Sunday, October 5, 2014

Soalan: adakah ia lafaz kinayah bagi cerai

Nama*:masitah
Tajuk*:adakah ia lafaz kinayah bagi cerai
Message*:Salam ustaz..saya merajuk sebab suami tak balik rumah.mak ayah saya semasa aidiladha kelmarin...
Saya buat muka masam supaya suami tahu perasaan saya. Suami kata kepada saya " nak balik kampung awak tak"?.
Saya hanya diam dan cakap kalau balik harini, esok kena balik sini balik..hmm sekejap sgt..
Kemudian suami pun berkata " abang tinggalkan mas "..
2 hari je ...
Maksud suami ialah dia nak saya tinggal kat rumah mak ayah saya selama 2 hari, kemudian dia akan jemput saya balik semula.
Soalan saya : apa hukum suami cakap " abang tinggalkan mas"..
Adakah ayay tersebut merupakan lafaz kinayah bagi talak?
File Upload:
Salam..

Udah ler tu puan.. tak kan semua benda nak dikaitkan dengan cerai dan talak..

Fahma je lah pada maksud zohor lafaz berkenaan iaitu dia meninggalkan puan seketika.. bukan utk cerai..

Udah ler tu.. Islam tidak pernah menyusahkan manusia, hanya kita yang susah susahkan..

tk

Visitor IP: 203.106.158.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai rujuk cerai rujuk cerai lagi

Nama*:laila isabela
Tajuk*:cerai rujuk cerai rujuk cerai lagi
Message*:salam ya ustaz.

Situasi dibawah ini adalah rententan lafaz2 cerai yang dibuat oleh suami kepada isterinya .

kes 1 - suami melafazkan cerai , dgn berkata " aku ceraikan kau lah ' selang seminggu , suami melafazkan rujuk , abang rujuk dgn sayang .

Kes 2 - Suami melafazkan cerai , dgn berkata " kau memang nak sagt aku ceraikan kau " , selang takberapa jam selepas itu. Suami melafazkan rujuk .

Kes 3 - Suami melafazkan cerai tanpa jelas , isteri cuma mendengar perkataan cerai dari suami , dan tidak pula meminta suami mengulang ayatnya kembali. Tetapi si isteri ada berkata pada suami kalau abang cerai kali nie kali ke tiga lah talak tiga tau tak. Isteri pada masa ini hamil 7 bulan.

soalan : apakah status pasangan suami isteri nini adakah mereka sudah jatuh talak 3. yang melibatkan kes dalam situasi ketiga.

terima kasih
File Upload:
Salam

1. Telah jatuh talak satu dan dirujuk kembali.. bererti telah berlaku satu talak.

2. Ia tidak jatuh talak sebab lafaz itu tidak jelas dant idak disebutkan talak secara sah. Tidak berlaku talak kedua (masih dalam talak satu) Rujuknya juga tidak sah sbb tiada cerai...

3.  keadaan ini perlu dipastikan, apa sebenarnya disebut suami. Puan minta penjelasan sama ada suami menceraikan puan atau hanya sebut eg. kalau aku ceraikan engkau padam muka kau.... kerana lafaz Kalau kalau tu, tak jatuh talak lagi.. sila dapatkan penjelasan daripada suami.

Pada kes ini, saya berpendapat telah jatuh talak 1 dan telah dirujuk.

tk


Visitor IP: 60.48.166.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:eqien
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:Kami ad bergaduh dan suami ad msg sy 'ak nk cerai a dgn ko'...
Sy rase dh jatuh talak pada sy.. Sy ad berbincang dgn suami, die bgtau die btl2 tk tau yg akan jatuh talak kalau die msg mcm tu.. Dan die bgtau die tiada niat utk ceraikan sy.. Ustaz blh tlg jelaskan hal nie.. Samada talak telah jtuh atau tidak
File Upload:
Salam

Mesej berkenaan 'Ak nak cerai dengan kau' adalah tidak jelas dan ia tidak menjatuhkan talak. Perkataan NAK itu seakan bermaksud 'akan datang' dan suami juga tiada niat utk cerai, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan cerai..


tk

Visitor IP: 183.171.162.94

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, October 4, 2014

Soalan: MUSKIL DENGAN UCAP CERAI

Nama*:AISYAH
Tajuk*:MUSKIL DENGAN UCAP CERAI
Message*:saya ada masalah rumahtangga hampir setahun lebih..tiga empat bulan lepas...suami kerap ucap

1. " klu macam nie gayenye..baik bercerai aje...tp ingat... bila dah cerai..nafkah anak abang tk bg sebab tak mampu"
2. " klu abang cerai kan awak.."

itu lah sering kali dia cakap bila dia marah atau tak puas hati kat saya...lebih dari 10 kali dia cakap mcm tu...dia lafaz kata-kata tu dalam keadaan yang waras...saya tak ambil peduli sebelum nie apa dia cakap..tapi sebulan lepas..saya ada terbaca dekat suratkhabar berkaitan kes mcm saya nie..ustaz tu suruh rujuk pejabat agama...itu membuatkan saya untuk bertanya dahulu berkaitan perkara ini...suami saya ini terlalu cemburu...macam-macam dituduh saya..
minta tolong penjelasan dari ustaz dahulu berkenaan kemuskilan saya ini....terima kasih
File Upload:

Salam

Ungkapan suami yang sering sebut cerai itu memang tidak bagus, tidak wajar. Cerai tidak boleh dibuat mainan atau ugutan apabila bergaduh..

Lafaz di atas dikaitkan dengan KALAU macam ni... pada penadapat saya, ia tidak menjatuhkan talak. KALAU tu adalah satu perkaitan dan bukan lafaz terang utk talak.

tk

Visitor IP: 1.9.103.152

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 2, 2014

Soalan: mandi wajib

Nama*:rinawati
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Salam ustaz...saya mandi wajib guna shower..saya cangkung bawah shower sambil gosok badan...sah tak mandi wajib saya jika saya gosok kuku jari tangan dengan menjulurkan lengan tangan dimana air shower kena badan tapi tak kena kuku tangan ...maknanya masa gosok kuku tu, air tak kena..kuku masih kering tak basah sgt...kemudian lepas tu saya cepat cepat kenakan air pada kuku tu...sah tak mandi wajib saya ustaz?
File Upload:
Syarat mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh anggota badan, kalau dah mandi guna shower tu, sahlah mandinya... kan airnya bersih (mutlak) yang turun dari atas tu..

Udah ler tu.. kenapalah tak pandai pandai lagi dng mandi wajib ni.. tu lah.. masa sekolah dulu awak tidur je... hehe.. sori.. petang ni nak lepas sikit..

selamat beramal...

tk



Visitor IP: 1.9.103.133

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ok, becerailah kalau mau. adakah jatuh talak

Nama*:aman
Tajuk*:ok, becerailah kalau mau. adakah jatuh talak
Message*:Salam ustaz, sye pernah bergaduh dengan isteri namun hanya d dalam sms. Smasa bergaduh, istri tulis, ok, klo nak berpisahlah. Sye dgn rse marah menaip masalah yg terbuku di hati melalui sms, dgn tak disangka diakhir sms tersebut, "ok, becerailah klo nak". Dengan tangan yg tengah mengigil kerana marah di dalam hati yg tgh meluap2. Namun hanya membaca sms sye sndiri dua dan tiga kali barulah sye sedar sye menulis diakhir msg sebegitu dan trus beristighfar. Apakah jatuh talak ustaz, mohon pencerahan.
File Upload:
Salam

SMS adalah membawa hukum. Mesej OK BERCERAILAH KALAU NAK'... adalah satu tawaran cerai kepada isteri. Jika isteri kata YES atau OK sahaja, maka jatuhlah talak. Tapi jika isteri diam dan tak jawab apa-apa, maka ia tidak jatuh talak...

tk

Visitor IP: 14.1.193.171

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib bagi perempuan

Nama*:diana
Tajuk*:mandi wajib bagi perempuan
Message*:Assalammualaikum tuan,
Saya ada beberapa soalan yang ingin ditanya mengenai mandi wajib bagi wanita.

1. Jika perempuan haid/nifas/jimak,... bolehkah mandi wajib dengan hanya berniat " Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala".?

2. Sah tak jika semasa mandi wajib, kita terbuang air kecil ( kencing ) samada dengan segaja atau tidak?

3. Sah tak mandi wajib jika kita mandi biasa dahulu seperti shampoo rambut, sabun badan, gosok gigi....Kemudian baru memulakan mandi wajib..

4. Umumnya kita tahu apabila seseorang wanita itu mencapai klimaks, farajnya akan terasa kembang kemut dan terasa nikmat / sedap. Semasa aya mandi wajib, saya ada menyentuh faraj / kemaluan dengan niat untuk meratakan air di bahagian tersebut. Semasa sedang menyentuh faraj, terasa macam nak klimaks tapi tak tak sampai ( faraj tidak rasa berdenyut / tidak rasa nikamt , cuma rasa nak terkencing sahaja ) mungkin ia hanya mukadimah sahaja.
Sah tak mandi wajib saya jika saya YAKIN yang saya tak klimaks dan tidak keluar mani@ faraj tidak rasa berdenyut?

Tambahan soalan, jika selepas bersama suami, dan semasa mandi wajib saya sentuh faraj dengan niat nak ratakan air, situasi seperti soalan ke 4 tadi, cuma bezanya KELEUAR SISA AIR MANI TANPA RASA SYAHWAT/NIKMAT, CUMA TERASA NAK KENCING, Sah tak mandi wajib saya..?
File Upload:
Salam

1. Ia boleh berniat seperti itu.. mandi hadas besar krn Allah.. sah..

2. mandi wajib sah, cuma kena berwuduk ajelah.. utk solat dll

3. mandi wajib boleh bersampu boleh bersabun boleh berskrap dan apa sahaja asalakan air merata ke seluruh tubuh..

4. Mandi aje sekali lagi kalau dah rasa keluar mani dan ada klimaksnya..



Visitor IP: 203.106.159.246

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: BAGAIMANA samak barangan elektrik 2nd hand

Nama*:NUR ATIKAH
Tajuk*:BAGAIMANA samak barangan elektrik 2nd hand
Message*:Assalamualaikum w.b.t ustaz,

saya seorang pekerja sementara di sebuah kedai yang menjual barangan elektrik 2nd hand.

soalan saya,

1)Adakah perlu saya samak barangan yang tidak pasti asal usulnya iaitu peti ais dan juga mesin basuh(mungkin owner sebelum ni memakai pakaian yang terkena najis seperti anjing kemudian basuh baju mereka ke dalam mesin basuh ini)?


2) Apakah hukum jika saya menjual barangan tersebut kepada masyarakat Islam yang lain?

3) Bagaimana pula dengan pendapatan yang akan saya perolehi nanti? Adakah halal di sisi Islam? adakah saya termasuk dalam kalangan orang yang bersubahat dalam perniagaan ini?

4) Bagaimana cara yang sesuai untuk saya menyamak barangan di dalam kedai ini?

5) Dan yang terakhir, bagaimana pula dengan barangan yang telah di jual sebelum ini? perlukah saya memberitahu mereka agar menyamak barangan yang mereka telah beli?

Ini kerana ada pihak yang mengambil berat dan ada pula yang tidak kisah tentang perkara ini dan terus membeli.

saya sebagai pekerja yang cetek ilmu ini ingin memohon pandangan ustaz mengenai perkara ini.Saya amat berharap ustaz dapat memberi pandangan yang jelas menurut ISLAM.

ISLAM itu INDAH

TERIMA KASIH :)

* bolehkah ustaz e-mail kan jawapan kepada saya di alamat ini.
n_atikah99@yahoo.com.my
File Upload:

salam.

1. Tidak perlu disamak barangan itu kerana tiada najis hukmi yang kelihatan. Dalam Islam, jika dipastikan ada najis baharulah wajib dibersihkan jika tiada, tidak perlu berfikir jauh pada benda yang tidak pasti..

2. Bila bersih, maka bersihlah jualan itu...

3. Bila bersih jualan, halallah pekerjaan itu


4. Tidak perlu samak selagi tidak dipastikan betul betul benda itu bernajis..

5. hehe.. biarkan je... apa nak dirisaukan... hehe..

Visitor IP: 60.50.95.39

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA