimbang dimasuki syaitan..

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tidak?



Nama*:Puan Azura
Alamat Email:mywilton@gmail.com
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak?
Message*:Assalamualaikum ustaz.tahniah dan syabas sy ucapkan kpd ustaz kerana mengadakan ruang perbincangan percuma seperti ini.Semoga hidup ustaz bertambah berkat dan rahmat dr Allah swt.

Saya ada beberapa soalan ttg lafaz cerai
1. Saya adalah isteri kedua. Apabila isteri pertama suami tahu akan hubungan kami, pada pengetahuan saya madu saya telah mengikat janji dgn suami untuk menceraikan saya. Suami saya bersetuju walaupun tidak berniat. Suami terpaksa bersetuju kerana dengan itu suami dapat berjumpa dgn saya kembali selepas itu, jika tidak, madu saya tidak akan melepaskan dirinya untuk bertemu dgn saya. Adakah tertalak diri saya ini?
Dan jika dia berjanji sebanyak dua kali, adakah tertalak dua kali (dalam waktu yang berlainan)

2. Saya pernah bergaduh dgn suami dalam sms. Tiba2 suami sms katanya, kau pulanglah kepada keluarga mu. Apabila saya mahu dpt kepastian ttg jatuhnya talak disebabkan perkataan tadi, suami membalas, dia tidak berniat utk bercerai.

Mohon pencerahan dari ustaz.
Terima Kasih.
File Upload:
Visitor IP: 113.210.162.192

Salam

Paksaan isteri pertama untuk membuat pengakuan atau menceraikan isteri kedua, ia tidaklah menjatuhkan talak. Suami perlu tegaskan bahawa dia tiada niat langsung untuk menceraikan isterinya.

Pada kes kedua, ia tidak jatuh talak kerana suami tiada niat utk cerai, sekadar disebut pulang ke rumah keluargamu shj..

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA