Thursday, February 5, 2015

Soalan: taklik

Nama*:muhaimi
Tajuk*:taklik
Message*:Assalamualaikum Ustaz..ada satu persoalan, apakah dibolehkan bagi seorang isteri untuk menambah taklik dengan mensyaratkan agar suami tidak berpoligami...adakah taklik itu sah?dan adakah suami terikat akan taklik tersebut?

dan apakah pandangn jumhur ulama mengenai penambahan taklik tersebut...
File Upload:
Salam

Yang buat lafaz taklik ini adalah suami, bukannya isteri. Jika nak tambah taklik, kenalah suami yang buat, bukannya isteri yang suruh, apatah lagi jika isteri paksa tambah taklik itu ini, memang tak sah taklik itu..

Ini mesti tak nak bagi suami kahwin lagi.. hehe..



Visitor IP: 113.210.1.60

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, February 4, 2015

Soalan: jatuh talak

Nama*:nor
Tajuk*:jatuh talak
Message*:Assalammualaikum ustaz

Masalah sahabat saya ialah suami beliau bercadang untuk berkahwin baru dan isteri pertama telah maklum akan perkara tersebut


Tetapi baru-baru ini isteri pertama telah dimaklumkan oleh keluarga bakal isteri baru suami sahabat saya menyatakan bahawa suami beliau telah memaklumkan bahawa beliau telah lama bercerai dengan isteri pertama beliau padahal mereka masih sah sebagai suami isteri

Soalan saya apa status suami isteri sahabat saya, adakah jauh talaknya atau mereka masih sah sebagai suami isteri atau bagaimana

Harap ustaz dapat bagi pencerahan

Wassalam
File Upload:

Salam

Sahabat saya ke saya... he he

Pemakluman bahawa isteri pertama telah diceraikan seperti itu, tidaklah menjatuhkan talak kerana ia adalah satu penipuan (atau strategi) belaka.

dah cerah.. hehe..

Visitor IP: 60.53.146.68

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai taklik

Nama*:ina
Tajuk*:cerai taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz,
saya telah berkahwin di siam dan saya merupakan istri no 2. Saya dan suami saya tidak pernah menfailkan mana2 perkahwinan kami. Baru2 ini isteri pertamanya telah tahu dn memaksa suami saya untuk menceraikan saya. Bermacam-macam ugutan telah saya terima daripada isteri pertamanya hingga saya telah membuat keputusan sendiri.
Saya telah menelefon suami saya dan memberitahu suami saya agar tidak balik ke rumah saya dan jangan memberi nafkah terhadap saya selama 4 bulan agar trjatuhnya talak satu tetapi saya sesekali tidak redha akan keputusan saya ini. Suami saya hanya berdiam diri. Soalan saya ustaz

1. Adakah sah cerai taklik ini jika dilakukan atas permintaan isteri. Sekiranya suami saya menurut permintaan saya adakah ianya sah
File Upload:
Salam

Hehehe.. kelakar pula cadangan puan ni..

Dalam lafaz taklik (jika ada la) biasanya disebut, suami yang tak bagi nafkah 4 bulan berturut-turut dan isteri mengadu kepada hakim dengan RM1, maka boleh jatuh talak satu. itu lafaz taklik yang standard ada di Malaysia. Yang Thailand punya saya tak pasti.

Jika 4 bulan ditinggalkan suami, tetapi puan masih redha dan sabar, ia tidaklah menjatuhkan talak. Nak jatuh talak perlu ada ucapan talak daripada suami..

Bawalah bersabar dan usah diruntuhkan apa yang telah dibina, sama ada dibinanya itu di sini atau di luar negara.. hehe..



Visitor IP: 115.164.82.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 3, 2015

Soalan: Pertanyaan tentang syarat Wali hakim kerana ayah tidak mau datang untuk menjadi wali pernikahan saya

Nama*:hidayah
Tajuk*:Pertanyaan tentang syarat Wali hakim kerana ayah tidak mau datang untuk menjadi wali pernikahan saya
Message*:Assalamualaikum Ustaz

Soalan 1
Layakkah sy memohon wali hakim kerana ayah tidak mau datang untuk menjadi wali pernikahan saya?

Soalan 2
Cara-cara memohon wali hakim?

Soalan 3?
Ayah saya pernah cakap yang di akan mewalikan saya hakim sekiranya saya kirimkan dia wang sebanyak rm500? dan apa yang harus sy lakukan? *hanya minta pandapat ustaz apa yg harus sy buat untuk membolahkan sy nikah.

p/s: Harap ustaz dapat jawab dengan segara,Saya nak urus perkhawinan pun susah di sebabkan ayah x mau balik .terima kasih…
File Upload:
Salam

1. Jika wali benar tidak mahu menikahkan anaknya tanpa alasan syarie, maka bolehlah berwalikan wali hakim. kena beritahu wali hakim keadaan ini...

2. Jumpa pegawai berkenaan di pejabat agama atau Juru Nikah bagi sesetengah tempat atau Pak Imam yang bertauliah untuk menikahkan orang.

3. soalan ini tak berapa nak jelas... apa pun perlu segera membawa kes ini ke pengetahuan pejabat agama utk diselesaikan.

tk

Visitor IP: 202.162.7.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz taqlik

Nama*:mastura
Tajuk*:lafaz taqlik
Message*:salam ..

ini lafaz taklik yg telah dibaca oleh suami selepas akad nikah..


"saya dengan ini mengaku bahawa apabila saya meninggalkan isyeri saya selama tempoh empat bulan hijrah berterusan dengan sengaja tanpa nafkah, atau saya hilang kepada tempatyang tiada diketahui akan hidup atau matinya saya atau saya telah menyebabkan kecederaan kepada tubuh badannya, dan dia kemudian membuat pengaduan kepada Mahkamah Syariah dan Mahkamah selepas siasatan yang wajar mendapati ianya benar. maka jatuhlah atasnya satu talaq".


SOALAN SAYA :


SOALAN 1.

Salam ustaz...selepas akad nikah, pengantin lelaki akan membaca lafaz taqlik dan tandatangan... Masalah saya ialah: selepas 3 hari saya nikah, saya dengan sengaja tanya suami kandungan lafaz taqlik itu..masa tu kami dlm kereta dan suami yg drive...suami pun mengulang kembali lafaz itu seperti "saya(nama suami) apabila saya meninggalkan isteri saya (nama dan ic isteri ).................. tak beri nafkah zahir, nafkah batin, dan seterusnya.........".Saya dengar tapi macam khayal....lepas sampai dirumah, saya tanya balik pada suami "dalam borang taqlik tu tiada tulis tak beri nafkah zahir, nafkah batin & tadi abg lafaz ada tak sebut Jika dia mengadu kpd mahkamah dan mahkamah mendapati ianya benar, maka jatuhlah satu talak keatasnya".. Suami pun cakap entah mcm ingat2 lupa...saya pun yg dgr ni mcm ingat2 lupa... Apa hukum taqlik yang saya minta suami beritahu saya itu? Adakah diterima pakai..sbb saya dan suami lupa ada tak sebut ayat yg mahkamah tu.. Mohon pendapat ustaz...


SOALAN 2

Jika saya menghubungi mahkamah syariah melalui panggilan telefon dengan tujuan untuk bertanya soalan mengenai status lafaz cerai, adakah boleh disabit jatuh talak?


SOALAN 3

Jika saya hanya mengadu kepada mahkamah syariah melalui panggilan telefon yg suami pernah memukul saya, kemudian pegawai mahkamah hanya memberi pandangan/pendapat mengenai masalah saya, adakah ia boleh sabit jatuh talak? sebab saya hanya mengadu kepada mahkamah melalui panggilan telefon ..
File Upload:
Salam

1. terima pakai sahaja apa yang tercatat di dalam surat nikah. itu yang pasti dan bertulis. yang suami cakap ingat tak ingat tu tak perlu diendahkan..

2. nak tanya ttg talak, taklah jatuh talak pula...

3. mengadu ini boleh dengan panggilan telefon dan boleh bersemuka.. biasanya dalam lafaz taklik ada disebut dibayar rm1 maka jatuhlah talak.. jika ada, maknanya sekadar mengadu nak tanya hal keadaan, tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 203.106.159.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, February 2, 2015

Soalan: masalah rumahtangga

Nama*:niza
Tajuk*:masalah rumahtangga
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Maaf sekiranya saya mengganggu,saya ingin menanyakan 1 soalan mengenai masalah rumah tangga. Saya berharap saya dpt nasihat dan tips utk saya selesaikan masalah ini.

Saya telah berkahwin selama 3thn. Saya merupakan anak yatim piatu manakala suami saya pula anak yatim. Kami tinggal bersama-sama ibu mertua saya. Pada awal perkahwinan segala2 berjalan dgn lancar.

Masalah yg timbul, saya dgn ibu mertua saya tidak serasi. I berlaku semenjak ibu mertua saya selalu menyindir suami; saya di blkg suami saya. Ini kerana suami saya merupakan anak bongsu yg pernah melalui jalan hitam. Mgkn ini faktor2 yg ibu mertua saya selalu kutuk anak sendiri tetapi di blkg anak nya. Ini menyebabkan hubungan saya dgn ibu mertua terus renggang.

Keadaan menjadi semakin kritikal apabila, sekarang, kedua2 abg ipaq saya yg duda tinggal serumah dgn ibu mertua dan suami serta saya. Apa yg perlu saya buat?
 
File Upload:
Salam

Susah hidup serumah dengan orang tua ni, jika mak bapa tak marah, ada pula adik beradik yang cemburu dan tak suka..

Cuba usahakan tinggal berasingan daripada mertua. sewa rumah atau berhijrah ke tempat lain yang lebih baik dan aman.. nak gaduh biar antara suami isteri shj, usah dilibatkan orang lain yang tentunya lebih menyukarkan keadaan.

berhijrah itu lebih baik.

tk

Visitor IP: 58.27.41.231

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: SUAMI TIDAK SUKA MAK MERTUA BEGITU JUGA SEBALIKNYA

Nama*:AIRIN
Tajuk*:SUAMI TIDAK SUKA MAK MERTUA BEGITU JUGA SEBALIKNYA
Message*:SALAM EN,
SAYA DALAM DILEMA, SEMALAM SUAMI SAYA BERTERUS TERANG SEBAB DIA SELALU MARAH KALAU SAYA TANYA APA2 BERKENAAN KELUARGA SAYA PADA DIA. DIA CKP DIA SELALU MARAH2 SEBAB DIA RASA MAK SAYA TAK SUKAKAN DIA.DIA XNK BALIK KAMPUNG SEMENTARA WAKTU SBB DIA TAKUT XIKHLAS BALIK DAN TAKUT TERKELUAR PERKATAAN TAK ELOK PADA MAK SAYA. SUAMI SAYA JUGA JENIS PANAS BARAN ENCIK. BILE DIA MARAH SY SELALUNYA MESTI PASAL HAL KELUARGA SAYA DIA KATA MCM2 PADA SAYA. NAK CARI PEREMPUAN LAIN LA, BENGONG LA, KAU AKU DGN SAYA. DAN ADALAH PERKATAAN LAIN, YANG AMAT AMAT MENYAKITKAN HATI SAYA. SAYA RASA MACAM XDA PERASAAN SAYANG PADA DIA LAGI USTAZ. SAYA DH JADI ISTERI YANG SOLELAHAH MENGIKUT SEGALA KEHENDAK DIA. TP SAYA RASA XBOLE SAYANGKAN DIA LAGI. APA YANG PERLU SY BUAT ENCIK. MINTA PANDANGAN.
File Upload:

Salam..

Semua pasangan suami isteri ada masalahnya. tak pernah yang sunyi aman damai. ada je gelodak yang terhambur, cuma kenalah pandai cover apa yang patut..

Jika suami tidak suka keluarga kita, tak apa.. usah dipaksa yang penting dia suka dan sayang pada puan dahulu.. pujuklah dia untuk mengasihi sesiapa sahaja, tidak kira emak mertua atau orang tua dan sesiapa sahaja... itu yg lebih baik.

buat masa ini, usah balik dulu ke rumah emak puan, jika itu yang menjadi puncanya.. tenangkan dahulu semoga ada hati yang lembut akan kembali bertaut..


Isteri solehah kenalah banyak sabar.. banyak doa dan tawakalnya...

Visitor IP: 103.245.88.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kepastian talak

Nama*:fara
Tajuk*:kepastian talak
Message*:salam ustaz,sy nak bertanya pada 24/1/2015 saya ada bergaduh dengan suami dan suami telah melafazkan LAHIR SAHAJA ANAK INI JATUH TALAK 1 sekarang ini saya tengah menunggu hari untuk bersalin..sy nak bertanya talak itu nak dikira talak apa?dan bolehkah talak itu ditarik balik atau suami melafaz rujuk semula sebelum saya bersalin..mohon ustaz dapat menjawab soalan saya..
File Upload:
Salam

Ya Allah zalimnya suami puan... kasihan pada anak, kasihan pada puan..

Ia sejenis talak taklik yang akan berlaku bila terjadinya kes itu. Bila bayi dilahirkan, akan terjatuhlah talak.

Kebanyakan ulama mengatakan lafaz taklik tidak boleh ditarik balik, dan ada juga yang mengatakania boleh ditarik balik. Saya berpendapat, ia boleh ditarik balik kerana perkara itu pun belum terjadi lagi (belum dilahirkan)

Rujuk tidak boleh berlaku di sini kerana talak tidak terjadi lagi..

Mohon damaikan semula hubungan puan suami isteri.. moga anak yang lahir membawa rahmat kpd keluarga...

tk

Visitor IP: 103.1.71.183

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA