Sunday, March 9, 2014

Soalan: ADAKAH JADI TALAK?

Nama*:abdullah
Alamat Email:muhammadzaimzahran@gmail.com
Tajuk*:ADAKAH JADI TALAK?
Message*:Salam ustaz,

Isteri saya pernah bertanyakan soalan mengenai kalau dia cerita mengenai kisah silam dia dengan bekas pakwe dia dia ada tanya ' abang ada terasa tak?" kemudian saya menjawab 'kalau tak terasa apa-apa bukan suamila… (beberapa saat terdiam)…..memangla ada terasa…" saya xda niat nak cerai atau apa… adakah ia lafaz soreh atau kinayah? mohon bantuan ustaz…
File Upload:
Visitor IP: 113.23.141.119

Salam.

Ia tidak termasuk dalam lafaz kinayah kerana tidak dikaitkan dengan cerai atau talak.

wallahuaklam.


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz kinayah

Nama*:rohana ahmah
Alamat Email:roha@hotmail.my
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:salam ustaz...suami saya tgh karaoke lagu jiwang di ruang tanu...then saya pun ckp padanya " amboi,macam org bujang.." suami senyum je.
Adakah ucapan saya tu blh jd talak kinayah?
File Upload:
Visitor IP: 203.106.158.26

Salam..

Puan tak kan gurau senda pun semuanya nak dikaitkan dengan cerai... tak semua perkara perlu dikaitkan dengan cerai dan talak...

focus kepada yg lebih baik dan lebih membahagiakan kita.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai dlm keadaan marah

Nama*:Ideris Jalor
Alamat Email:ries-60@yahoo.com
Tajuk*:cerai dlm keadaan marah
Message*:Soalan- jiran saya mengadu anaknya bergaduh dn pihak isteri meminta cerai dlm bergaduh suami melapaz cerai aku ceraikan kau. Jatuh ke talaknya
File Upload:
Visitor IP: 210.186.52.169

Salam.

Lafaz yang jelas seperti di atas (aku ceraikan kau) adalah sah dan menjatuhkan talak pada pasangan berkenaan.

Ia lafaz yang jelas dan nyata dan tidak boleh ditakwilkan lagi.

Jatuhlah talaknya dengan talak satu.

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, March 5, 2014

Soalan: lafaz kinayah

Nama*:Azrul
Alamat Email:azrulaul@gmail.com
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:Ustaz,

Adakah perkataan "pergi mampus" atau "pergi mati" itu contoh lafaz kinayah?
File Upload:
Visitor IP: 173.255.248.29

Salam..

Ungkapan seperti itu boleh jadi lafaz kinayah kepada cerai. Tetapi jika suami tiada berniat utk cerai, ia tidak membawa apa-apa kesan pada pernikahan.

CUma laizmnya difahami, pergi mampus dan pergi mati adalah lafaz kemarahan yang luar biasa. Marah tidak semestinya cerai...

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, March 2, 2014

Soalan: Cerai & Takliq

Nama*:Hana
Alamat Email:jyan_lv22@yahoo.com.my
Tajuk*:Cerai & Takliq
Message*:Salam..

1.Suami saya marah dgn saya dan jual sajalah rumah tu..nanti kita akan bercerai gara2 rumah itu..kerana tidak puasa hati adik saya duduk kat rumah kami di bandar, berulang-ulang dia menyatakan berkataan nanti kita akan bercerai gara2 rumah itu..slps berberapa minit dia menekankan lagi "Bercerai Hana" yg bermaksud dia menekanlah lagi ttg apa yg dia katakan pada saya, mengenai Nanti akan bercerai gara2 rumah tu. Adakah jatuh talak?

2. Adakah ini lafaz takliq -
Jangan lagi kau bergaul dgn adik2 mu, kalau kau bergaul juga aku pulangkan kau pada mama dan papa mu di kampung.
File Upload:
Visitor IP: 58.26.88.78

Salam,

Hai susah saya nak cakap...

Kenapalah dunia ni tak aman je. Tak payah gaduh-gaduh. Kan best. tenang je hidup kita ni..

Pertamanya, dpaatkan kebenaran daipadanya dahulu untuk membenarkan orang lain walaupun dia itu adik kita untuk duduk di rumah. Ada suami yang tak suka hidupnya diganggu dan terganggu.

Ucapan berbentuk kenyataan, 'bercerai hana' saya tidak dapat nak hokum sama ada jatuh talak atau tidak. Jika perkataan itu dimaksudkan suami ialah 'aku ceraikan engkau', maka jatuhlah talak. jika ia kenyataan sebegitu sahja, ia tidaklah menjatuhkan talak.

Suruh pulang ke kampung adalah simbolik. Ia perlu dijelaskan apa maksud sebenar. JIka suami makduskan cerai, maka jatuhlah talak pada tindakan berkenaan (bergaul dengan adik beradik)

Yang suami tu pun, napelah tak pandai sangat, buat syarat angbukan-bukan.. susah jadinya isteri melayan karenah suami.. tak apa lah.. sabar je lah..

(maaf, mood tak serius)

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: hukum nikah di thailand

Nama*:fida
Alamat Email:
Tajuk*:hukum nikah di thailand
Message*:Apakah hukum seorang janda bernikah dengan suami orang dan mereka bernikah di Thailand..
Sah tak pernikahan mereka mengikut syarak
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.7

Salam.

Sebarang pernikahan yg cukup syaratnya adalah sah. Dalam kes ini, saya pasti ia sah kerana puan adalah janda yang tidak perlukan kebenaran wali dan wali hakim memadai dengan dua orang saksi.

Ia sah pada sisi syarak.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz kinayah

Nama*:mohamad
Alamat Email:
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:Salam. Semasa perselisihan faham lantaran tidak tahan dengan isteri, seorang suami berdoa supaya Allah Taala tukar isteri dia. Doa ini dilafazkan di belakang isteri. Isteri tidak mengetahui. Adakah lafaz ini lafaz kinayah? Apakah jatuh talak..
File Upload:
Visitor IP: 14.1.193.95

Salam

Tukar tukar ni macam crita Ultraman je...

Doa dan sebutan seperti itu ebrgantung kepada niat suami. Jika suami menyebut tukarkan isteri ini dengan yang baru dengan qasad (niat) cerai, maka jatuhlah talak. Tetapi jika dimohon (doa) tukar begitu sahaja tanpa niat talak, tidaklah menjatuhkan cerai.

Ia boleh dikategorikan sbg lafaz kinayah.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, March 1, 2014

Soalan: bingung lafaz taklik suami

Nama*:yusliza
Alamat Email:yusliza_hasan@yahoo.com
Tajuk*:bingung lafaz taklik suami
Message*:assalamualakum ustaz..sy seorang isteri yang ada masalah tentang ucapan talak bersyarat ke atas saya. saya bergaduh dengannya kerana kecurangannnya. pd mlm itu sy bgtahu kpdnya bahawa sy akn telan pil kuda dan ge jumpa kekasihnya.pada pagi itu saya telah keluar rumah tanpa pengetahuan suami. dia telah hantar mesej spt ' jika syg pergi cari pil kuda atau jumpa perempuan tu..jatuh talak. sy keluar pg tu dgn niat utk cari telefon yg digunakan olehnya untuk berhubung dengan kekasihnya di rumah kedua kami..ttp tak pasti dlm ms yg sama tercari pil yg mungkin digunakannya.. dia telah hantar talak bersyarat tersebut ke tel bimbit saya dan hanya diketahui setelah saya pulang.mksudnya saya tidak tahu tentang syarat tersebut.adakah jatuh talak ustaz? tolong ustaz huraikan kemuskilan sy.
File Upload:
Visitor IP: 113.210.128.185

Salam..

Bingung tak apa, jangan jadi bengong.. op maaf ya puan.. gurau sikit.

Saya kira puan telah berhubung dengan saya sebelum ini..

Pil kuda tu haram, tak boleh dibuat cubaan ke..

Lafaz taklik mestilah diketahui oleh isteri, jika lafaz itu tidak diketahui, bagaimana isteri boleh terikat dengan 'perjanjian @ larangan' taklik.

Ia tidak menjatuhkan talak atas apa yang saya faham. tk





Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA