Tuesday, March 8, 2016

Soalan: Kita bercerai lah

Nama*:siti
Tajuk*:Kita bercerai lah
Message*:Salam ustaz.. Saya inginkan penjelasan, adakah jatuh talak apabila suami berkata, "kita bercerai lah" semasa berlaku pergaduhan antara suami isteri. Pada ketika itu suami berada dalam keadaan marah. Ketika itu isteri bertanya kepada suami, "bagaimana dengan kita skrang?"

Harap ustaz dapat berikan penjelasan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.
File Upload:
Salam

Jika suami bermaksud untuk CERAI, maka terjadilah cerai itu.. tetapi jika suami mengakui bahawa itu adalah PILIHAN; ia tidaklah terjatuh talak lagi. Kena pastikan hal ini dengan suami sbb dia yang tahu maksud diucapkan.

tk

Visitor IP: 115.164.48.197

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, March 7, 2016

Soalan: taklik

Nama*:leeza ramli
Tajuk*:taklik
Message*:Assalamualaikum wbt.

Ustaz, suami pernah bertaklik seperti ini;-

"Kalau sekarang ini kau jumpa skandal..atau selepas ini buat apa jua jenis bentuk maksiat jatuh talak 1"

Persoalan disini ialah...saya tiada skandal dan tak jumpa skandal ketika itu. Yang memusykilkan ialah maksiat itu sebab terlalu umum..kerana kalau tertinggal solat pun setahu saya adalah salah satu maksiat juga..saya ada bertanya kepada suami apakah yang dimaksudkan maksiat itu katanya maksud dia yang tepat pada masa dia lafazkan taklik tu (sms) adalah sekiranya saya bersetubuh dengan lelaki selain suami(buat maksiat jenis ini). Adakah saya perlu yakin bahwa taklik ini masih samar atau jelas. Terima kasih ustaz. Wassalam.
File Upload:
Salam


Penjelasan suami hendaklah diterima dan diakui benar kerana itulah yang dimaksudkan olehnya.

So, puan kenalah berhati-hati utk tidak terlibat dengan zina dan berskandal..

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pengesahan lafaz talak

Nama*:tolong kawan
Tajuk*:pengesahan lafaz talak
Message*:Askum ustaz, sy diana dr PJ.
Saya mpunyai kawan nama Nora dimana dia dan suami telah btengkar di dalam kereta setelah suaminya terbaca sms lama nora dgn seorg kawan lelakinya. Nora tidak mengaku pernah menjalin hubungan sulit dgn lelaki berkenaan krn bimbang suaminya akan btambah marah dan keadaan semakin teruk. Namun suami nora ada berkata "kalau ko skandal dgn lelaki tu, jatuh talak". Adakah jatuh talak tersebut sdgkan Nora tdk mengaku pernah mjalin hubungan tsbt dan adakah perlu nora mengaku kpd suaminya dimana dia percaya dgn pengakuan tsbt kemungkinan besar suaminya akan menceraikan dia. Tq ustaz.
File Upload:
Salam

Wallahuaklam.. Maaf puan saya tidak tahu dan tidak dapat menjawab soalan ini.

tk

Visitor IP: 14.192.212.248

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, March 6, 2016

Soalan: cerai taklik

Nama*:ana
Tajuk*:cerai taklik
Message*:assalamualaikum ustaz...

saya ana, saya ingin menanya berkenaan cerai taklik.... saya mempunyai seorang kawan yang suami nya berkahwin dengan nya di thailand. Tetapi setelah mereka berkahwin rumah tangga mereka telah goyang dan tidak lagi duduk serumah, malah suami nya tidak memberi nafkah selama 4 bulan berturut-turut , malah tiada ahli keluarga terdekat suami yang memberi nafkah padanya. sekarang suaminya sudah hilangkan diri melebihi 3 tahun.

1) adakah telah jatuh cerai taklik pada nye?

2) apakah sah cerai taklik pada si isteri sekiranya bernikah di thailand?
File Upload:
Salam

Kena dipastikan dalam majlis akad itu ada tak disebut taklik? Rujuk kepada surat nikah, jika ada disebut taklik 4 bulan tak bagi nafkah, isteri buat pengaduan kepada mahkamah, maka jatuhlah talak satu..Jika tidak ada taklik, isteri boleh membuat tuntuan fasakh daripada suami di mahkamah/ pejabat agama,

BErnikah di mana-mana pun hukum syaraknya tetap sama..

tk
Visitor IP: 118.101.79.68

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: dhila39@gmail.com

Nama*:dhila
Tajuk*:dhila39@gmail.com
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya sekiranya seorang lelaki mengakui pada kawannya bahawa dia sudah bercerai dengan isterinya sedangkan hubungan mereka masih lagi suami isteri. Dan baru2 ini kawannya mengetahui status sebenar pihak lelaki tersebut, dan akhirnya lelaki tersebut mengakui bahawa dia menipu kawannya. Adakah dengan mengakui sudah bercerai boleh jatuh talak?
File Upload:
Salam

Pernyataan suami kepada kawan-kawan; aku dah bercerai... atau ucapan seperti ini, ia tidaklah lagi menjatuhkan talak.

Visitor IP: 115.132.81.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, March 5, 2016

Soalan: jalan keluar

Nama*:insan tetekan
Tajuk*:jalan keluar
Message*:Asalamuailaikom ustaz. Saya ada 10 pesoalan yg buat saya keliru.
1:suami saya seorg bekas penagih dadah dan sering ditangkap..dan saya cube
Utk beri dye peluang... then sekarang dye ckp da berubah..tapi haty saya
Da mati untuk dye..hanya simpaty..saya cuba solat isthikharah tapi jelas dyke x ada...
2;di sebbkan tekanan mslh umah tangga saya selalu lari dari rumah dan tinggalkan ank2..dan saya penah curang dgn suami..tapi saya kembali semula da cube berubah demi ank2..saya cube lakukan tanggungjawab isteri sebaik mungkin..tetapi sering juga saya disalahkan..keluarga saya selalu slhkn saya.. dye tetap menagih masa tu..sekali lagi saya lari sebab tekanan..
3:ketika saya bekerja di kl saya dapat panggilan lagi suami kena tangkap..
Saya balik kg ambik anak dan minta cerai..dye x nak lepaskn..sekali lagi sy curang ustaz..tapi sya cepat2 sedar cube lagi sekali.
4:akhirnya sekrg saya x mampu ustaz 7 bulan lepas sya cube tok hidup dgn dye..tapi api dendam dan kemarahan buat saya bnci dye..Ya Allah ..kalau ustaz nk tahu saya dpwrsalahkn keluarga atas semua ni..saya tetekan ustaz..tlg la bagi saya jalan keluar apa yg perlu sya lakukan
File Upload:regist.text
Salam..

Puan, besar dugaan yang puan lalui. Bersuamikan penagih dadah tentulah amat perit dengan masalah ekonomi, sosial dan tanggungjawab yang setiap hari diabaikan suami.

Puan, cubalah cari rawatan yang terbaik kepada suami puan. Cuba cari pusat rawatan Islam yang jika ada dan upaya, untuk menamatkan ketagihannya. Dadah menjadi punca kepada kegawatan rumah tangga ini.. Jika puan bersabar selama ini, boleh diusahakan sedikit lagi kesabaran itu untuk merawatnya dng pendekatan Islam.. Maaf, saya tidak tahu di mana pusat seperti ini ada, tetapi ada yang maklumkan ia ada dan berkesan untuk merawat kes dadah.

Puan, apabila suami sudah tidak boleh diharapkan sepenuhnya, maka puan adalah orang yang bertanggungjawab menjaga anak-anak. Berilah seribu komitmen untuk menjaga dan memastikan anak-anak dibesarkan dalam suasana yang baik, suasana solehah terhindar daripada dadah dan sosial yang rosak.

Puan perlukan kekuatan dalaman untuk teguh berdiri menjaga maruah diri. Usah diulangi kesilapan lalu, bertaubatlah dan usah dilakukan perbuatan keji itu lagi. Jika puan terdesak sangat, (maaf saya cakap seperti ini) mungkin onani boleh melepaskan sedikit kelegaan. (Ia lebih selamat daripada dosa zina)

Puan, bersabarlah dengan tuduhan keluarga. Mereka hanya boleh bersuara tetapi puan yang menanggung kesusahan hidup.. Biarkan mereka kerana kesusahan ini puan yang tanggung sendiri. Bantulah suami untuk menjauhi dadah dan saya percaya suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang terbaik buat puan.. Cuma pastikah dahulu ketagihannya berakhir.

Dekati Allah sebanyaknya. Solat, doa, zikir, al-Quran adalah laziman yang pasti.. Dekati Allah. DIA boleh membantu hamba-Nya.

tk
Visitor IP: 113.210.54.197

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: salahkah saya menuntut fasakh

Nama*:syana
Tajuk*:salahkah saya menuntut fasakh
Message*:Asalamuailaikom ustaz..saya ingin bertanya jika saya tidak lagi dapat
Menerima suami disebabkan kesalahan yg dia pernah lakukan iaitu penagih
Dadah..saya cuba bersabar selama 10 tahun
sampakan rumah tangga x bertetap..sekejap di perak
Sekejap di rumah org tua saya.. saya mengaku saya ada kesilapan..
Saya da x mampu lagi untuk menerima dia yg skrg sudah tidak mampu bekerja..sampai kn keluarga saya sentiasa cari salah saya..saya terpaksa bekerja demi menyara ank2..tetapi apabila kembali dia kerumah org tua saya kkebenciaan tu semakin tebal..saya da x mampu lagi..jadi saya keluar dan
Tinggalkan ank2 dgn keluarga saya..kerana saya tepaksa bekerja..
Saya sygkn ank2 saya..tapi dlm masa yg sama saya harus bekerja.ustaz layakkah saya untuk menuntut fasakh demi kebahagiaan diri sendiri dan ank2..saya x sanggup lagi jadi isteri derhaka..disebbkn kebnciaan pada dia..
File Upload:
Salam

Puan, jika suami itu gagal juga diubati, masih tekal dengan dadahnya, saya kira wajar puan menuntut fasakh daripada suami.

Cuba bantu suami untuk terus berubat...

Visitor IP: 113.210.59.19

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, March 4, 2016

Soalan: dosa

Nama*:mimi
Tajuk*:dosa
Message*:ASSALAMUALAIKUM Ustaz,
saya hamba allah yang lemah mohon petunjuk. banyak dosa saya lakukan pada Allah. saya lakukan larangannya dan meninggalkan perintahnya. NAUZUBILLAH.. YA USTAZ, besar dosa saya padaNYA. lebih besar dari gunung di bumi Allah. kadang kadang malu saya ketika bertaubat padaNya. malu dengan diri saya. ustaz, saya ditimpa dugaan yang begitu berat kesan dari pengalaman lampau. terkadang saya dapat rasakan Allah tidak ampunkan saya walau beribu berjuta solat taubat.
ustaz, soalan saya.
1)mampukah Allah terima kembali saya?
2) bisa terpadam kah dosa saya selama ini?
3) ayat apakah bisa saya baca untuk mendapat kan keajaiban supaya dugaan ini bisa terhapus?
File Upload:
Salam

Subhanallah.. Allah Akbar, Puan, kesediaan puan untuk bertaubat itu jauh lebih mulia daripada semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Teruslah bertaubat kepada ALlah, teruslah iltizam untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah sejati, teruslah berusaha gigih untuk mendalami ilmu agama sebagai bekalan dalam perjalanan hidup ini.

Tiada insan terpuji semulia puan yang mahu kembali bertaubat, percayalah!

Allah itu maha pengampun dan penyayang. DIA sedia menerima hamba-Nya kembali. Allah mahu mengampuni hambanya yang beragama Islam. Dekatilah al-Quran dan dekatilah rakan-rakan solehah yang boleh membantu kita. Teruskan taubat puan, dan saya mohon puan doakan kebaikan kepada saya juga.. saya juga mahu semahunya untuk kembali kepada Allah dan langsung meninggalkan doas-dosa kealpaan yang menyusuri hidup kita.

Doakanlah untuk saya juga.. tk puan.

Visitor IP: 1.9.97.13

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA