Tuesday, June 9, 2015

Soalan: HUKm membiarkan anak anak di rumah mak mertua yang belum memeluk islam

Nama*:Kira balqis
Tajuk*:Hukum membiarkan anak anak di rumah mak mertua yang belum memeluk islam
Message*:Salam ustad saya dengan suami sekarang ada masala..dia ada lafaz talak tapi dia tak nk mengaku..sekarang sy keluar dr rumah TP ada rancangan dah nk dekat 1 Bulan kami tak jumpa..dan masa jatuh talak tu dah kira 2 Bln..2 kali endah...sekarang suami seorang mualaf dan anak2 saya ada 3 org ..sy cuma bawk YAng paling kecil..Yang lagi 2 orang ada bersama suami saya..dan suami sy sudah pindah tinggal di rumah mak mertua saya..bawak anak saya sekali...saya takut akidah anak2 saya terjejas..apa perlu sy lakukan..sy mahu berjumpa dengan anak saya pun dia tak Bagi...adakah jika kami bercerai hak penjagaan anak akan dapat kepada siapa..anak saya berumur 5 tahun 3 tahun dan 7 bulan..semua perempuan..sy takut saya tak dapat anal2 saya sebab saya tidak berkerja ..hanya meniaga kecik2 ..dijana Jan sy perlu laporkan dan dpi sy ambik anak2 saya..dengan melalui seseorang yang BLh teman saya..
File Upload:
Salam

Masalah ini agak berat dan kritikal apabila anak-anak dijagai oleh ibu yang tidak Islam. Apatah lagi pada usia muda 3 - 7 tahun, yang mungkin mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.

Saya mencadangkan supaya krisis rumah tangga ini dapat diuruskan dengan cepat, maksud saya kalau boleh ditautkan kembali hubungan suami isteri, maka itulah yang terbaik. mungkin boleh dicarikan jalan penyelesaian untuk kembali duduk sebumbung.. anak-anak tidak terabai seperti itu.

jika tidak boleh juga, mohonlah untuk diuruskan perceraian itu dengan baik melalui mahkamah syariah. Apabila mahkamah syariah putuskan, maka hak penjagaan akan diputuskan oleh pihak mahkamah, bukan lagi oleh suami atau isteri berdasarkan kriteria tertentu.

tk

Visitor IP: 175.138.12.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: LAFAZ TALAK

Nama*:NADHIRA
Tajuk*:LAFAZ TALAK
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Saya dansuami semalam ada berbincang tentang rumahtangga kami. Tiba tiba suami mengeluarkan ayat 'Kita cerai nanti dengan talak 1'. Selepas itu, 2-2 kami tergamam. terkejut.. saya baru teringat saya masih dalam haid waktu itu. adakah lafaz itu sah ustaz?
File Upload:

Salam,

lafaz seperti itu tidaklah menjatuhkan talak

Cuma usah disebut lagi lafaz talak, tak baik.... berdamailah..

tk

Visitor IP: 115.133.99.145

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin tahu

Nama*:puan ain
Tajuk*:ingin tahu
Message*:Salam ustaz.saya dan suami bergaduh disebabkan saya ingin keluar untuk pergi membeli makanan.suami marah kerana tempat yang ingin saya pergi jauh dari rumah.suami cakap bahaya kerana hari sudah malam dengan keadaan motor(ada sedikit kerosakan).suami takut kalau terjadi apa2 ke atas diri saya(contoh:kemalangan).saya bertegas ingin keluar jugak.lalu suami berkata awak nak sangat keluar,keluar lah(merujuk untuk pergi ke tempat yang ingin saya pergi).awak keluar je,awak jangan menyesal nanti.lalu saya keluar dan hanya duduk di tempat parking motor.tidak sampai 5 minit,saya masuk semula ke dalam rumah.saya amat yakin suami tidak cakap ayat cerai taklik.ustaz,dalam situasi ini,adakah terjadi apa-apa?
File Upload:
Salam

Suami tidak sebut pun perkataan cerai dan ia tidak dikaitkan pun dengan cerai, maka tiadalah terjadi apa-apa dalam kes talak..

Cuma bila dah suami tak bagi pergi tu, kenalah akur.. belajarlah mentaati suami..

tk


Visitor IP: 183.171.164.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 7, 2015

Soalan: LAFAZ

Nama*:nora
Tajuk*:LAFAZ
Message*:saya bertengkar dengan suami sebab dia suka melepak dengan kawan2 yang buruk perangainya, kerana dia sendiri berkata begitu.saya cakap kalau dia nak sangat enjoy dan lepak mcm orang muda tunggula sampai saya mati. dia naik angin dan cakap lebih baik saya (isteri) balik kampung kalau nak mati. sebab dia cakap bukan senang nak uruskan orang mati.
dia jugak cakap "JANGAN SAMPAI ABANG LAFAZ". adakah jatuh talak dalam situasi saya ini:
"LEBIH BAIK KAMU BALIK KAMPUNG"
DAN
"JANGAN SAMPAI ABANG LAFAZ"
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak lagi... suami masih ada pertimbangan dalam kes ini..

tk
Visitor IP: 175.143.109.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 5, 2015

Soalan: aku lepaskan kau, aku bebaskan kai

Nama*:nilla
Tajuk*:aku lepaskan kau, aku bebaskan kai
Message*:Sekiranya suami brkata aku lepaskan kau Dan aku bebaskan kau dlm keadaan Marah kerana isterinya selalu mrh2 tanpa sebab..suami tu langsung tak tahu ayat tu akn JD nya talak..peristiwa terjadi dalam 2 tahun..masih lagi serumah dgn nya..apabila isteri teringt kembali perkataan tu..suami dh tak ingat lagi..bersungguh jawab tak Ada pulak ckp camtu.. Lepas tu suami cakap dia tak terlintas DLM hati nak cakap perkataan lain DLM dirinya.minta penjelasan
File Upload:IMG-20150601-WA0000.jpg

Salam

Jika benar suami cakap aku lepaskan kau, aku bebaskan kau.. ia boleh membawa makna talak atau cerai. Sama ada suami sedar atau tidak, tahu atau tidak, jika ia dilafazkan dengan niat untuk cerai, maka terjadilah cerai. Tapi dalam kes ini, suami ternyata tidak ada niat untuk cerai, maka ia tidaklah terjadinya cerai atau talak.

tk
Visitor IP: 60.49.71.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik talak

Nama*:nora
Tajuk*:taklik talak
Message*:Assalamualakum ustaz
File Upload:deviceId.txt


Visitor IP: 113.210.131.27

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 3, 2015

Soalan: suami curang

Nama*:linda
Tajuk*:suami curang
Message*:Salam ustaz..suami kantoi melayan pmpn lain dn sy cume sebut klu kite bpisah..suami trus ckp nnti kne g blk songkhla utk pengesahan cerai..adakah jtuh talak klu suami dh ckp cmtu?
File Upload:
Salam, ia tidak menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 115.164.215.16, 108.162.225.68

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 1, 2015

Soalan: ragu-ragu

Nama*:Amar
Tajuk*:ragu-ragu
Message*:adakah jatuh talak apabila suami ditanya kwn,lalu dia jawab dah bercerai..hanya untuk main2..hanya sebut "dah bercerai"
File Upload:
Salam

Lafaz 'dah bercerai' itu tidaklah menjatuhkan talak kerana tidak disebut jelas untuk menceraikan isterinya...

tk

Visitor IP: 121.120.126.20, 108.162.225.68

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA