Sunday, July 5, 2015

Soalan: tuntutan fasakh

Nama*:idrus ardie
Tajuk*:tuntutan pasak
Message*:Assalamualaikum ustaz,sya ada pertanyaan.. apakah erti fasak,dan fasak yg bagaimana yg bole d tuntut oleh sang istri..Assalamualaikum..
File Upload:
Salam.

Fasakh ialah tuntutan isteri untuk berpisah, bercerai dengan suaminya dengan sebab yang wajar seperti suami kaki pukul, suami tinggalkan tanpa nafkah melebihi waktu sepatutnya, suami penagih dadah dan berbagai punca lain.

Fasakh hanya boleh dituntut di mahkamah syariah @ pejabat kadi setelah meneliti setiap kes, dan biasanya akan diadakan perbicaraan dan soal siasat bagi mengesahkan kes berkenaan.

tk

Visitor IP: 141.0.11.7

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib

Nama*:dila
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Salam ustaz...nk tanya...biasanya saya akan sabun, shampoo sebelum mandi wajib...saya terlupa nk cuci muka dengan pencuci muka...
Dan saya terus mulakan mandi waji....mandi wajib sah tak ustaz?
File Upload:
Salam..

Mandi wajib yang utama ialah meratakan air ke seluruh tubuh badan dan menghilangkan najis (jika ada) beserta niatnya.

Soal nak sabun dulu, nak syampu dulu, nak siram dulu dah tak timbul lagi.. asalkan ada niat dan air meratakan ke seluruh tubuh, jadilah mandi wajib itu. Mandi wajib tidak perlulah diasingkan dengan mandi biasa. Ia adalah mandian biasa cuma air kerana rata termasuk rambut dan seluruh anggota badan.
tk

Visitor IP: 203.106.159.156

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon penjelasan

Nama*:faiz
Tajuk*:mohon penjelasan
Message*:Assalamualaikum ustaz...sy nak tanya ustaz..sy kerap lalui lintasan dan bisikan mengenai talak.sy juga kerap berasa was2..sy tertekan sgt3 ustaz sy cuba melawan nya..dengan solat dan istifar..lintasan berlaku dari awal pernikahan saya.sy xtahu kenapa.sy byk beristifar kepada Allah.mintak dijauhkan dari gangguan ini...satu hari ketika baring disebelah isteri terpacul dengan tiba2 terlafaz seakan taklik dimana terkeluar dari mulut saya secara spontan 1(xboleh bersama (hubungan suamiisteri)dengan isteri semalam)iaitu xblh bersama utk mlm itu kemudian terlafaz 2(haram untuk satu malam saja merujuk kepada yg lafaz1)kedua dua berlaku secara spontan..saya mmg xda niat nk lafaz kedua dua lafaz itu ustaz ....kemudian sy keluar dari bilik dan beristifar..mlm 2 mmg sy dan isteri xda melakukan hubungan suami isteri..saya berharap sgt3 ustaz dpat membantu sya...ustaz sy mmg lgsg xda niat nk berkata sedemikian...sumenye berlaku secara spontan..mohon ustaz dpat rungkaikan 2 lafaz tersebut...
File Upload:
Salam

Usah dilayan dengan lintasan dan was-was seperti itu. Ia menyusahkan hidup saudara dan orang di sekeliling saudara. Percayalah dengan ilmu yang ada.. Usah difikirkan benda yang bukan-bukan.. cuba perhatikan orang lain, tak ada pun masalah was-was nak cerai, was-was nak wuduk, was-was nak bersih itu ini.. Cukuplah tu...

Lintasan hati usah dilayan, jika terjadi cepat-cepat nafikan. Talak tidak akan jatuh dengan lintasan hati semata-mata, ia perlu dilafazkan secara jelas, terang dan didengari oleh telinga sendiri...

tk

Visitor IP: 107.167.113.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, July 4, 2015

Soalan: Hukum Cetak Baju

Nama*:Tuah
Tajuk*:Hukum Cetak Baju
Message*:Salam Ustaz,

Saya ade buat bisnes printing tshirt...Ape hukum cetak/lukis gambar benda bernyawa (cth : org, burung, harimau, etc) sama ada dalam bentuk real mahupun kartun pada tshirt?

Saya ade rujuk beberapa sumber...Ade yang mengatakan makruh, ade jugak yang cakap haram.

Saya faham benda nie mungkin khilaf di kalangan ulama...Tapi sebagai pengikut mazhab shafie, mane satu yang harus kite pegang?

Mohon pencerahan ustaz.

Terima kasih.
File Upload:

Salam..

Pada pendapat saya, ia dibenarkan selagi ia bukan berbentuk patung untuk sembahan...

Kenyataan bahawa lukisan benda hidup akan minta nyawa kepada pelukis adalah tidak betul..

selamat berniaga demi ummah dan agama..

tk
Visitor IP: 203.82.80.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz talak bukan kemahuan.

Nama*:idrus a
Tajuk*:lafaz talak bukan kemahuan.
Message*:Assalamualaikum ustaz,adakah talak itu jatuh jika d lafazkan dgn tidak rela tpi trlafaz atas kemahuan istri,wlaupun sya mengatakan tidak betfikir dahulu, tapi istri ku mengatakan sdh fikir semasaknya.. tpi sya tdk rela ceraikan dia.. namun terpaksa lafazkan atas kemahuannya. jatuhka talak itu..sebab sya masi mencintai dia sejujurnya ustaz..
File Upload:
Salam

Jika lafaz itu bukan atas kehendak diri sendiri, tetapi atas paksaan ia tidaklah menjatuhkan talak.

Cuma kena pertimbangkan juga tahap PAKSAAN itu, jika benar-benar terpaksa bagi menyelamatkan keadaan semasa krisis itu.. ia dikira TERPAKSA dan talak seperti itu tidak jatuh..

tk


Visitor IP: 107.167.99.171

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lintasan murtad

Nama*:Nashrull
Tajuk*:lintasan murtad
Message*:salam ustaz,sepanjang bulan puasa ni,kadang2 hati sy terlintas mengatakan sy ni kafir..sy cuba utk tidak melayan..selang beberapa minit,tiba2 dtg fkiran kenapa aku tak istighfar cepat2 td..utk kuatkan keyakinan sy balik,sy istighfar byk2 dan mengucap..sy tkt iman sy terpesong dan puasa sy..adakah lari iman dan adakah sah puasa sy ustaz??yg jd ragu2 sbb sy istighfar selang beberapa minit..semua berlaku dalam hati..bkn disebut
File Upload:
Salam,

Saudara perlu membina keyakinan dalam diri sendiri, yakin dengan akidah dan agama yang dipegang. Usah dilayan lintasan seperti itu. Abaikan segera.

Banyakkan istighfar dan bacaan al-Quran untuk kekuatan diri.

Puasa teruskan seperti biasa, ia sah kerana lintasan seperti itu tidak membatalkan syahadah.

Dalamilah ilmu agama bagi menambahkan keyakinan atas apa yang dipegang..

tk

Visitor IP: 218.208.251.164

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, July 2, 2015

Soalan: perkahwinan

Nama*:kaca
Tajuk*:perkahwinan
Message*:aslmkm.saya seorang perempuan,ingin berkahwin tetapi wali tidak izinkan. saya merasakan hukum kahwin saya sudah tahap wajib. walaupun sudah mncuba pelbgai cara..seperti puasa dan meningkatkan ibadat,saya masih berkeinginan tinggi dan merasakan ingin mnjadi pelacur jika masih tidak diizinkan berkahwin. alasan ayah saya adalah kerana saya masih muda , walhal saya sudah berusia 20 an.
File Upload:
Salam

Jika saudari yakin bahawa sudah sampai masanya untuk berkahwin dan mempunyai pasangan yang bisa menjamin agama dan masa depan hidup saudari, eloklah diteruskan niat suci ini.

Ibu bapa tidak benarkan atas ukuran kematangan dan kesungguhan yang ditunjukkan. Jika lelaki berkenaan ikhlas dan benar bersedia menjadikan saudari sebagai iserinya, maka dia yang perlu bersungguh-sungguh membuktikan kesanggupan itu. Dia perlu datang bersemuka dan berani berterus terang, membawa keluarga untuk menjalinkan ikatan yang sah..

Bawalah berbincang dengan pasangan saudari.

Elakkan sama sekali ingatan untuk berzina.. zina tetap amalan keji yang tidak pernah dibenarkan agama. Elakkan menggadai diri demi cinta, walaupun kepada pasangan yang diyakini kebaikannya.. setelah nikah, serahlah apa yang you ada... op.. maaf, tk

Visitor IP: 1.9.102.158

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:ida
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum wbt.
Semasa suami tahu sy wat hal,dy marah.tp dy sudah memaafkan sy.dy kate lps ni klu jmpe mane2 laki lg,maka jtuhla talak.tak lme lps tu
Mse sy bekerja,sy tpkse klua ngn kwn laki sbb membeli brg keperluan tmpt kje.adekah itu dikira jatuh talak sbb kua dgn lelaki..pdhal bkn kua secara dirancang tp krana kerja..
Mohon pencerahn..
File Upload:

Salam

JIka difahmankan pada kes ini, suami puan marah dan bertaklik kerana puan berhubung dengan orang lain dengan tujuan yang tidak sepatutnya.. Ia menjadi punca.

Bila keluar dengan lelaki atas urusan kerja dan suami sedar akan situasi pekerjaan puan, saya kira ia tidaklah menjatuhkan talak taklik...

Walau bagaimanapun, puan perlu maklumkan kepada suami sebelum keluar atas urusan tugas itu.. kena bagi tahu suami agar dia membenarkan dan tidak terikat dengan takliknya.

tk
Visitor IP: 203.82.90.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA