Saturday, December 5, 2015

Soalan: Was-was dalam penceraian

Nama*:Syam
Tajuk*:Was-was dalam penceraian
Message*:Salam ustaz saya ingin bertanyakan sesuatu dan di bawah saya jelaskan situasi saya.

Situasi keluar pasaraya
Saya, isteri dan anak keluar dari pasaraya.Kebetulan saya dan anak saya keluar terlebih dahulu ke parkir kereta.
Semasa berjalan ke parkir kereta, saya bergurau dengan anak saya yang berusia setahun lebih itu dengan mengatakan "papa tinggal mama" sebanyak 3kali. Jadi anak saya pun sedih dan menangis.Setibanya di kereta saya masih bergurau lagi dengan anak sehingga
tibanya isteri saya.

Situasi dalam kereta
Apabila isteri saya menaiki kereta. Dia bertanyakan saya kenapa anak saya menangis

Isteri: Papa kenapa raudhah(anak) menangis?
Suami : Papa cakap "papa tinggal mama","papa tinggal mama","papa tinggal mama"
Isteri: (masih binggung tak faham penjelasan saya)
Suami : Papa cakap "papa tinggalkan mama","papa tinggalkan mama","papa tinggalkan mama"

Masa saya cakap "papa tinggalkan mama" tu terlintas di hati saya untuk menceraikan isteri saya dan secara tak lansung niat itu terdetik di hati saya atau pun secara tak sengaja jadi terniat. Kemudian saya tersentak dan binggung dengan ucapan saya itu lalu beristigfar. Selang beberapa minit kemudian saya jelaskan kembali kepada isteri saya kenapa anak saya menangis.

Suami : Mama, tadi raudhah nangis kan?
Isteri: Ye
Suami : Papa usik dia, papa cakap "papa tinggal mama" sebab tu dia nangis
Isteri: Ooh ingatkan kena apa tadi.

Persoalannya Ustaz,
Saya binggung ustaz, adakah terjadi penceraian? sedangkan saya bertujuan untuk beri penjelasan mengenai situasi atau pun keadaan kepada isteri saya. Mohon penjelasan sedikit ustaz

Untuk pengetahuan ustaz saya berasa was-was dan binggung kerana bila saya cakap tak berniat cerai tapi dah terdetik di hati. Bila bercakap cerai tapi saya
tak bermaksud nak menceraikan isteri,saya nak jelaskan keadaan. perkara begini lah yang menganggu hidup orang yang was-was macam saya ni ustaz.
File Upload:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak kerana tiada niat langsung di situ utk talak.
tk

Visitor IP: 175.145.111.5

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 4, 2015

Soalan: Keliru

Nama*:Princess red
Tajuk*:Keliru
Message*:Salam..saya nak bertnya..setiap kali gaduh saya suruh suami cerai kan saya...dah suami akan berkata"saya tak akan ceraikan awak"..adakan dengan kate2 suami sy td talak tidak akan jtuh..
File Upload:
Salam

Tidak jatuh talak kerana suami tidak mahu menceraikan puan.
tk

Visitor IP: 113.210.135.222

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak pada isteri waktu dalam haid

Nama*:hafiz
Tajuk*:talak pada isteri waktu dalam haid
Message*:assalamualaikum ustaz ,pada satu malam ,saya telah melafazkan kepada isteri saya "aku lepaskan engkau dengan talak satu "hasil dari desakan isteri.tanpa saksi..dlm keadaan isteri saya datang haid .adakah jatuh talak itu?dan apakAh yg perlu saya lakukan jika ingin rujuk ?apakah langkah seterusnya jika isteri tetap tidak mahu rujuk?saya berharap ustaz boleh meberi penjelasan berkenaan soalan-soalan saya.Terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Lafaz cerainya jelas dan sah jatuhlah talak satu.

Saudara boleh merujuknya kembali dengan mengajaknya untuk kembali sebagai suami isteri. Isteri tiada kuasa untuk menolak RUJUK yang dibuat suami, rujuk suami adalah sah ketika isteri dirujuk kembali.

tk

Visitor IP: 113.210.130.237

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 2, 2015

Soalan: Suami hanya menerima isteri kerana anak

Nama*:Reida Aiyda
Tajuk*:Suami hanya menerima isteri kerana anak
Message*:Assalamualaikum Ustaz / Ustazah,

Saya ingin bertanya ttg situasi saya skrg ni..
Saya telah berkahwin pada 3 thn lps dan punyai sorang anak berusia 2thn skrg ni.. Semasa seminggu selps majlis perkahwinan saya 3thn lepas, suami dapat tahu sy ada menjalin hubungan dengan seorang lelaki sblm kami berkahwin ttp ape yang sy hendak nyatakan di sini adlh hanya hubungan rapat. Pada saya ianya adlh mgkin dugaan semasa kami dlm tempoh pertunangan.

Selepas suami mendapat tahu, segalanya berubah.. dia tidak dpt memaafkan saya dan mengaanggap saya sudah memusnahkan hari bahagia kami. Perkahwinan kami di awalnye sangat2 teruk. Kami tidak dpt menikmati nikmat perkahwinan spt psgn lain. Kami bergaduh apabila suami tidak henti2 mengungkit kesalahan sy. Sampailah sy disahkan mengandung, pun suami masih dingin terhadap sy. Saya dah pun bertaubat &; memohon ampun dr suami sy ttp suami sy pula jauh disudut hatinya masih tidak boleh memaafkan saya.

Sehingga ke hari ini, jika kami beraduh kecil, suami akan terus mengungkit dan mengatakan "Ko ingat sikit sejarah kau! Aku terima kau selamani hanya sebab anak je" . Saya rasa sangat sedih & tertekan. Seolah2 saya hanya menumpang kasih pd anak utk menumpang kasih suami saya. Setiap kali sy teringat ape yg suami saya kata itu, sy mesti akan mengalirkan air mata. menyesal dengan segala kesilapan lalu. Anniversary kami tidak spt org lain. Pd suami sy, anniversary kami adalah hari terburuk dlm hidupnya. Macam mana saya nk buat Ustaz/Ustazah?

Malam tadi semasa suami kerja malam, sy tiba2 mendapat kekuatan utk menghantar whatsapp pd suami memberitahu ape yg saya rasa selama ini. Suami menyatakan bhw dia masih mencari saya yg dulu. Dia ckp sy dah xmcm dulu..layanan saya pun dah xmcm dulu.. Ttp bagaimana saya nk jadi spt dulu sdgkan saya berasa terlalu asing di dalam rumah sy sndiri. Saya berasa takut, malu utk bermanja dgn suami saya sndiri. Saya xtahu dimana, bagaimana letaknya kehidupan saya skrg. Luaran Nampak seperti ok tapi sbnrnye ada yg tidak selesai lagi antara kami. Letih utk saya menyatakan pd suami syaa betapa saya sudah mengabdikan diri pd keluarga. Betapa saya sudah menjalankan tanggungjawab sy sbg isteri & ibu sepenuhnya. Ttp jika suami masih tidak boleh mamaafkan saya seikhlasnya, saya terbuka utk membenarkan suami saya bekahwin lin sekiranya ada wanita yg boleh membahgiakan suami saya utk suami saya menikmati nikmat anniversary itu.

Saya tidak tahu smpai bila kami akan berkeadaan begini. Saya sekrg mengandung anak ke2. Ttp saya rasa spt kehidupan saya sia2. Hanya anak memberi kekuatan pd saya. Apa yang perlu saya buat ye Ustaz/Ustazah.
Apakah hukumnya suami sy menyatakan bhw dia hanya menerima saya sbb anak sahaja.?

Wassalam...
File Upload:
Salam

Suami puan ini seorang yang terlalu pendendam. Cuba dapatkan maklumat hubungan sulitnya dengan orang lain, mesti ada punya.. Dengan sedikit maklumat hubungan sulitnya itu, puan boleh jadikan hujahan bertapa teruknya puan terseksa..

Op.. maaf, saya nak ajar benda yg tak elok pula.. Tetapi mengenangkan dendam suami yang tiada kesudahan, elok diajarkan sedikit suami yang seperti itu.

Sepatutnya suami kena faham hubungan sebelum berkahwin dengan kawan-kawan itu adalah perkara lumrah. DI manapun manusia itu bercinta, sejak sekolah rendah hingga ke universiti.. tetapi pilihan terakhir adalah isteri yang ada di hadapan mata. Kisah silam usahlah diungkit atau dijadikan helah untuk menutup kelemahan diri.

Puan kena ajarkan sedikit perkara ini kepada suami puan yang tak pernah mahu mengerti dan mahu bersyukur.

tk
Visitor IP: 175.139.217.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ragu2 dan takot

Nama*:Azmi
Tajuk*:Ragu2 dan takot
Message*:Istri sye klaw bgaduh..ske ckap.perkataan cerai.sye cme nk tye..sye xceraikn die..tpi sye cume ckp kaw nk 3 kan..nnti aku bgi!!adakah dgn prckapan itu jtuh talakk..sdangkn.sye xlfazkan cerai..psang niat pun xde..bantu sye..
File Upload:
Salam

Jika tiada niat dan dengan perkataan TIGA seperti itu, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 113.210.3.88

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: , RAGU - RAGU

Nama*:WANIE
Tajuk*:, RAGU - RAGU
Message*:, tempoh hari saya ada bertanya ustaz , soalan WAS WAS TENTANG CERAI ATAU TIDAK dan BERGADUH BERSAMA SUAMI , ustaz membalas bahawa tidak jatuh talak sebab suami ayat nye tergatung bila die berkata "BERKATA JANGAN SAMPAI AKU CERAIKAN KAU " dan "KAU NAK AKU HANTAR BALIK RUMAH MAK KAU KE " bagi saya dan suami kami masih sah suami isteri ,tetapi ade yg berkata ayat macam tue dah jatuh talak , ada juga berkta jatuh talak 1 tapi suami tanpa niat dan die hanya bertanya , jatuh juga ke ustaz talak nye ?? Saya ragu2 , mohon ustaz perjelas kan dengan sejelas2 nye boleh ?? saya pon ada berkata pada suami mlm tu dalam keadaan terkanan dan emosi sgt , "AKU TAHU AKU TAK DAPAT BERI ANAK " dan " KAU PERGI NAK SANGAT HIDUP TANPA AKU" selepas itu suami terus memeluk dan mencium dahi saya , dia berkata "HUBBY XDE NIAT NAK CAKAP MACAM TU SAYANG "dan saya pon terus memeluk nya juga.. perjelaskan ustaz..
File Upload:
Ok..tak terjadi talak.. bagus la tu berbaik semula..
tk

Visitor IP: 113.210.5.248

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah ini taklik

Nama*:Najib
Tajuk*:Adakah ini taklik
Message*:Rakan sy bertanyakan kepada sy tp xtau nk jwb mcm mane..dia cakap dia berkata kat isteri dia kalau dia boleh cerai isteri boleh la dia beli kereta..taklik ke ustaz??atau kinayah
File Upload:

Salam

Ungkapan seperti itu tidaklah dikira taklik..

itu hanya satu cadangan..

tk

Visitor IP: 113.210.128.7

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 1, 2015

Soalan: Sumpahan

Nama*:Wazida
Tajuk*:Sumpahan
Message*:Assalam Ustad

saya pernah mengambil wang suami saya tanpa pengetahuan dia. Ini adalah kerana saya bergaji kecil dan juga menanggung hutang yang pernah dibuat oleh keluarga saya tanpa pengetahuan suami saya. sekiranya suami saya dapat tahu dia pasti akan mengamuk dan jugak boleh jadi perceraian. setelah mengetahui duit suami saya hilang, dia telah menyumpah siapa yang ambil wang itu akan mati dipanah petir. apakah sumpahan itu boleh menjadi nyata dan apakah hukumnya ustad? sedangkan masa suami saya bergaji kecil saya sering membantu dia sehingga la ke hari ni..sehinggakan kalau saya tak cukup duitpun dia akan tanya mana pergi duit saya semua tu..mohon penjelasan ustad.
File Upload:
Salam

Tak baik ambil duit suami tanpa kebenaran. Suami pun tak boleh ambil duit isteri tanpa kebenaran.

Sumpahan itu hanyalah sumpahan.. yang nak perkenankan itu Allah juga..

Beginilah, kalau dah baik esok, mohonlah halalkan apa yang terambil..

hehe



Visitor IP: 203.121.40.10

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA