Wednesday, November 5, 2014

Soalan: persoalan

Nama*:shaker ahmad
Tajuk*:persoalan
Message*:salam ustaz,
dalam pergaduhan dengan isteri tadi melalui whatssap tadi. isteri minta cerai. saya tulis CERAI, sebagai tanda tanya balik pada dia. selepas ayat itu saya tulis NO NO. tanda tak mau cerai, tapi isteri beranggapan dia dah diceraikan.
walhal, niat ayat hanya bertanya balik dan disusul dengan menidakkan permintaan (NO NO). berceraikah dengan ayat yang tergantung begitu tanpa niat ayat untuk menceraikan. terima kasih
File Upload:

Salam

Ia tidak menajtuhkan cerai kerana saudara seabgai suami tidak berniat untuk cerai sebaliknya dengan tujuan satu penegasan atau pertanyaan..

Hak cerai ada pada tangan suami, bukan isteri..

tk

Visitor IP: 218.111.247.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 4, 2014

Soalan: poligami

Nama*:raudah
Tajuk*:poligami
Message*:apakah hukumnya saya sebagai isteri tidak mahu berpoligami. perkahwinan sudah 8 tahun, kami mempunyai 4 orang zuriat. saya surirumah sepenuh masa.
File Upload:
Salam

Puan boleh menolak dipoligami dengan sebab yang benar seperti kemampuan suami, kemampuan puan dan sebagainya. Namun puan tidak terdaya sebenarnya menolak kemahuan suami yang mahu juga berpoligami.

CUba lihat poligami dari sudut yang positif, jika boleh berbuat demikian.. hehe...

tk

Visitor IP: 118.100.14.57

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Rujuk sah atau tidak

Nama*:Adnan
Tajuk*:Rujuk sah atau tidak
Message*:Assalammualaikum...

saya dan isteri telah bercerai..dan telah membuat pengesahan penceraian di mahkamah...

dalam tempoh idah saya ada berkata kepada isteri "abang sayangkan syg.." dengan niat ingin rujuk dan kembali seperti dahulu...adakah di kira rujuk...adakah rujuk berlaku
File Upload:
Salam

Nak rujuk kenalah cakap rujuk terang-terang.. seperti juga nak nikah disebutkan nikah dengan jelas...

Sayang sayang tu boleh juga dikira rujuk tetapi hendaklah dengan niat dan tindakan yang benar-benar merujuk...

tk

Visitor IP: 14.1.193.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ingin mendapat kepastian lafaz takliq

Nama*:Hisyam
Tajuk*:Ingin mendapat kepastian lafaz takliq
Message*:Saya Hisyam dari Banting, permasalahan saya, pagi semalam saya telah bertengkar dengan isteri saya. Kemudian isteri saya berkata dia akan keluar pergi tanpa pengetahuan saya.
Jadi dalam keadaan terlalu marah dan tidak sedar saya telah berkata "jika awak keluar dari rumah ini tanpa izin abang, jatuh talak satu" Saya berkata dalam keadaan saya hilang pertimbangan diri. Dalam pada masa yang sama, saya telah beristigfar dan solat sunat taubat bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Jadi, saya runsing, adakah lafaz takliq yang saya sebegitu sah? Saya ingin isteri saya jalani kehidupan seperti biasa dan keluar rumah seperti biasa. Apa yang perlu saya lakukan? Jika lafaz saya diambil kira, bolehkah saya ubah kata-kata saya "saya membenarkan isteri saya keluar seperti hari--hari biasa"? Apa tindakan yang perlu saya lakukan? sampai bila isteri saya akan tergantung dengan takliq tersebut jika ianya sah?
File Upload:
Salam..

Kebanyakan ulama mengatakan taklik tidak boleh ditarik balik..

Dalam kes ini, terang saudarakan katakan keluar rumah tanpa izin... so.. selepas baik kembali, saudara sudah izinkan dia keluar rumah.. pada saya tidaklah ia menjatuhkan talak taklik. Tetapi jika dia keluar lagi tanpa izin saudara/ suami, maka jatuhlah talak..

senang nak cerita, saudara izinkan dahulu dia nak keluar ke mana pun.. kerana ia tidak menganggu dengan taklik yang disebut.

tk

Visitor IP: 122.129.120.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz taklik

Nama*:Amirul
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:Salam ustaz,
Sebelum berkahwin sy ada 2 perempuan untuk di kahwini dan setelah berbincang mereka setuju bermadu. Selepas berkahwin dengan isteri, sy membuat urusan perkahwinan seterusnya, tanpa di duga timbul masalah dlm urusan tersebut dan dlm masa yg sama juga bakal isteri kedua telah di tunangkan dengan org lain oleh keluarganya. Apabila sy tahu akan hal tersebut, sy terkejut, marah dan stress. Terus sy menghubungi isteri dan memberitahunya jika dia (bakal isteri kedua) sah jd isteri org lain maka jatuh talak 1 bie dan ayg... setelah beberapa bulan dia telah berkawin dgn tunangnya. Adakah jatuh talak antara sy dan isteri sy?
File Upload:
Salam

Punah betul lah awak ni.. kenapa orang lain kahwin awak nak gadaikan perkahwinan awak pula...

Oleh kerana itulah lafaz taklik yang dibuat, maka jatuhlah talak ke atas isteri saudara dengan talak satu setelah perempuan lain itu berkahwin...

Saudara kena tinggalkan isteri saudara dan boleh dirujuk dalam tempoh edah, jika masih ada tempohnya...

tk

Visitor IP: 183.171.173.76

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, November 2, 2014

Soalan: ragu tentang ucapan suami

Nama*:izah
Tajuk*:ragu tentang ucapan suami
Message*:salam ustaz, saya ada baca dalam ruangan soal jawab ustaz.
Situasi :
suami isteri ni gaduh..kemudian suami cakap kpd isteri ayat ni : " Pergi mampus sama kau"..!!
Ustaz ada mengatakan ia merupakan lafaz kinayah bagi cerai..
Tapi saya terdengar di slot mutiara ilmu di Radio, ustaz tersebut berkata itu.bukan lafaz kinayah, tapi itu sumpah serana ( ayat kasar yg seperti mendoakan keburukkan ).
Mohon ustaz jelaskan boleh tak? keliru..
Sekarang byk kes bila gaduh, sebut ayat kasar mcm diatas...
File Upload:

Salam.. Ia memang boleh jadi lafaz kinayah dari kata seranah seperti itu.. Jika suami tiada niat apa-apa ttg cerai, maka ia tidak menjejaskan perkahwinan puan..

Cuma ajarlah dan bantulah suami berbudi bahasa sikit.. hehe..

Visitor IP: 203.106.159.182

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:leeza
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:assalam ustaz..

sy mahu bertanya; sy dan suami bergaduh kemudian dalam sms, suami berkata nanti settle di mahkamah dan kita berpisah je.. jatuh tak talak ke atas saya?
File Upload:
Salam..

Ia tidak jatuh talak lagi kerana tiada lafaz talak cerai yang jelas di sini..

tk

Visitor IP: 202.60.56.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: rujuk

Nama*:Shahrul
Tajuk*:rujuk
Message*:Salam, sy ingin bertanya tentang rujuk. sy telah bercerai dan lafazkan talak satu(1) kemudian sy myesal atas perbuatan sy,sy ingin rujuk namum isteri sy tidak setuju?
dalam tempoh edah, kami duduk sekali namum tidur berasingan.masalah yg timbul sekarang, mertua duduk skali dlm tempoh edah...ia amat sukar buat sy untuk pujuk isteri sy kembali kpd sy..ia menjadi halangan yg amat besar buat diri sy, bagaimana sy atasi nya?

"Tidak dihalalkan bg seorang isteri yg beriman kepada Allah untuk mgizinkan seseorng masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang: ( Hadith riwayah Hakim) minta penjelasan dr pihak Tuan.

sy telah minta bantuan dr pihak tengah untuk dibincangkan hal ini..tapi tidak ada hasilnya,mertua masih duduk rumah kami dan rasa tiada pravasi untuk sy(suami) untuk pujuk isteri kembali.

kalau sy rujuk tanpa pgetahuan isteri apakah prosesnya?
firman Allah SWT yang bermaksud: Maka apabila mereka telah mendekati akhir idah, rujuklah mereka dengan cara yang makruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang makruf (baik). (at-Talaq :2)
sy cuma ingin kembalikan hubungan kami sbagai suami isteri. minta penjelasan dr pihak tuan.

terima kasih.

Shah
File Upload:

Salam..

Rujuk tidak memerlukan persetujuan isteri... so, apabila suami melafazkan rujuk, maka rujuk itu sah walaupun mertua dan isteri berhalangan..

Ajak dan bawalah isteri out station jauh sikit.. bincang di sana, jangan bincang depan mak mertua.. tentu ada yang tidak beres, terkawal begitu...

bawalah berbincang dengan isteri..dia tu kan amanah kita.. apa-apa hal pun tetap tanggungjawab kita juga... hehe...

Visitor IP: 175.141.248.50

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA