Thursday, February 27, 2014

Soalan: Permasalah haid.

Nama*:Rashita
Alamat Email:
Tajuk*:Permasalah haid.
Message*:Salam ustaz,
Baru2 ni anak saya menghadapi masalah haid lebih dari 15 hari. Menurut hukum, selepas 15 hari dan 15 malam haruslah mandi wajib dan solat seperti biasa. Tetapi menurut anak saya, hari pertama sehingga hari ke sepuluh haidnya, dia mengalami hanya cairan coklat dan tiada darah. Darah mulai normal keluar selepas hari ke kesepuluh dan melebihi hari ke 15. Anak saya menggangap cairan coklat itu haid pada mulanya. Pada pendapat ustaz, adakah anak saya harus mandi wajib selepas hari ke 15 atau menunggu haidnya berhenti dahulu baru mandi wajib dan solat seperti biasa kerana keraguan adakah haid tersebut keluar sejak hari pertamanya atau hanya merupakan istihadah pada awal hari kesepuluh tersebut? Untuk pengetahuan ustaz, anak saya sebelum ini mengalami putaran haid yang normal haid selama 7 hari dan tiada masalah haid yang tidak menentu.
File Upload:
Visitor IP: 175.140.70.11

Salam puan

15 hari adalah tempoh yang dibenarkan bercuti atas alas an haid. Tetapi jika melebihi hadnya, maka dia wajiblah mandi dan solat seperti biasa.

Saya tidak pasti cairan coklat yang dimaksudkan, cumanya jika ia masih dalam tempoh haid, kita anggaplah ia sebagai haid juga. Kecualilah ia keluar pada bukan waktu haid, boleh jelas kita fahami ia sebagai darah istihadah (penyakit).

Maksudnya, dalam kes ini saya lebih cenderung berpegang kepada tempoh 15 hari sebagai batasan terakhir haid.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru antara keputihan / air mani

Nama*:siti
Alamat Email:sitisu@yahoo.com.my
Tajuk*:keliru antara keputihan / air mani
Message*:Salam ustaz..kalau seorang wanita itu bermimpi bersetubuh..wajibkah dia mandi wajib..macam saya ni setiap hari / hari hari biasa memang keluar keputihan dan berbau..pada satu malam tu saya bermimpi..then bagun pagi saya tgk pada faraj terdapat keputihan..saya tidak mandi wajib sbb yakin saya yakin ianya hanya keputihan biasa yg saya selalu alami sebab baunya sama seperti bau keputihan yg biasa saya alami..
Lagi satu..kadang2 saya ada bermimpi tetapi bila sedar saya tak igt adakah dlm mimpi tu saya bersetubuh / hanya mukadimqh utk je arah persetubuhan...dan ada masa saya mimpi melihat perkara yg merangsang nafsu.
Persoalannya..perlu ke mandi wajib kalau kita yakin mani tak keluar dan ia hanya keputihan biasa..
Sebab saya amat tahu sifat air mani saya dimana selepas bersama suami..akan keluar air yg warna kuning cair sgt dan nipis serta berbau ..
Perlu tak saya mandi wajib bila saya yakin benda yg keluar selepas saya bagun tidur itu adalah keputihan biasa..bau pun bau keputihan yg biasa sata alami..kdg2 saya ni dah letih hari2 nsk mandi wajib...
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.227

Salam.

Keputihan adalah penyakit sahaja, ia tidak perlu dimandi tetapi wajib dibersihkan.

Jika mimpi bersetubuh, maka wajiblah mandi kerana kita tidak pastikan air yang keluar itu air mani atau keputihan. Kadang kala air mani itu sedikit sahaja dan ia segera kering sebelum pagi. LEbih selamat jika mimpi bersetubuh itu, kita mandi.

Pastikan mimpi bersetubuh sahaja yang wajib mandi, jika mimpi entah tak tahu ia ke tidak, tidaklah perlu mandi wajib.

Tak apalah puan, mandi tu tak lah penat sekadar basahkan rambut je.. lepas tu keringkan...

Maaf n tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 25, 2014

Soalan: mandi wajib

Nama*:umar
Alamat Email:Umar77@hotmail.my
Tajuk*:Mandi wajib
Message*:Saya mandi wajib..saya perasan pada permukaan tapak tgn saya ada mcm bintik hitam..bila saya cuba guna sepit kuku utk buang permukaan kulit tersebut..kulit tanggal tp warna hitam tu duduk dlm kulit..rasa mcm tahi lalat tp saya tak pasti sbb dah lame ada dan saya abaikan je..tp baru tadi saya cuba utk buang..tp sakit pula..kemudian lepas guna sepit kuku..saya guna pula jarum utk korek..dpt korek tp sakit dan kulit jadi merah dan sakit sedikit..minta pandangan ustaz,adakah sah mandi wajib saya yer sbb saya dah cuba berusaha utk.menghilangkannya tapi.rasa sakit dan pedih..adakah ia boleh menyebabkan air tak rata dan tak sampai pada permukaan kulit semasa mandi wajib..
Tk.
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.89

Salam.

Ketumbuhan di bawah kulit tidaklah perlu dibuang untuk menyempurnakan wuduk atau mandi hadas besar. Ketuat, tahi lalat dan ketumbuhan lain tidaklah perlu dibuang, memadai dengan meratakan air di kawasan berkenaan.

Ingat, Islam tidak menyusahkan kita untuk beribadah. Fahamilah kaedah fiqh sebagai panduan beramal ibadah sebaiknya.

Terima kasih.

Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keadilan berpoligami

Nama*:Md Khir bin Abdullah
Alamat Email:mdkhir.abdullah@yahoo.com.my
Tajuk*:Keadilan berpoligami
Message*:Assalamualaikum Ustaz ..
Saya berkahwin isteri kedua sudah genap setahun tanpa pengentahuan isteri pertama. Perkahwinan di negara jiran dan hingga sekarang belum daftar pernikahan.Kini saya sedar saya tidak dapat berlaku adil pada isteri kedua ..sebab saya hanya boleh berjumpanya sekali seminggu dan itu pun waktu siang hari (tanpa bermalam).Saya berniat untuk berpisah saja .. tapi dia tak setuju dan reda dengan keadaan sekarang asalkan jangan kembalikan status nya menjadi 'janda untuk kali kedua'!

Hendak saya berterus terang dengan isteri pertama memang tak sanggup,pasti hancurlah mahligai bahgia yang dibina sekian lama.

Soalan saya wajarkah saya meneruskan lagi jodoh saya dengan isteri kedua dan berdosakah saya merahsiakan pernikahan ini?

Jika saya putuskan perkahwinan dengan isteri kedua ..apakah yang perlu saya bayar selain nafkah 3 bulan. Bagaimana dengan harta sepencarian adakah dikira?

Jika sagu hati..berapa kadarnya ( contoh : jika gaji saya 4,000 sebulan )
Sekian ustaz ..saya dalam delima dan takutkan kemurkaan ALLAH.terima kasih
File Upload:
Visitor IP: 202.47.177.6

Salam

Saudara Khir,

Langkah pertama, sila daftarkan perkahwinan ini di Malaysia secara sah. Ia bagi menjamin status perkahwinan ini diiktiraf oleh kerajaan dan menyelamatkan keadaan pada masa akan datang.

Soal nafkah dan tempoh waktu berjumpa itu, perlulah diaturkan sebaiknya agar orang baru tidak terasa sangat dia terabai. Susah sebenarnya mahu memuaskan kedua-dua serentak, satu jam pun tidak dibenarkan isteri pertama untuk saudara bertemu isteri kedua, jangankan semalam dan berhari-hari.

Pada saya, jika isteri kedua redha dengan keadaan ini, ia amat baik dan wajar diteruskan perkahwinan kedua.

Cuma saudara kenalah berterus terang kepada isteri pertama, walau terpaksa menempuh badai..namun itulah ketentuan yang telah Allah (dan kita) buat! hehe

Pada saya, tidak elok difikrikan soal cerai.. cuba usahakan untuk bertanggungjawab. Namun jika sukar sangat, cerai adalah pilihan terakhir.

Nafkah bulanan wajib dihulurkan semampu dan sewajarnya yang patut. Mana ada sagu hati untuk isteri, itukan tanggungjawab dan satu sedekah yang wajib..

Wallahuaklam.




Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



Monday, February 24, 2014

Soalan: status anak tidak sah taraf

Nama*:zila
Alamat Email:kasihzila@yahoo.com.my
Tajuk*:status anak tidak sah taraf
Message*:Salam ustaz..jika seorang perempuan sudah hamil 1 bulan kemudian dia bernikah dgn lelaki yg menghamilkannya, boleh tak anak tersebut di bin/binti kpd nama suaminya..

Dan jika anaknya perempuan, bolehkah si ayah menjadi wali utk pernikahannya?
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.18

Salam.

Anak yang dihamilkan luar nikah tidaklah boleh dibin dan bintikan kepada bapa berkenaan, walaupun dia itulah bapa yang menjadi sebab kepada pengandungan itu. Perkara ini menjadi asa dalam panduan syariat kita.

Namun begitu, sebahagian ulama berpendapat, atas keperluan menjaga maruah anak berkenaan (yg tidak bersalah tetapi menjadi mangsa keadaan), dibenarkan dari segi rekodnya untuk dibin dan bintikan kepada bapa. Ini semata-mata  untuk menjaga maruah anak berkenaan daripada dimalukan oleh persekitarannya kelak.

Anak berkenaan tidak boleh diwalikan oleh bapa yang tidak sah seperti dalam kes ini. Kena guna wali hakim.

Terima kasih. 

Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



Soalan: fasakh

Nama*:nurul
Alamat Email:
Tajuk*:fasakh
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Saya baru berkahwin pada bulan 10 tahun lepas.. kira2 4 bulan sudah...saya bekerja di Sabah manakala suami saya pula di semenanjung, jadi dalam sebulan mungkin agak payah untuk kami berjumpa. Persoalannya ustaz, selama kami berkahwin,dia tidak pernah memberi saya nafkah zahir ...maksud saya dia tidak pernah menghulurkan duit untuk makan pakai saya kerana saya juga bekerja...cuma apabila saya balik ke semenanjung atau dia melawat saya di Sabah, dia akan membayar kos perbelanjaan makanan atau pakaian yang saya ingini ketika kami bersiar-siar bersama...bolehkah itu dikira menunaikan nafkah zahir? Bolehkah saya menuntut fasakh?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.178.116

Salam

Tahniah dan selamat pengantin baru.

Usia perkahwinan baru 4 bulan, banayk lagi asama garam yang belum dilalui. Kesabaran dan tolak ansur suami dan isteri menjadi punca kebahagiaan berumahtangga.

Soal nafkah, jika puan merasakan ketidakcukupan belanja, mintalah kepada suami. Berterus teranglah kepadanya meminta duit belanja. Insya Allah dia akan hulurkan walaupun tidak banyak. Suami kadang kala beranggapan, masing-masing daupr, masing-masing uruslah.. kecuali jika puan meminta, in sya Allah dia akan berikan.

Berjauhan seperti ini lagi banyak dugaan, bersabarlah.

Usah terburu-buru mahu diminta fasakh. Puan pun bukannya mati kebuluran bila mana suami tidak memberi nafkah.. Usah terburu-buru. Bersabarlah. Lihatlah apa tindakan kita untuk kita meminta dan menuntut hak kita, jika tindakan itu benar dan baik, saya kira ia tidak menjadi masalah.

Jika suami boleh bersabar dengan ketiadaan puan, seeloknya kita lagi bersabar dengan ketiadaannya.

tk


Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



Sunday, February 23, 2014

Soalan: takliq

Nama*:shikin
Alamat Email:shikin@yahoo.com
Tajuk*:takliq
Message*:Telah menjadi syarat kepada setiap pasangan apabila selesai majlis akad
nikah, pengantin lelaki diminta melafaz taliq. Apakah hukum jika isteri
dengan sengaja bertanya kepada suami apakah lafaz taliq yang dilafazkan
selepas akad nikah?..dan kemudian suami memberitahu tetapi secara ala
kadar je. Adakah lafaz suami secara ala kadar itu dikira lafaz taliq juga dan terpakai? Selepas beberapa jam kemudian, saya tengok semula lafaz taqlik pada borang nikah, ianya sama seperti yg suami beritahu tadi .. Tapi saya jadi was was ada tak suami menyebut " jika isteri mengadu pada mahkamah dan mahkamah mendapati ia benar,maka jatuh satu talak ke atas isteri saya".. Saya pun tanya balik kepada suami " abang tadi masa beritahu lafaz takliq tu ada tak sebut ayat " jika isteri mengadu pada mahkamah dan mahkamah mendapati ia benar,maka jatuh satu talak ke atas isteri saya".. suami pun tak ingat dan ingat-ingat lupa. Adakah lafaz taqlik tu di ambil kira ustaz?.suami dan saya memang terlupa sama ada sebut atau tak ayat mengenai mahkamah tu..
File Upload:
Visitor IP: 1.9.103.139

Salam

Lafaz taklik adalah seperti apa yang dilafazkan oleh suami. Ia terjadi dan sah takliknya dengan apa yang disebut mahupun dibacakan seperti dalam majlis akad nikah.

Pada kes ini, suami tentunya tidak ingat semua benda yang dibaca semasa majlis akad nikah. Dia ingat sedikit sahaja, sebab itu dia sebut apa yang dia ingat sebegitu sahaja. Tetapi perinciannya hendaklah dirujuk kepada apa yang tertulis dalam surat nikah. Apa yang terkandung dalam surat nikah itulah yang diterima pakai sebagai lafaz taklik.

Soal dia ulang dua tiga kali, ia tidak menjadi isu. Tidak jadi masalah asalkan butirannya adalah sama dan jelas.

tk


Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



Saturday, February 22, 2014

Soalan: sembahyang

Nama*:nor
Alamat Email:norsusilawati_80@yahoo.com.my
Tajuk*:sembahyang
Message*:askum ustaz..Saya nak bertanya boleh tak sekiranya saya sembahyang zohor asar dan maghrib selepas menunaikan sembahyang isyak...mohon pencerahan..terima kasih..
File Upload:
Visitor IP: 183.171.176.12

Salam.

Saudari Nor, kenapa perlu dihimpunkan solat ke lewat malam? Kenapa tidak solat pada waktunya?

Solat ditetapkan Allah pada waktunya, kita solatlah pada waktunya. Kaunter buka jam 1, maka kita beli tiket jam 1. begitulah tamsilannya.

Cuma jika tertinggal solat kerana terlupa, perlulah diqadakan solat berkenaan sesegera mungkin. JIka teringat selepas Isyak, maka solatlah selepas isyak. Qada solat itu wajib disegerakan pada bila tika teringat kembali.

tk

Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA