Tuesday, October 7, 2014

Soalan: rujuk semula

Nama*:onieda_1978@hotmail.com
Tajuk*:rujuk semula
Message*:assalammualikum ustaz..
soalan saya..
suami saya telah mlafazkan talaq berbunyi jika i mnm arak maka jatuh talaq ketika mabuk pada tahun 4 tahun yg làlu..dh secara xlangsung sebulan yg lalu suami saya telah mneguk arak..
1.adakah sah talaq tersebut
selepas kejadian tu suami saya telah memohon maaf pada saya dan ingin merujuk semula..kami telah pun bersetubuh.
2.adakah sah cara mrujuk tersebut
3.kami tidak mlaporkan kpd mahkamah syariah krn mnurut salah seorg pegawai dsana berpangkat ustazah mgatakan bhwa talaq tersebut sah jatuh dan pabila mdgr bhwa kami telah bersama beliau bkata secara xlangsung kami telah mrujuk dan tidak perlu mdaftar penceraian atau rujuk semula
File Upload:

Salam..


Ini yang dikatakan sebagai lafaz taklik iaitu dikaitkan sesuatu perbuatan dengan talak. Lafaz taklik ini sah dan jatuh talak setelah dia melanggar taklik (minum arak).

Rujuk juga adalah sah. Sah apabila suami mengajak puan untuk kembali bersama sebagai suami isteri (seperti minta maaf dan ajak kembali berdamai). Perbuatan bersetubuh tidaklah dikira rujuk jika tiada ajakan untuk rujuk - ajak kembali bersama - itu tidak ada.

Pendaftaran di mahkamah adalah untuk formality sahaja. Hukum tetap ada hukumnya walaupun tidak didaftarkan di mana-mana pejabat.

tk


Visitor IP: 113.210.133.220,8.37.227.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah ia lafaz kinayah bagi cerai

Nama*:murni
Tajuk*:adakah ia lafaz kinayah bagi cerai
Message*:Salam ustaz..
Saya bergaduh dgn suami dan suami berkata kepada saya
"Pergi mampus sama kau"..!
Adakah ayat itu merupakan lafaz kinayah bagi cerai?
Tk
File Upload:
Salam..

pergi mampus lah kau.. hehe.. ganas tu..

Ginilah.. ia lebih kepada lafaz marah seorang suami tanpa menyebut ttg talak, so ia tidaklah jadi talak.

Kecualilah suami berniat untuk cerai dan disebutkan lafaz berkenaan, maka ia boleh menjatuhkan talak. kena tanyakan suami ttg niatnya semasa lafaz itu disebut..

tk


Visitor IP: 203.106.158.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 5, 2014

Soalan: hukum suami cakap " abang tinggalkan dyana ".

Nama*:dyana
Tajuk*:hukum suami cakap " abang tinggalkan dyana ".
Message*:Salam usta
File Upload:

Salam..

Jika suami berniat dan ada tujuan untuk cerai, maka ia boleh menjatuhkan cerai. Tetapi jika ia tidak ada niat, tidaklah ia menjatuhkan cerai... kena bertanyakan suami ttg hal ini..


tk

Visitor IP: 203.106.158.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah ia lafaz kinayah bagi cerai

Nama*:masitah
Tajuk*:adakah ia lafaz kinayah bagi cerai
Message*:Salam ustaz..saya merajuk sebab suami tak balik rumah.mak ayah saya semasa aidiladha kelmarin...
Saya buat muka masam supaya suami tahu perasaan saya. Suami kata kepada saya " nak balik kampung awak tak"?.
Saya hanya diam dan cakap kalau balik harini, esok kena balik sini balik..hmm sekejap sgt..
Kemudian suami pun berkata " abang tinggalkan mas "..
2 hari je ...
Maksud suami ialah dia nak saya tinggal kat rumah mak ayah saya selama 2 hari, kemudian dia akan jemput saya balik semula.
Soalan saya : apa hukum suami cakap " abang tinggalkan mas"..
Adakah ayay tersebut merupakan lafaz kinayah bagi talak?
File Upload:
Salam..

Udah ler tu puan.. tak kan semua benda nak dikaitkan dengan cerai dan talak..

Fahma je lah pada maksud zohor lafaz berkenaan iaitu dia meninggalkan puan seketika.. bukan utk cerai..

Udah ler tu.. Islam tidak pernah menyusahkan manusia, hanya kita yang susah susahkan..

tk

Visitor IP: 203.106.158.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai rujuk cerai rujuk cerai lagi

Nama*:laila isabela
Tajuk*:cerai rujuk cerai rujuk cerai lagi
Message*:salam ya ustaz.

Situasi dibawah ini adalah rententan lafaz2 cerai yang dibuat oleh suami kepada isterinya .

kes 1 - suami melafazkan cerai , dgn berkata " aku ceraikan kau lah ' selang seminggu , suami melafazkan rujuk , abang rujuk dgn sayang .

Kes 2 - Suami melafazkan cerai , dgn berkata " kau memang nak sagt aku ceraikan kau " , selang takberapa jam selepas itu. Suami melafazkan rujuk .

Kes 3 - Suami melafazkan cerai tanpa jelas , isteri cuma mendengar perkataan cerai dari suami , dan tidak pula meminta suami mengulang ayatnya kembali. Tetapi si isteri ada berkata pada suami kalau abang cerai kali nie kali ke tiga lah talak tiga tau tak. Isteri pada masa ini hamil 7 bulan.

soalan : apakah status pasangan suami isteri nini adakah mereka sudah jatuh talak 3. yang melibatkan kes dalam situasi ketiga.

terima kasih
File Upload:
Salam

1. Telah jatuh talak satu dan dirujuk kembali.. bererti telah berlaku satu talak.

2. Ia tidak jatuh talak sebab lafaz itu tidak jelas dant idak disebutkan talak secara sah. Tidak berlaku talak kedua (masih dalam talak satu) Rujuknya juga tidak sah sbb tiada cerai...

3.  keadaan ini perlu dipastikan, apa sebenarnya disebut suami. Puan minta penjelasan sama ada suami menceraikan puan atau hanya sebut eg. kalau aku ceraikan engkau padam muka kau.... kerana lafaz Kalau kalau tu, tak jatuh talak lagi.. sila dapatkan penjelasan daripada suami.

Pada kes ini, saya berpendapat telah jatuh talak 1 dan telah dirujuk.

tk


Visitor IP: 60.48.166.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:eqien
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:Kami ad bergaduh dan suami ad msg sy 'ak nk cerai a dgn ko'...
Sy rase dh jatuh talak pada sy.. Sy ad berbincang dgn suami, die bgtau die btl2 tk tau yg akan jatuh talak kalau die msg mcm tu.. Dan die bgtau die tiada niat utk ceraikan sy.. Ustaz blh tlg jelaskan hal nie.. Samada talak telah jtuh atau tidak
File Upload:
Salam

Mesej berkenaan 'Ak nak cerai dengan kau' adalah tidak jelas dan ia tidak menjatuhkan talak. Perkataan NAK itu seakan bermaksud 'akan datang' dan suami juga tiada niat utk cerai, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan cerai..


tk

Visitor IP: 183.171.162.94

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, October 4, 2014

Soalan: MUSKIL DENGAN UCAP CERAI

Nama*:AISYAH
Tajuk*:MUSKIL DENGAN UCAP CERAI
Message*:saya ada masalah rumahtangga hampir setahun lebih..tiga empat bulan lepas...suami kerap ucap

1. " klu macam nie gayenye..baik bercerai aje...tp ingat... bila dah cerai..nafkah anak abang tk bg sebab tak mampu"
2. " klu abang cerai kan awak.."

itu lah sering kali dia cakap bila dia marah atau tak puas hati kat saya...lebih dari 10 kali dia cakap mcm tu...dia lafaz kata-kata tu dalam keadaan yang waras...saya tak ambil peduli sebelum nie apa dia cakap..tapi sebulan lepas..saya ada terbaca dekat suratkhabar berkaitan kes mcm saya nie..ustaz tu suruh rujuk pejabat agama...itu membuatkan saya untuk bertanya dahulu berkaitan perkara ini...suami saya ini terlalu cemburu...macam-macam dituduh saya..
minta tolong penjelasan dari ustaz dahulu berkenaan kemuskilan saya ini....terima kasih
File Upload:

Salam

Ungkapan suami yang sering sebut cerai itu memang tidak bagus, tidak wajar. Cerai tidak boleh dibuat mainan atau ugutan apabila bergaduh..

Lafaz di atas dikaitkan dengan KALAU macam ni... pada penadapat saya, ia tidak menjatuhkan talak. KALAU tu adalah satu perkaitan dan bukan lafaz terang utk talak.

tk

Visitor IP: 1.9.103.152

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 2, 2014

Soalan: mandi wajib

Nama*:rinawati
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Salam ustaz...saya mandi wajib guna shower..saya cangkung bawah shower sambil gosok badan...sah tak mandi wajib saya jika saya gosok kuku jari tangan dengan menjulurkan lengan tangan dimana air shower kena badan tapi tak kena kuku tangan ...maknanya masa gosok kuku tu, air tak kena..kuku masih kering tak basah sgt...kemudian lepas tu saya cepat cepat kenakan air pada kuku tu...sah tak mandi wajib saya ustaz?
File Upload:
Syarat mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh anggota badan, kalau dah mandi guna shower tu, sahlah mandinya... kan airnya bersih (mutlak) yang turun dari atas tu..

Udah ler tu.. kenapalah tak pandai pandai lagi dng mandi wajib ni.. tu lah.. masa sekolah dulu awak tidur je... hehe.. sori.. petang ni nak lepas sikit..

selamat beramal...

tk



Visitor IP: 1.9.103.133

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA