Sunday, February 8, 2015

Soalan: Lafaz cerai

Nama*:N
Tajuk*:Lafaz cerai
Message*:Salam.

Ahad malam saya bergaduh dgn suami di dalam kereta, bila tak tahan saya keluar dari kereta dan dia pun keluar jg. Dia terlalu marah dan menyebut, "masuk kereta balik!" Saya tak mahu dan dia sebut "aku cerai kau, aku cerai kau!"

Dia tampar saya jadi saya terus berjalan tinggalkan dia. Maksud ayatnya ialah kalau saya tak masuk kereta balik dia akan ceraikan saya. 1)jatuh tak talak sebab katanya dia sgt marah tak dapat kawal perasaan tapi sbnrnya tak berniat nak ceraikan, dia mahu saya masuk ke dalam kereta saja. 2) dia sebut dua kali, jatuh talak dua kali atau sekali saja? 3) sy ada baca bila seseorang tu tgh dlm keadaan hilang akal/terlalu marah talak tak sah.. Sebab kami berdua seminggu sebelum itu baru buat rawatan secara islam dan ada gangguan sihir..

2) keesokkannya saya dan suami berbincang tentang lafaz cerai tu dan suruh dia cuba ingatkan ada tak lagi lafaz cerai lain dia pernah cakap bila bergaduh sebelum2 ni dan tak sengaja suami tercakap, "contoh, aku ceraikan kau.." Untuk ingat balik pergaduhan yg lama.. Sbb kami nk merujuk ke pejabat agama. Adakah jatuh talak juga walaupun takde niat tapi nak recall balik je?

Pada awal perkahwinan kami dua tahun lepas, kami pernah alami gangguan sihir yg teruk sampai bergaduh di hadapan ibu saya, dan suami pernah lafaz, kalau kau keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau. Dan saya keluar jgk. Adakah jatuh talak? Emosi kami memang sgt terganggu masa tu.

Persoalan terakhir.. Adakah jatuh talak tiga kalau semua lafaz yg saya kemukakan di atas? Kami sbnrnya cukup sayang hubungan ini dan tak pernah ada orang ketiga.. Terima kasih sudi menjawab
File Upload:

Salam

Secara zahirnya pada saya ia telah jatuh talak dengan lafaz yang jelas oleh suami. Sebutan dua kali talak boleh membawa kepada talak dua, kecualilah suami itu menyebut sedemikian sebagai keterangan kepada yang pertama, maka ia jadi talak satu. (Seperti diibaratkan, aku ceraikan kau dengan talak satu.. dan dia ulang balik sebagai penegasan; aku ceraikan engkau dengan talak satu)

Dalam sesi perbincangan suami ada menyebut contohnya; aku ceraikan kau... ia bukanlah satu lafaz cerai yang ditujukan untuk cerai/talak, maka tidak terjadi talak berkenaan.

Soal gangguan emosi dan hasutan syaitan, saya tidak dapat membuat kesimpulan di sini kerana ia susah hendak diukur. terpulang kepada keadaan suami dan isteri ketika itu, jika benar-benar mereka tidak sedar diri dan ia adalah rasukan syaitan hingga terkeluar lafaz talak, maka ia tidaklah menjatuhkan talak. (Orang gila tidak terkena taklif kepadanya, keadaan seperti orang gila juga tidak terkena taklif)..

Sila rujuk juga kepada mereka yang lebih arif dlm hal ini.
tk


Visitor IP: 14.1.200.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tersasul perkataan talak

Nama*:ramli din
Tajuk*:tersasul perkataan talak
Message*:niatnya nak sebut aku nak ceraikan isteri aku tu nak buat apa pulak... tetapi tersasul sebut aku ceraikan isteri aku tu nak buat apa pulak... niat tidaklah mahu menceraikan isteri tetapi tersasul sebut tanpa perkatan nak... adakah dikira jatuh talak?
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak, kerana talak itu terjadi dengan apa yang diniatkan dan ditetapkan di dalam hati.

tk

Visitor IP: 210.48.222.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kekeliruan Tentang Permasalahan Zihar

Nama*:Ana
Tajuk*:Kekeliruan Tentang Permasalahan Zihar
Message*:Salam Ustaz,

Saya ada beberapa kekeliruhan tentang zihar :

1) Anggota manakah yang dikira zihar? Saya ade terbaca beberapa pendapat...Ada yang mengatakan seluruh badan...Ada yang mengatakan hanya anggota aurat sesama mahram dan sebagainya sahaja...Yang mana satukah yang menjadi pegangan kita sebagai pengikut mazhad syafie?

2) Sudah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita, bila ade baby baru lahir, ramai yang akan cakap baby nie IKUT muka sebelah sekian-sekian...Jika yang bercakap itu adalah si bapa, adakah itu jugak dikira zihar?

3) Jika seorang isteri menyamakan dirinya sendiri dengan mahram suami, kemudian si suami cakap "ya" atau "betul", adakah perkataan "ya" atau "betul" itu dikira lafaz soreh? Ade pendapat yang mengatakan soreh...Ada pendapat yang mengatakan ianya kinayah yang mana perlukan niat...Yang mana satu yang betul ustaz?

4) Saya pernah terbaca "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Jamadilawal 1423 bersamaan 30 Julai 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Zihar Di Kalangan Umat Islam Melayu Di Malaysia. Alhamdulillah fatwanya: "Sekiranya suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya (orang yang haram dinikahinya) tanpa niat zihar dan untuk tujuan bergurau atau penghormatan maka ia tidak jatuh zihar, tetapi jika ada niat zihar, maka jatuhlah hukum zihar. Walaubagaimana pun budaya atau amalan seperti ini hendaklah dijauhi. "

Dari pemahaman saya berdasarkan ayat di atas, maksudnya tak kiralah lafaz soreh atau tak, sikiranya tiada niat, maka tidak jatuh zihar...Adakah betul pemahaman saya?

Apa yang dimaksudkan dengan penghormatan dalam ayat di atas?

Mohon penjelasan ustaz.

Terima kasih.
File Upload:

Salam

1. Anggota zihar seperti yang saya tahu adalah seluruh badan kecuali kuku dan rambut kerana kuku dan rambut neturenya sama sahaja pada semua orang.

2. Kes menyamakan bayi dengan iras bapa atau emak, ia tidaklah zihar. Zihar berlaku apabila suami menyamakan emaknya atau mahramnya dengan isteri dengan niat zihar atau niat benci dan jelek...

3. Kes ini tidak dikira zihar.

4. Zihar wujud dalam budaya Arab kerana kebencian kepada isteri yang buruk disamakan dengan pungggung emaknya yang kelihatan buruk (mcm tong beras.. op maaf).. dan ia tidak berlaku pada budaya kita. sebab itu kenyataaan fatwa ini dijelaskan seperti itu.

saya sependapat dengan fatwa berkenaan.

tk

Visitor IP: 183.171.174.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: benci pada suami yg curang dgn isteri org

Nama*:ieda
Tajuk*:benci pada suami yg curang dgn isteri org
Message*:Assalamualaikum ustaz,
saya seorg isteri yg dicurangi suami. dia berseronok dan bercinta dengan isteri orang. Dia berjanji utk tidak mengulanginya lagi tetapi dlm diam2 dia masih berhubung dengan wanita itu lagi.
1.Apakah hukum isteri yang curang ustaz?
2.Saya sudah tiada hati dengan lelaki yg saya kahwini, saya bertahan pun kerana anak2. Setp hari saya menangis dgn tindakan lelaki bernama suami itu. Sekarang yg timbul perasaan dendam dan benci padanya. Sabar, sabar, sabar...sedangkan hati sudah benci. Segala yg saya lakukan hanyalah kerana terpaksa.
Apa yg perlu saya buat ustaz
File Upload:

Salam

Susah nak beri pendapat.. kalau suami bercinta dengan janda atau anak gadis, saya minta dia kahwin sahaja.. tapi kalau dah buat hal dengan isteri orang, ini yang payah.. tak boleh dibuat apa.

Puan, puan usahalah bantu suami puan daripada terjebak dengan perzinaan seperti itu. ia sukar hendak diubah, tetapi tidak mustahil manusia itu boleh berubah. Pujuk dan bimbinglah dia ke jalan yang benar. mana tahu atas iktiar dan doa puan, dia kembali bertaubat.. Ataupun puan report je kpd polis dan pejabat agama ketika kejadian tu.. semoga dia insaf dengan perlakuan sumbangnya...

Soal benci dan dendam tu... beginilah.. masa marah memang kita benci, tetapi bila dia dah tak ada, baharu terkenang dan rasa memerlukannya. bersabarlah puan, buatlah tindakan yang lebih baik.. bantulah suami ke jalan yang benar.. hindarinya daripada dosa dan maksiat..

tk

Visitor IP: 183.171.173.208

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, February 7, 2015

Soalan: Rujuk cerai

Nama*:Amirul
Tajuk*:Rujuk cerai
Message*:Assalamualaikum Ustaz

Sy telah menceraikan isteri sy dengan talak 1 disebabkan Oleh isteri sy terlalu mengikut perintah emaknya sehingga tidak menghormati keputusan Saya...skrg isteri sy dalam iddah dan isteri Saya telah sedar dan berjanji Akan mentaati Saya..kami menpunyai seorang Anak..kami telah berbincang dan membuat keputusan untuk rujuk semula tetapi mendapat tentangan Dari keluarga Saya dan keluarga isteri Saya...sy menjadi buntu.. Pada pendapat Ustaz, perlukah Saya rujuk semula atau tidak..mohon pertolongan Ustaz...
File Upload:
Salam

Bagus juga gaduh gaduh sampai cerai.. paling tidak dia boleh menghargai erti kewujudan sebuah rumahtangga dan soal tanggungjawab masing-masing...

Pada saya, eloklah dirujuk semula dan kembalilah sebagai suami isteri. Cuma duduklah di rumah sendiri sama ada rumah sewa atau rumah sendiri.. pisahkan sedikit drp keluarga.. itu yang utama.

Bila suami mengajak isterinya utk rujuk maka rujuk itu adalah sah dan tidak boleh dibuat apa-apa lagi oleh keluarga. keluarga tidak ada hak untuk campur tangan dan tidak boleh membatalkan rujuk berkenaan.

tk

Visitor IP: 113.210.138.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, February 6, 2015

Soalan: amalan untuk murah rezeki

Nama*:Zati
Tajuk*:amalan untuk murah rezeki
Message*:salam ustaz,
Saya ingin bertanya amalan yang memurahkan rezeki
Kerana saya susah ingin mendapat kerja. Banyak perkerjaan yang saya
Mintak tapi masih tidak berhasil. Saya mula risau kerana takot berhutang lebih banyak nanti.

Terima kasih ustaz
File Upload:

Salam

kena rajin buat kerja, rajin bantu orang, ringan tangan pd kerja amal itu rahsia nak mudah dapat kerja.. Allah bagi kepada hambanya yang pemurah dan pemudahkan urusan orang lain.. percayalah..

banyakkan sedekah pun ok tu..



Visitor IP: 183.171.170.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak

Nama*:hani
Tajuk*:jatuh talak
Message*:assalam
sy nk tanya, bagaimana prosedur di mahkamah berkenaan penceraian, adakah mahkamah mengizinkan suami menceraiakn isteri sedangkan isteri ketika itu sedang hamil?? suami tidak lafaz cerai di luar mahkamah, akan tetapi ingin menceraiakn isteri. pohon penjelasan..
File Upload:
Salam

Di Mahkamah, biasanya mereka sedaya upaya mahu menyelamatkan perkahwinan. Itu pun yan gkita mahu.. bukannya nak bercerai.

Jika mahu bercerai mengikut prosidur mahkamah, kenalah bagi tahu - bertemu- pegawai berkenaan dan nyatakan keinginan saudara. Biasanya pegawai kaunselor yang akan membantu utnuk menangani kes ini..

Cerai boleh jatuh dan akan jatuh juga walaupun isteri sedang mengandung.. so, berhati-hati dengan perkataan cerai..

tk

Visitor IP: 14.1.210.71

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, February 5, 2015

Soalan: PERTANYAAN SAH CERAI

Nama*:iema
Tajuk*:PERTANYAAN SAH CERAI
Message*:Sekiranya suami sms 'AKU RELA LEPASKAN KAU' JANGAN LAH BUAT DOSA DIBELAKANG AKU. Suami ini seorang yang suke cakap yang bukan2 tanpa usul periksa dan sekiranya dia bermimpi yang bukan2, bila bangun dia akan pikir bukan2 dan cakap yang menyakitkan hati isteri seperti sms di atas. Adakah jatuh cerai tersebut. terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam

SMS seperti di atas tidaklah menjatuhkan talak..

bimbinglah suami agar dia tidka buat yang bukan-bukan lagi.. tak kan mimpi pun nak dijadikan fakta utk cerai...

hehe

Visitor IP: unknown,58.26.186.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA