Thursday, March 3, 2016

Soalan: jatuh talak@tak

Nama*:hafiza
Tajuk*:jatuh talak@tak
Message*:kami bertengkar melalui wassap.
disebabkan kedegilan saya,
dia mengeluarkan ayat begini..

'sumpah aku taknak bini yang taknak dengar cakap camni'

adakah dikira jatuh talak ustaz?
File Upload:
Salam

Tidak lagi jatuh talak.. dia tak nak bininya yang degil je tu..

so, lepas ni tak nak degil lagi ye.. sayang kat suami tu... hehehe

Visitor IP: 210.187.77.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Musykil

Nama*:Qila
Tajuk*:Musykil
Message*:Sy cuma cakap 'kalau Awak keluar rumah baru sy nak ceraikan Awak', bukannya saya cakap 'kalau Awak keluar rumah jatuh talak'

Adakah jatuh talak jika suami berkata sedemikian? Sy tau.. Suami cuma ingin menunjukkan perbezaan ayat yg dia ucap & ayat yg dia tak ucap.. Tp sy hanya ingin kan kepastian. Harap ustaz dpt menjawabnya. Tq
File Upload:
Salam

Tak jatuh talak...

ingatan dan ugutan tu..

Visitor IP: 115.164.56.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tanggungjawab mengurus Ibu mertua: Peranan Menantu perempuan

Nama*:Laily
Tajuk*:tanggungjawab mengurus Ibu mertua: Peranan Menantu perempuan
Message*:salam...

sy nk minta pndapat..situasinya begini
seorang ibu mmpunyai 6 org anak (2 lelaki & 4 prmpuan)
ibu ini telah uzur (sakit) shingga mkn, minum, kbersihan diri tidak dpt diuruskn sndiri dgn smpurna..
sorg anak lelaki nya tidak dpt dkenalpasti kberadaannya dan sorg lg suda brumah tangga dan anak2 pun sudah besar
sorg anak prmpuannya suda mnjanda, dan lg tiga org sudah brumah tangga..(anak2 mereka juga suda besar)

soalan pertama sy..bila trjadinya begini, tanggungjawab mnjaga (lebih kpd mngurus) trletak pd anak lelaki atau anak prmpuan?..klo anak prmpuan yg suda brkahwin, mereka perlu mndapatkn keizinan suami jika ingin mmbawa ibu tinggal skali ataupun merawatnya..klo anak lelaki pula, keperluan si ibu spt kencing, berak dan mandi bagaimana pula? pndapat peribadi sy, ianya boleh disandarkn kpd menantu..tetapi byk yg kdengaran dlm msyrkt hr ni, anak prmpuan ada, knape hrpkn menantu?..sdgkn anak prmpuan perlu mndptkn keredhaan dan keizinan suami..

soalan yg kedua..apabila seorang wanita berkahwin..dan ditakdirkan ibu kandung dan ibu mertuanya jatuh sakit (melarat) pada waktu yg same, kpd siapa yg harus dier beratkn utk mnjaga, mngurus dan merawat?..adakah ibu kandung ataupun ibu mertua?

mohon pncerahan..perkara sebegini ibarat menarik rambut dalam tepung..perlu diselesaikn dgn penuh hati2..sekian
File Upload:
Salam

Ibu yang sakit seperti itu, sebaiknya dijagai oleh anak perempuan kerana anak perempuan lebih dekat dengan ibu... Cuma mintalah kebenaran suami, jika suami izinkan tiada masalah dalam hal ini.

Seperkara lagi, tanyalah persetujuan ibu. Ibu lebih senang mahu di rumah siapa.. tidak kira di rumah anak atau di rumah menantu. Jika ibu lebih senang di situ, sebagai anak dan juga menantu, jagalah mereka sebaiknya.

Usah dipedulikan sangat cakap-cakap orang. Sampai bila pun tak habis nak layan. Yang penting ibu itu dijagai oleh orang yang mampu menjaganya, disenangi pula oleh si ibu.

Jika ibu kandung dan ibu mertua sakit, kaedah di atas boleh dipertimbangkan. Ibu itu tetap manusia yang ada hati perasaannya. Hargai mereka dahulu, dan kita sebagai anak-anak hanya menurut kehendak mereka..

Tk


Visitor IP: 180.74.177.211

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, March 2, 2016

Soalan: Musykil

Nama*:Ayuni
Tajuk*:Musykil
Message*:Suami ada cakap "Kalau Awak Taknak Jugak Ubah Hati Awak, Baik Kita Dikira Bercerai Je."

Soalan sy :
1. Adakah lafaz suami tu merupakan lafaz TAKLIK?
2. Adakah ianya boleh dikategorikan sebagai UGUTAN cerai?
3. Jatuh kah talak jika suami berkata sedemikian?
File Upload:
Salam

Apa yang saya faham ia adalah satu ugutan, bukannya lafaz taklik dan ia tidak jatuh talak lagi..

tk

Visitor IP: 115.164.214.227

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Ku Redha
Tajuk*:Taklik
Message*:Salam ustaz
Saya nak btnya taklik berulang...
Keadaan: saya menyuruh suami mengulang ayat sya "kalau aku menipu jatuh talak 1".suami mengulangi.
suami menipu..sebelom sampai iddah..suami & saya rujuk balik.

Soalan: adakah lafas taklik nie masih sah selepas rujuk. maksudnya.sekiranya suami msih mnipu sya skrang..adakah talak 2 @ 3 jatuh setiap kali menipu..

Terima kasih Ustaz
File Upload:
Salam

Selepas terjadinya talak (jatuh talak/ cerai) maka taklik terdahulu terbatal dengan sendiri... Sesudah itu, tak perlu buat taklik yang akan menyusahkan suami isteri lagi..he he..

tk

Visitor IP: 183.171.176.235

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ingin kepastian

Nama*:HAMBA ALLAH
Tajuk*:Ingin kepastian
Message*:Salam ustaz.saya ingin bertanya.suami pernah berkata "kalau awak ganggu kawan saya,kita cerai".Persoalan nya :
1) adakah talak jatuh?
2) adakah ini lafaz taklik?
File Upload:

Salam

Dengan lafaz yang jelas menyebut CERAI, maka ia terjadilah lafaz taklik. Maksudnya jika puan mengganggu kawan suami yang dimaksudkan, akan terjadilah talak satu dgn sebab pelanggaran taklik.

tk

Visitor IP: 183.171.26.79

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, March 1, 2016

Soalan: jatuh ke?

Nama*:Qila
Tajuk*:jatuh ke?
Message*:Suami ada kata, "saya cuma kata kalau awak pergi baru saya nak ceraikan awak, BUKANNYA saya kata kalau awak pergi jatuh talak."

Soalan saya : Adakah jatuh talak suami cakap macamtu? Harap ustaz dapat menjawabnya.
File Upload:
salam

tidak jatuh talak..sebab tidak tersebut lafaz talak lagi..

Visitor IP: 115.164.220.213

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Noor
Tajuk*:Taklik
Message*:Salam.
Sy ada kekeliruan di sini.
Setahun lalu, sy pernah ckp pada suami, jika awak hutang ahlong lagi, kita cerai. So suami setuju.
Baru2 ni sy dapat tahu suami ada buat pinjaman ahlong lagi. Bila sy sebut psl taklik, suami baru sedar & dia terlupa.
Adakah jatuh talak ke atas kami?
File Upload:
Salam

Jika lafaz taklik yg disebut dahulu itu dibuat dengan penuh kesedaran oleh suami, maksudnya dia faham dan tahu akibat daripada sebutannya itu, maka taklik talak masih lagi sah dan berjalan. So, bila mana suami melanggari takliknya, maka terjadilah talak. Jatuhlah talak satu dalam kes seperti ini.

tk

Visitor IP: 64.233.173.94

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA