Friday, October 12, 2012

Soalan: ta'liq talak

Nama*:wan syamimi izyan
Alamat Email:wsi_syaiz87@yahoo.com
Tajuk*:ta'liq talak
Message*:Di dalam masalah Rohani bt Kadir dan Mazlan b Salleh.
Ta'liq pertama : Dilafazkan oleh Mazlan b Salleh pada pertengahan tahun 2007 pada jam 3.00pagi, suami telah berta'liq di hadapan isteri dengan lafaz : "Sekiranya kamu keluar dari rumah ini maka putus", dan pada hari yang sama isteri telah melanggar ta'liq tersebut.
Ta'liq kedua : Dilakukan oleh suami pada 28 April 2009 melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada defendan dengan kata-kata : "Kalau kamu keluar untuk bersenam pada esok hari maka jatuh talak satu".
Setengah jam kemudian, isteri menelefon suaminya dan suaminya menarik semula kata-katanya. Pada malam tersebut, suaminya memberitahu bahwa dia sekadar main-main dengan ucapannya, dan pada hari yang sama mereka melakukan hubungan suami istri. Keesokan harinya, isterinya keluar pergi bersenam dengan meminta izin daripada suami dan suami mengizinkan.
Ta'liq ketiga : Pada 2 April 2010, suami melafazkan sekali lagi ta'liq : "Sekiranya kamu keluar dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali, kamu keluar berdua-duaan dengannya, makan bersamanya dan melakukan perkara yang tidak baik di belakangku, maka jatuhlah talak satu." Keesokan harinya, isteri telah keluar bekerja seperti biasa.
soalan saya :
1) adakah ta'liq yang kedua telah jatuh, krn dari pembacaan saya ta'liq tidak boleh ditarik setelah diucapkan.
2)ta'liq ketiga masih belum dilanggar krn isteri sekadar keluar bekerja, belum keluar dengan mana2 lelaki dan tidak melakukan perkara yang tidak baik.soalan saya sekiranya terjadi pelanggaran dita'liq yg ketiga bagaimana status hubungan mereka suami isteri, adakah mereka tidak boleh dirujuk lagi, krn isteri telah melanggar ta'liq pertama dan kedua...
3)adakah ta'liq talak mengurangi bilangan talak atau tidak? maksud saya sekiranya ta'liq mengurangi bilangan talak maka mereka sudah tidak boleh bersama lagi, dan sekiranya ta'liq tidak mengurangi bilangan talak maka jika ta'liq ketiga dilanggar maka suami masih boleh merujuk isterinya.
File Upload:

Salam Sdr Wan, saya tidak sanggup menjawab persoalan yang dikemukakan..

nanati saya rujuk kpd pihak yang lain, termia kasih.

Visitor IP: 180.241.113.93

Powered by EmailMeForm



Thursday, October 11, 2012

Soalan: situasi perkahwinan

Nama*:mimi
Alamat Email:
Tajuk*:situasi perkahwinan
Message*:suami yg gemar berhibur telah mengahwini seorg perempuan lain yg sama tabiat dengannya>> (suka berhibur dan berfoya2). saya sebagai seorg isteri kini terpaksa menguruskan 3 org anak bersendirian. suami hanya balik apabila perlu sahaja... setakat nie 2 mlm sahaja sebulan dengan alasan bekerja...selebihnya bersama isteri barunya.

1. apakah yg perlu saya lakukan sekarang....
2. sy seorg isteri yg bekerja apakah sy perlu memnta izin drpd suami untuk melakukan sebarang perkara.. kerana amat sukar panggilan sy dijawab oleh suami...
3. sy rasa tertekan kerana diperlakukan sedemikian oleh suami... Hanya dengan mengingati Allah sy dapat bertahan....
File Upload:

Salam Puan Mimi,

Berdasrakan apa yang dimaklumkan, saya berpendapat suami berkenaan telah mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak. Perlakuan seperti ini membawa dosa kepada dirinya.

Puan boleh laporkan kepada kaunselor di Pejabat Agama untuk dipanggil suami puan, jika tindakan ini tidak membahayakan kedudukan puan. Jika tidak, puan boleh mencari seseorang kenalan suami untuk membantu memberi nasihat dan bimbingan kepada suami puan.

Puan yang bekerja teruskanlah tugas berkenaan sebagai jalan menampung kos hidup anak-anak. Keizinan secara umumnya perlu diperolehi daripada suami puan. Contohnya, suami puan perlu tahu dan sedia maklum yang puan bekerja di mana-mana dan mungkin ada kalanya kena out-station di mana-mana. Jika perlu ke luar kawasan, elok bagi tahu (sms dll) kepada suami.

Bergantung haraplah kepada Allah bila mana suami bukan lagi orang yang boleh diharapkan. Keberadaannya sekadar 'ada' tetapi tidak punyai peranan, namun bersyukurlah puan masih punyai anak-anak dan kerjaya yang berupaya menyara keluarga sendirian. Semoga puan terus tabah dalam menghadapi ujian seperti ini.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 122.129.122.213

Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 10, 2012

Soalan: berdosakah suami?

Nama*:hafizah
Alamat Email:
Tajuk*:berdosakah suami?
Message*:Salam ustaz :

1. Suami terpaksa bernikah semula dengan bekas isteri demi anak2. Perasaan kasih sayang langsung tak wujud untuk isteri walau dah berbulan nikah. Dia berlakon demi jaga hati isteri dan anak2. Nafkah batin diberi atas dasar tanggungjawab sahaja. Adakah suami berdosa? Berdosakah suami kerana tak mampu sayang isteri?

2. Sebelum bernikah semula, suami bercinta dengan seorang gadis dan putus sebab suami terpaksa bernikah semula dengan bekas isteri demi anak2. Berdosakah suami jika dia masih sayang gadis tersebut yang bukan isteri dia dan takde rasa sayang pada isteri sendiri? Niat mahu menjadikan isteri kedua tapi terlalu banyak halangan. Suami kadang2 hubungi gadis tersebut untuk tanya khabar.

3. Berdosakah suami yang bernikah dengan bekas isteri demi nak tengok anak2 gembira sedangkan suami dan isteri langsung tak rasa bahagia dan saling pendam perasaan?

Terima kasih
File Upload:

Salam Puan Hafizah.


1. Semua orang berdosa; suami, isteri, anak-anak dan kita semua berdosa.. itulah hakikatnya.. Op, sori puan..

Dalam kes ini, suami tidak sepatutnya bersikap sedemikian rupa. Inilah yang dikatakan pengorbanan, pengorbanan memerlukan kesungguhan dan daya usaha. Berusahalah untuk menerima hakikat sebagai suami yang bertanggungjawab untuk sedia menerima isteri dan anak-anak. Saya yakin, jika dia jujur pada perkahwinan, ikhlas menerima takdir Tuhan, dia pasti dapat mengubat kelukaan hatinya. usah terlalu dibuai rasa marah, benci dan dendam, itukan tidak baik.

2. Itu normal bagi lelaki, bersikap 'poligami'; suka pada yang lebih daripada satu. Jika benar dia mencintai gadis berkenaan, buatlah secara halal. Carilah jalan untuk menikahinya dengan jalan yang betul. tak baik bermain cinta kerana bimbang terjebak dalam maksiat. (Pintu maksiat sentiasa terbuka..)

3. Berdosa kerana kita tidak redha pada ketentuan Allah. Bawalah bersabar dan renung pada kelemahan diri. Tentu banyak yang terkurang kita di sisi Allah.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 110.159.61.54

Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 9, 2012

Soalan: meminta maaf

Nama*:farhana
Alamat Email:
Tajuk*:meminta maaf
Message*:Assalamualaikum wbt ustaz..

Ustaz, saya ada buat salah pada seorang kawan saya, Sarah. Saya ingin memohon maaf dari dia tapi saya ada halangan untuk jumpa dan bercakap dengan dia. Saya minta kawan saya sampaikan pada Sarah yang saya minta maaf. Kemudian, Sarah cakap yang dia dah maafkan saya. Soalan saya :
Adakah boleh kita minta maaf melalui orang tengah macam keadan saya?
Adakah salah saya pada sesama manusia dah selesai?
Terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam Farhana;

Memohon maaf sebaik-baiknya bertemu muka dengannya. Jika tidak boleh gunakanlah jalan komunikasi yang sesuai. Boleh gunakan telefon, email, surat, memo dsb. Boleh juga menggunakan orang tengah (perantaraan), namun perlulah dipastikan kesediaan orang tengah dan penerimaan orang yang kita 'buat salah' menerima kemaafan daripada kita.

Saya cadangkan supaya Farhana membuat pengesahan kepada orang yang kita buat salah setelah orang tengah meminta maaf bagi pihak kita.

walahuaklam.


Visitor IP: 123.136.106.50

Powered by EmailMeForm



Sunday, October 7, 2012

Soalan: talak jatuh atau tidak??

Nama*:mi
Alamat Email:pee179@yahoo.com
Tajuk*:talak jatuh atau tidak??
Message*:Salam ustaz,

saya ingin bertanya berkaitan lafaz cerai taklik.. baru ini saya ada berselisih faham dengan isteri saya..kami berada dalam bilik di rumah mak saya..disebabkan selisih faham itu, isteri saya hendak keluar dari bilik itu untuk pergi ke hostel (tmpt di mana dia bermalam)..saya telah berkata,

"jika engkau keluar dari bilik ini sambil menunding jari ke arah pintu bilik (saya tidak ingat saya ada cakap "keluar ketika itu atau tidak", tapi niat saya hanya tidak mahu dia keluar ketika itu), aku akan ceraikan engkau.." (tak pasti saya ada cakap "akan" atau tiada "akan")

isteri saya tidak keluar bilik ketika itu.dia duduk sahaja.tiga minit kemudian isteri saya pergi ke tandas yang berada dalam bilik itu menggunakan pintu tandas. selepas saya tersedar apa yang saya cakap dan kemarahan saya reda, saya berkata,

"aku benarkan engkau keluar dari bilik ini sekarang"..

tapi isteri saya tidak keluar sehingga keesokan hari untuk pergi kerja.adakah jatuh talak ke atas isteri saya? mohon penjelasan segera dari pihak ustaz..

kemudian esoknya saya ada bertanya dengan isteri saya apa yang saya cakapkan semalamnya..saya bertanya samada saya ada bercakap "saya akan ceraikan engkau" atau saya ceraikan engkau" pada dia..apa hukumnya pula di sini??

dan saya ada chatting dengan dia untuk kepastian yang berdialog begini:

isteri:
refer la sape2
i xde comment
it s all yours
saya:
i cakap i akan ceraikan u ke atau i cakap i ceraikan u??
ada akan atau xde?
seigt i i ckp i akan ceraikan u..
tp u dgr cmne plak?
isteri:
u klua kt c2, i akan ceraikan u
saya:
u pasti i ckp mcm tu??
isteri:
klu u sdri tak confirm, pergila refer pjbt agama
saya:
bkn i ckp i ceraikan u?
tp i ckp i akan ceraikan u?
isteri:
tp yg i dgr itula
saya:
ada perkataan "akan" kan?
isteri:
b..klo u sdri x confirm..u ulang blik ayt tu..blh jd sah tau tak

mohon penjelasan segera dari ustaz..terima kasih..
File Upload:

Salam.

Kalimah 'AKAN' menjadi pembeza dalam hal ini. Jika dipastikan sebut 'akan' cerai, bererti tidak jatuh talak. Tetapi jika tiada perkataan 'akan' bererti jatuhlah talak dengan sebab isteri melanggar lafaz taklik suami.

Jika saudara sendiri tidak pasti sama ada ada AKAN atau tidak, perlu dapatkan kepastian drp isteri. Jika isteri pun tidak jelas lafaz itu, Wallalhuaklam, saya sendiri tidak dapat menjawabnya.


Visitor IP: 121.123.140.174

Powered by EmailMeForm



Sunday, September 30, 2012

Soalan: jatuh ke tidak talak

Nama*:nor
Alamat Email:norsusilawati_80@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh ke tidak talak
Message*:Assalamualaikum ustaz yang budiman....
Saya mewakili pihak kawan2 saya satu ofice ada beberapa soalan nak tanya dengan ustaz.Harap ustaz boleh bagi jawapan secepat mungkin...Jatuh ke tidak talaknya pada situasi di bawah..
1)suami berkata"Saya ni dah tiga bulan lebih tak bagi nafkah kat awak..duit tak cukup je.kalau bawak pegi pejabat agama/mahkamah dah boleh dah".isteri jawab"kenapa awak cakap macam tu.awak nak bercerai ke?suami jawab"taklah,sya cuma bingung dah lama tak bagi duit.kesian plak kat awak."
2)isteri berkata"kalau saya tak kenang kan mak bapak saya,bapak awak yang dah tua,dan orang2 kampung, dah lama dah saya pegi pejabat agama mintak cerai.saya tak tahan hidup dengan awak" suami jawab"samalah...nanti apa pulak kata orang kampung rumah dekat2 pun nak bercerai"(kawin satu kampung)
3)selepas bergaduh isteri berkata kepada kepada suami"nanti kalau kita bercerai saya cabut cincin kat tangan ni(cincin pertunangan dan perkahwinan)buat apa nak pakai kalau dah bercerai..Suami jawab"bawak sinilah cincin tu.cabutlah cincin tu".isteri jawab"saya kata kalau kita bercerai,barulah saya cabut."suami hanya mendiamkan diri.lama selepas kejadian tu si isteri tanya pada suami samaada suaminya ada niat cerai ke tak.suaminya kata tidak berniat untuk cerai cuma nak menggertak isterinya saja.
4)isteri kata"seronoknya jadi agung.duit sentiasa je banyak."suami jawab "awak pegilah kawin dengan agung."isteri jawab"awak tak baik cakap mcm tu.saya ni isteri awak.awak ni ada niat nak cerai ke?"suami jawab"takdelah..saja je cakap macam tu.habis..awak dok puji agung banyak duit..."
5)setiap kali bergaduh suami akan packing kain baju,nak balik kampung,tinggalkan isterinya.katanya tak tahan asyik gaduh je pastu 2 3 hari jadi tunggul tak bercakap jadi lebih baik balik kampung.tapi beberapa kali suami buat macam tu tak pernah pulah dia balik betul2..apatah lagi bila tengok si isteri menangis.dia datang balik kat isterinya dan pujuk balik.
File Upload:

Salam Puan Nor,

Ringkasnya saya jawab seperti berikut;

1. Tidak jatuh talak kerana tiada pengucapan talak yang diucapkan oleh suami.

2. Tidak jatuh talak kerana tidak ada pengakuan talak secara jelas dalam bual bicara berkenaan.

3. Tidak berlaku perceraian kerana ia ugutan suami, seperti yang dinyatakan oleh suami

4. Tidak berlaku cerai pd kes agung...

5. Itu gurauan dalam rumah tangga... ada ke patut suami yang packing baju.. patutnya isteri yang merajuk... hai entahlah dunia dah nak kiamat..


Walau apapun, berhati-hatilah dengan kalimah 'cerai'... ia bukan mainan dalam perkahwinan seseorang..



Visitor IP: 203.82.95.112

Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:Assalammualaikum,

Saya ada soalan mengenai lafaz talak.
Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
Suami berkata saya( isteri) ada menuduhnya melafazkan cerai semasa sedang menonton drama tv mengenai seorang lelaki yang sedang menceraikan isterinya.
Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap "aku ceraikan kau" kepada isteri,saya hanya cakap "aku ceraikan kau" kepada orang yang didalam tv tu sahaja, saya tak ada niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

Soalan saya :
1.Adakah lafaz "aku ceraikan kau" dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya ( isteri)?

2.Jika di dalam perbualan tersebut suami ada berkata "aku ceraikan kau (isteri)" dengan tujuan untuk memberitahu atau bercerita kepada ibunya tentang situasi tersebut, adakah jatuh talak tersebut terhadap isteri (saya)?
File Upload:

Salam Puan Nur,

Saya kira soalan seperti ini telah dijawab pada entry sebelumnya..

Cerainya tidak jatuh kerana ia bukan ditujukan kepada isteri, sebaliknya mengajuk dialog TV sahaja.


Visitor IP: 60.50.136.117

Powered by EmailMeForm



Friday, September 28, 2012

Soalan: lafaz cerai atau tidak

Nama*:efa
Alamat Email:fazura0203@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai atau tidak
Message*:Ketika saya hamil anak sulong, suami saya mengadakan hbgn sulit dan menyatakan hasrat utk berkahwin lagi sedangkan dia tidak mampu dari segi kewangan dan layak. Masih byk kekurangan dlm bimbingan dia kpd saya tapi ingin pula berkahwin lagi. Dia menjadikan alasan saya mengandung, sedangkan dia belum mahu anak sebagai alasan untuk berkahwin lain. Kami sering bergadoh tentang hal ini sehinggalah pelbagai kata2 dari suami telah keluar. Termasuklah 'Balik lah / duduklah rumah mak bapak awak lepas ni', 'Tak payah balik sini (rumah kami)', 'Lepas ni saya (suami) ingin hidup sendiri', 'Bila ada hari cuti kita pergi pejabat agama untuk uruskan urusan cerai'.

Apabila keadaan sedikit reda, saya bertanyakan tentang kata2 beliau dan suami kata dia cakap tapi takde niat cerai.

Persoalan : Adakah telah jatuh talak ke atas saya?

Terima kasih.
File Upload:

Salam Puan Efa,

Cerai berlaku atas niat dan ucapan/lafaz seperti juga nikah yang berlaku atas adanya niat dan lafaz.

Ucapan seperti itu (('Balik lah / duduklah rumah mak bapak awak lepas ni', 'Tak payah balik sini (rumah kami)', 'Lepas ni saya (suami) ingin hidup sendiri', 'Bila ada hari cuti kita pergi pejabat agama untuk uruskan urusan cerai')) yang bukannya jelas menunjukkan cerai hendaklah dikaitkan dengan niat sebenar suami. Oleh kerana niat sebenar suami (seperti yang puan nyatakan) tidak bermaksud cerai, maka tidaklah jatuh cerai berkenaan.

Itu berdasarkan apa yang saya fahami.



Visitor IP: 124.13.188.7

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA